Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, June 22, 2008

Sambung lagi persidangan Parlimen dalam susana tak menentu.


Alhamdulillah, sekarang ana sudah menjadi bapa mertua. Pada hari 13 Jun 2008. selepas sehari menyambut hari lahir ke 51, Allah telah menganugerahkan seorang menantu dan pada 21 Jun lepas, telah berlangsung majlis menyambut menantu dirumah ana dan mengikut empunya petugas yang diamanahkan untuk mengendalikan majlis pada hari tersebut, dalam lingkungan 21 pikul daging telah menjadi jamuan kepada sahabat dan rakyat dalam kawasan ana serta rakan seperjuangan yang terdiri dari YAB Menteri Besar Kedah dan anggota EXCO Negeri Kedah dan pada tarikh yang sama juga Kedah telah menjadi juara bolasepak berprestij di Malaysia.
Ana mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan majlis pada hari perkahwinan anak ana tersebut dan atas penerimaan jemputan yang dikirim dan didoakan semoga panjang jodoh anak ana dan kepada sahabat unit amal, pemuda, muslimat dan AJK Kawasan Pendang serta semua MP dan ADUN yang hadir serta Abe Tah yang datang jauh dari Kelantan diucapkan semoga persahabatan kita akan berkekalan dan insyaallah anak yang lain akan kita adakan lagi jamuan sebegini kalaupun tidak sebesar ini.
Ana hari ini kena hadir keparlimen untuk sidang kedang mesyuarat pertama pada 23 Jun hingga 15 Julai. Nasib baik ada sahabat dari Jerai tolong pandu kereta.
Pada sidang yang akan panas dengan isu minyak dan undi tak percaya kepada Pak Lah kali ini, memang agak menggemparkan sidang hari ini. Kita merasakan ianya akan diikuti oleh ramai dan banyak press dalam dan luar negara akan mendapatkan gambaran yang sebenar pada sidang kali ini.
Khabarnya YAB TPM akan bawa usul undi percaya kepada PM agar beliau berpeluang menjadi PM selepas ini, kalau tidak akan melepaslah beliau. Tetapi satu berita tak baik buat menantu, kerana kalau YAB Najib naik, khabarnya peluang beliau akan tipis untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun.
Tunggu dan lihat, suasana tak menentu sekarang in.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.