Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, June 25, 2008

SJER ke WPI ke IM, apa ni, belum mula dah tukar nama

Hari ini masuk hari ketiga persidangan parlimen kali ini Ada soalan ana yang dijawab oleh menteri di JPM berhubungkait dengan IM ( Iskandar Malaysia) Ana bertanya berkenaan dengan tiga kali perubahan nama dari SJER ke WPI dan kini menjadi Iskandar Malaysia pula. Apakah ini ada signifikan dengan apa yang berlaku dalam negara kini dan pengaruh singapura dalam memajukan IM ini Walaupun jawapan yang diberikan menyatakan tidak ada pengaruh singapura dalam pelaburan im ini, tetapi kalau kita renung kembali dalam jawatankuasa pembangunan ada menteri singapura duduk dalam jawatankuasa untuk membangunkan IM ini Apa maknanya ini semua, kalau dah duduk dalam jawatankuasa untuk membangunkan sesuatu kawasan, apakah ianya tidak lagi mempengaruhi negara kita khususnya pembangunan IM ini.
Satu lagi adalah pasal free ascess zone yang merupakan satu insentif kepada rakyat asing yang akan bekerja di IM ini, setelah dibantah oleh MB Johor, maka di ubah kepada kad pintar, tetapi masih lagi belum ada keperluan untuk pasport saperti ditempat lain.
Saya tidak diberikan peluang untuk soalan tambahan tadi, lalu berlalulah soalan itu tanpa hasrat untuk mendapat jawapan. Saya ada bangun mencelah menyatakan soalan jawab bersekali perlulah diberikan prioriti kepada mereka yang memngemukakan soalan untuk soalan tambahan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.