Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, December 29, 2008

Eidul Ilmi SRI Islah




Atas kesedaran dan kekuatan iman semua pendokong dan penyokong ilmu agama, maka berkekalan lagi SAR yang telah lama di wujudkan oleh Tuan Guru Hj Aziz Seberang Pendang sehingga hari ini bahkan bertambah lagi kepada peringkat yang lebih rendah sehingga ke PRA dan Sekolah Rendah Islam.

Ini merupakan tahun ketujuh ianya beroperasi dan pada tahun hadapan sebuah bangunan baru yang menelan harga 1.6 juta telah siap dibina untuk menerima kemasukan pelajar baru dengan 18 buah kelas semuanya adalah atas sumbangan orang ramai yang bertungkus lumus mengumpulkan dana untuk pembinaan sekolah tiga tingkat tersebut.



Dua anak ana merupakan pelajar sekolah tersebut dimana satu sudah pun habis belajar dan mendapat 5 A dalam UPSR pada tahun lepas dan satu lagi baru berada ditahun 6. Hari ini, 30 Disember 2008 , Puteri KDYMM Sultan Kedah, Tungku Suraya Ibn Sultan Abd Halim telah berkenan untuk hadhir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang di Sekolah ini pagi tadi.

Nampaknya baginda begitu bersemangat untuk melihat kemajuan sekolah ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai penaung Tunas Bakti di Yayasan Sultanah Bahiyah telah diangkat sebagai penaung angkat kepada sekolah ini.

Baginda menunjukkan minat yang begitu mendalam didalam memajukan sekolah ini apabila melihat perkembangan yang begitu menggalakkan yang ditunjukkan oleh perkembangan sekolah rendah ini sejak ianya mula dibuka.



Walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan, atas inisiatif sekolah dan pentadbir, alhamdulillah ianya dapat juga membangunkan sekolah yang tersergam indah tiga tingkat hasil keprihatinan pihak masyarakat yang inginkan pendidikan agama terus berkembang .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.