Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, December 28, 2008

Tahniah Nisak Pendang



Ana sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada unit amal nisak Pendang kerana telah berjaya mengadakan kem remaja Islam di kawasan perkelahan Titi Hayun , Yan pada hujung minggu ini , iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu 26 dan 27 Disember 2008. Peserta terdiri dari anak-anak remaja yang menjadi anggota unit amal nisak Pendang . Jumlah peserta seramai 72 orang.

Apa yang menggembirakan kami adalah semua urusan dilakukan oleh JK Nisak Pendang sendiri dan urusetia juga dikendalikan oleh mereka , cuma kenderaan sahaja mereka minta Pas kawasan membantu untuk menghantar dan mengambil balik peserta.
Buat kesekian kalinya ana ingin mengucapkan syabas kepada mereka atas sambutan yang diberikan oleh remaja sekitar Pendang dan diharap kalau ada lagi program semacam ini, sambutan hendaknya lebih meriah lagi.



Remaja perempuan ini diajar tentang selok belok menjadi seorang wanita solehah , menjadi seorang yang taat ibu bapa, dari segi tata susila seorang wanita menjaga aurat, menjaga solat dan sebagainya , dan kepada perkara-perkara yang menjadi tegahan kepada seorang wanita muslimah yang perlu dipelihara.

Makan dan minum juga diuruskan sendiri oleh mereka dengan membawa tukang masak untuk membantu persiapan. Pengalaman tidur didalam khemah dan berada jauh dari ibu bapa serta pengalaman untuk tinggal dipinggir hutan merupakan sesuatu yang asing bagi remaja ini dan diharap pengalaman bermakna ini dapat memantapkan lagi jiwa mereka kelak untuk menghadapi mehnah dan tribulasi menghadapi alam dewasa dan dunia politik sebenar dimana yang hak sudah pasti akan bertembung dengan yang batil. Apa yang menjadi pengalaman berguna kepada remaja ini adalah diajar juga cara-cara survival didalam hutan dalam suasana yang serba kekurangan, memasak menggunakan api yang dibikin sendiri menggunakan bahan semulajadi didalam hutan serta cara memasak tidak menggunakan periuk saperti didapur biasa. Semua ini membrikan pengalaman baru kepada mereka yang sedang menuju kealam dewasa kelak.
Terima kasih diucapkan kepada unit amal Pendang yang menjadi tenaga pengajar dan menjaga keselamatan perkhemahan dimalam hari.

Didoakan moga usaha murni mereka ini akan mendapat perunjuk serta hidayah dari Allah serta mendapat kekuatan yang lebih untuk meneruskan lagi usaha dimasa akan datang.



Upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslihat PAS Pendang, Puan Dr Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang sendiri.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.