Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, February 17, 2009

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Ketua Kampung/Komuniti merupakan pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi mengembeleng tenaga bersama kerajaan dalam usaha memacu pembangunan negeri bagi mencapai Kedah Sejahtera.

“Semua kita bekerja atas satu pasukan untuk capai matlamat yang kita perjuangkan, tak kira pangkat, dalam pentadbiran, tak kira kita berada di peringkat atasan mahupun bawahan.

“Seperti tayar kereta dan skru tayar, walaupun tayar lebih mahal dari skru, kalau skru longgar, tayar tercabut habis,” ujar beliau sambil memberi contoh yang mudah, tapi membawa makna kepada pendengar,” ujarnya.

Tambahnya, Ketua Kampung/Komuniti bertanggungjawab menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan Pegawai Daerah serta mendengar masalah masyarakat, dan seterusnya membantu menyelesaikannya.

“Ketua kampung berperanan memperkasakan kuasa penghulu, kerajaan lantik ketua kampung atau komuniti untuk menolong kerajaan bantu masyarakat, dalam usaha pembangunan sosial, keluarga, ekonomi ke arah kampung atau taman sejahtera,” ujar beliau.

Menteri Besar turut menasihatkan Ketua Kampung/komuniti agar berlaku adil dalam memberikan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, keturunan serta fahaman politik.

“Ketua kampung boleh berpolitik, tapi dalam masyarakat perlu bersatu, kerjasama, adil untuk membina kampung atau taman aman dan sejahtera.



Itu antara ucapan MB Kedah dalam program memberi tauliah kepada MKK baru-baru ni. Beliau inginkan institusi penghulu dan ketua kampong yang telah ujud sekian lama di Kedah dipulihkan semula sebelum datangnya JKKK yang banyak memporakperandakan masyarakat selama ini dimana keharmonian didalam kampong terjejas dek perangai JKKK yang lebih sudu dari kuah. Bayangkan kalau sebut bantuan kepada orang miskin, maka yang baik dengan JKKK lah yang sering dapat walaupun ada kereta, kalau mini tar walaupun jalan masuk kampong tak ada tar, tapi halaman rumah JKKK atau pengerusi JKKK mesti sampai tar, tak percaya pergi tengok di Kpg Alor Ali dan Alor Kumbang, Tokai.

Kalau Penghulu yang akan diperkasa semula dan ia merupakan jawatan tetap yang berada dibawah Pegawai Daerah dan dibawah Sultan yang memberi khidmat kepada semua anak buah dibawah takluk beliau melalui kerjasama dengan JKKK. Oleh itu harapan besar kepada penghulu dan ketua kampong ini agar dapat mengembalikan balik keharmonian sesebuah masyarakat dikampong dan desa tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.