Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, February 21, 2009

Perlukan bantuan

Dalam kesempatan tiada sidang dewan rakyat dihujung minggu ini ana gunakan masa itu untuk meninjau keadaan kawasan dan masalah yang berlaku didalam kawasan. Minggu ini, ana sempat melawat rumah yang ditimpa kebakaran pada akhir tahun lalu kerana program yang sibuk sebelum ini.
Selepas sidang berakhir Disember lalu, persiapan untuk pilihanraya kecil KT 036 dan kemudian menyertai misi rombongan kemanusiaan ke Gaza, Palestine dan disambung pula dengan sidang parlimen penggal kedua sessi parlimen ke 12 ini, maka pada pagi tadi ana telah meninjau rumah En Raja Adnan Raja Halip , dari kampong Huma, Kubor Panjang, selepas semalam meninjau rumah En Mohd Radzi di Paya Mat Inson yang terkena ribut.

En Raja Adnan seorang pesakit leukemia yang masih lagi dalam pemantauan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kini menunggu untuk rawatan pemindahan sumsum tulang daripada adik beliau yang tinggal di Perak. Beliau mempunyai 6 orang anak dan baru sahaja mendapat cahayamata keenam yang baru berusia satu bulan.

Beliau merayu sumbangan orang ramai untuk membaiki rumah beliau yang separuh bahagian depannya
dijilat api pada akhir tahun lalu , punca kebakaran dikatakan kerana litar pintas. Kebakaran berlaku ketika beliau berada didalam wad untuk rawatan chemotherapy leukemia tersebut. Masalahnya sekarang adalah untuk mencari sumber kewangan kerana beliau tidak dapat bekerja saperti biasa kerana masalah penyakit yang dihadapi tersebut dan isteri beliau pula masih dalam pantang untuk anak keenam itu.

Mereka sekarang hanya tidur dan tinggal dibahagian dapur rumah yang masih berbaki hasil dari tinggalan kebaran yang sempat dipadam oleh orang kampong ketika itu. Bomba memang lewat tiba, apabila sudah selesai semuanya api dipadamkan, baru mereka sampai kesitu.


Bersama-sama dengan MKK Kampong Kayu Bangun, Tuan Hj Yahya ,saya dan pembantu telah meluangkan masa untuk meneliti masalah En Raja Adnan dan memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan beliau dan akan berusaha untuk membantu membaiki kerosakan rumah akibat kebakaran tersebut.
Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan ikhlas kepada En Raja Adnan bolehlah menghubungi beliau melalui tel no 0132948273. Sumbangan sebelum ini daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup untuk membaiki rumah beliau kerana wang itu digunakan untuk belanja harian dan persekolahan anak-anak memandangkan beliau tidak dapat bekerja kerana sering berada didalam wad untuk rawatan leukemia tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.