Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 16, 2009

Apa lagi lepas ni !!!!

Nampaknya kehangatan politik Negara selepas Manik Urai masih belum berakhir.
Berbagai onak dan duri yang harus dihadapi oleh PR didalam melayari bahtera pentadbiran Negara nampaknya tidak melalui lorong yang mudah.
Pelbagai onak dan duri yang penuh berbisa terpaksa dilalui oleh pemimpin PR dan ini semua harus dihadapi dengan tabah dan sabar.
Dalam suasana bahang yang masih membara, kini kita dikejutkan pula denganterjumpanya mayat pembantu kepada EXCO Selangor dari DAP disebelah bangunan MACC ( SPRM) kelmarin yang sudah pasti akan meningkatkan syak wasangka diatas kredibiliti badan yang dikatakan bebas itu menyiasat pelbagai kes rasuah dan penyelewengan . Sepatutnya segala penyisatang yang dilakukan adalah untuk mendapat keterangan dan dalam suasana yang penuh hikmah, tetapi dari cerita yang kita dengar berbagai bentuk cara digunakan sehingga ada yang menerima kekasaran dan ugutan.
Kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak yang bertanggung jawab atas kes ini, Cuma beberapa cerita yang tak enak didengar perlukan penjelasan agar rakyat tidak meletakkan satu tanggapan negative dan tidak yakin terhadap badan yang kami baru saja bahaskan dan luluskan dalam parlimen ini SPRM.
Cerita beliau disiasat sehingga 4 pagi, masih berlegar di pejabat SPRM sehingga 6 pagi dan akan kahwin keesokan harinya sudah pasti akan menimbulkan satu tanggapan yang tak enak kita dengar padahal ketika itu beliau masih didalam pejabat SPRM sebelum mayatnya ditemui diatas bumbung bangunan sebelah. Adajuga yang menyatakan baju beliau terkoyak bila diperiksa mayat, entah apa yang terjadi hanya Allah yang maha mengetahui.
Kalau kit abaca balik dalam surah Yusof dimana berlaku perubutan untuk keluar dari bilik antara Nabi yusof dan Zulaikha, dikatakan kalau koyak didepan, maka Yusof yang bersalah , tapi jika koyak di belakang, maka Zulaikha yang berlaku curang. Ana cuma nak tanya pegaai yang kata koyak tu, didepan atau dibelakang?, jaki siapa yang curang sebenarnya !.
Kepenatan isu babi di Kedah masih belum hilang, timbul Kpg Buah Pala yang dijelmakan sejak TS Koh Tsu Koon jadi KM Penang dan masih merah membara, kes Perak yang tak tentu hala sampai sekarang ni pun belum ada keputusan muktamad , nak bubar ke tak nak, lalu rentetan ini semua sudah pasti akan mematangkan PR mentadbir dan dalam kes terbaru ini diharap satu badan bebas dalam bentuk Suruhanjaya dapat dibentuk untuk mencari ketelusan kerana rakyat sendiri sudah muak dengan segala bentuk siasatan sebelum ini dimana KPN siasat KP BPR dan KP BPR siasat KPN, lalu akhirnya hang garu belakang aku, aku garu belakang hang, masalah tak selesai. Saperti kes DSAI digodam dalam lokap, bila tubuh suruhanjaya baru tahu yang godam bekas TPM adalah KPN sendiri. Rupanya ketika itu yang jadi pembuli dan boxer adalah KPN sendiri. Bagimana tak harap rakyat percaya hasil siasatan mereka.
Bagaimana kes rumah bekas MB Selangor, dah sisat ke, kes Balkis dah selesai ke, dan banyak lagi kes di elabuhan Klang sampai tuan punya dah menemui Allah dah selesai siasat ke?. Semua ni membangkitkan lagi apakah motif disebalik siasatan sekarang ini di Selangor. Kes stadium runtuh bagaimana, kes Jambatan Manik urai tak ada orang report ke, tak kan nak tunggu sampai berjela report kut baru nak siasat?.
Kalau nak senarai sepagi ni pun tak habis, Cuma nak harap kepada mereka yang ikhlas bertugas bahawa apa yang kita buat semua Allah Nampak, dan apa yang kita lakukan pasti aka nada ganjaran disisi Allah dan kalau ada ganjaran baik, maka pasti ada ganjaran azab juga jika yang salah kita lakukan tanpa mengira siapa yang kena. Jadi lakukanlah kerja kerana allah dan bukan atas arahan ………….!

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.