Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, July 14, 2009

boleh caya ke belum pilihanraya dah mungkir janji

Petronas akan diarah beri penjelasan pasal apa Kelantan tak layak dapat royalti minyak dan gasn lebih kurang itulah janji pak Din kita TPM yang berkampong di Manik Urai sepanjang PRK ini. Sebab bunyinya dan yakin lagaknya agar jawapan yang diberikan itu telus dan berintegriti kerana tiada campurtangan orang politik. Mulanya rakyat memang ternanti-nanti apa nak dikata oel Petronas, betulkah Kelantan buat tuntutan kosong dan hanya gimik pilihanraya saja nak tutupdan dijadikan alasan pasal duit tak adaM tunggulah segala pemberita disemua saluran TV dan radio yang ada untuk mendapat kepastian yang nyata tanpa ada olahan politik dari kerajaan.
Tunggu dari saat keminit, dari minit ke jam dan dari jam dijanjikan oleh TS Pak Din sampailah kehari ni dah mengundi pun belum muncul lagi maklumat dari petronas s@erti janji TPM sebelum hari mengundi.
Sekelian rakyat dah tahu la ni siapa sebenarnya yanh kelentong dan mungkir janji. Kalau belum mengundi pun dah mungkir janji, bagaimana rakyat nak percaya kepada jambatan 7 juta walhal jambatan Yahya Petra yang dah habis berjuta pun masih belum nampak bila nak boleh guna lagi. Memang beginilah rakyat nampak, janji BN walau siapa pun yang buat pasti kantul punya, mesti tak terjawab punya, seluruh dunia dah tahu.tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.