Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, July 18, 2009

Ada berhajat nak tambah koleksi ...... kalah?

Sejarah PRK I Kelantan memang enak untuk dibicarakan. Kalau sebelum ini didalam mana-mana PRK yang dilakukan baik kerana kematian atau berhenti atas sebab bersalah, maka letaklah siapapun sebagai calon, maka pasti calon BN atau Perikatan pasti akan menang.
Dalam kontak Kedah, ana masih teringat masa masih disekolah lagi apabila wakil kesayangan orang Pendang YB Allahyarham Ismail Kassim meninggal dunia, beliau diganti oleh Allahyarham Dato’ Ust Fadhil Nor berlawan dengan YB Safirol Hashim. Ust Fadhil adalah Timb Presiden ABIM dibawah DS Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Presiden ABIM , bekas pensyarah UTM di Johor dan seorang tokoh yang terkenal seantaro dunia dalam gerakan Islam , tetapi ternyata kekalahan kepada PAS yang diwakili Ust Fadhil. Allahyarham Safirol hanya seorang biasa yang berguling bergolek dengan masyarakat dikampong.
Begitu juga bagi kawasan Parlimen Padang Terap bilamana Allahyarham Dato’ Asri mewakili PAS , selaku Yang Di Pertua PAS Malaysia, berlawan dengan En Baharom daripada BN , ia dimenangi oleh BN , yakni En Baharom. Masih teringat ana bila menang rakyat menggelar beliau sebagai wakil rakyat yang suka memikat burong.
Itulah suasana yang berlaku dulu , dan senario ini ana rasa juga berlaku pada Abe Uji di Manik Urai bilamana TS Muhyiddin Yassin dan pemimpin UMNO yang lain menghina pekerjaan beliau yang tidak pun terkenal sebagai penjawat jawatan besar tetapi berada didalam rentak dan denyut nadi masyarakat, maka beliau terpilih menjadi wakil mereka didalam PRK tersebut.
Sebut PRK di Kelantan, sebelum ini memang agak sukar bagi mana-mana parti selain BN untuk menang PRK dimana-mana juga kecuali Kelantan.
Kita tinjau pada 9 januari 1997 di Pulai Chondong dimana Yb Zulkifleee Mamat bertanding melawan Yusof Hamzah , dimana PAS menang dengan memperolehi 4778 undi mengalahkan En Yusof yang hanya memperolehi 4660 undi dengan kelebihan 118 undi. Dimana Pulai Chondong adalah kawasan tradisi UMNO sejak 1959 , tetapi tumpas pada 1990 ditangan Semangat 46. Ini antara satu PRK yang dimenangi PAS .
Pada PRK Semerak , YB Dato’ Kamaruddin Mohd Noor , sekutu DSAI didalam ABIM pada 11 Ogos 1997 telah Berjaya mengalahkan Wan Fauzi Wan Hussin dengan majority 778 undi. Perbandingan antara 5370 dengan 4592 undi hasil daripada 82.42 % keluar mengundi. Memang PAS kalah kali ini, walaupun menjadi kerajaan di Kelantan.
Begitu juga dengan PRK Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005 diantara Haniffa Ahmad dari PAS dengan Hanaffi Mamat BN , dimana PAS dengan undi 7290 dikalahkan oleh BN yang mendapat 7419 undi dengan majority 129 undi dan Dato’ Ibrahim Ali seorang kuat di Pasir Mas hanya memperolehi 414 undi sebelum diberi nafas baru oleh PAS untuk PRU 12 lalu.
Memang sejarah telah menunjukkan bahawa PAS lebih banyak kalah sebelum ini didalam mana-mana PRK yang diadakan, tetapi scenario ini berlainin selepas rakyat puas menilai kebobrokan BN pasca PRU 2004 dizaman Paklah menjadi PM dengan berbagai kelemahan dan diskriminasi pentadbiran kepada rakyat sehingga hilang 2/3 majority pada PRU 2008.
Satu demi satu PRK yang diadakan menjadikan BN sudah kehilangan taring sehingga satu ketika mengangkat bendera putih cabut lari dari gelanggang untuk bertanding sehinggalah timbul semangat baru di Manik Urai hari tu hasil dari idea hadiah 100 hari PM baru menaikki tampuk pemerintahan.
Maka datanglah beliau dengan 11 hadiah dan wazir beliau juga membawa beg misteri dan kantung ala Santa Claus ke Manik Urai berjumlah jutaan ringgit dalam bentuk masjid, jambatan, tentera, kementerian kesihatan, giat MARA, Tabung Haji, Pelajaran , dan sebutlah apa saja pasti aka nada sumbangan untuk membantu rakyat diketika Prk tersebut . Risda, Kesedar, Kebajikan dan beranika macam sehingga tidur dirumah pengundi dan menolong menorah dikebun getah pun ada.
Cuma apa yang dikesalkan belumpun ada terdengar SPRM masuk menyiasat apakah ugutan projek jika tak undi BN atau pemberian projek jika undi BN itu boleh disiasat atau tidak. Mungkin sahabat ana dari Guar Kepayang, yang jaga SPRM tu masih mencari apa istilah sesuai untuk memulakan siasatan kut.
Ucapan takziah kepada Keluarga Teoh Beng Hock atas kematian mengejut beliau ketika dalam SPRM vicinity dan SPRM custody. Teringat kata bekas KPN ‘DSAI berada dalam keadaan sound and fine ‘suatu ketika dulu sebelum muncul gambar beliau dengan mata lebam.
tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.