Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, March 9, 2010

Santuni golongan muda


Semalam 10 Mac 2010 bersama Setiausaha PAS Kawasan dan Ahli Majlis Daerah Pendang Saudara Azmi idris dan En Kunasegari, ana telah mengadakan pertemuan muhibbah dengan golongan muda di Jenun untuk memberi penerangan berhubung kerajaan negeri dan juga isu-isu semasa serta membuka ruang bicara untuk mendapat pandangan anak-anak muda didalam memantapkan lagi kepimpinan PAS di Kedah ini.

Selain daripada isu semasa dan keadaan pemerintahan dalam negara, ana juga menyeru mereka agar tidak mengabaikan moral dan akahlak Islam kita serta satu perkara penting didalam politik demokrasi Malasyia adalah pilihanraya.

Oleh itu harapan agar mereka jangan mengabaikan daftar pemilih dan juga kerja-kerja untuk menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.
Sbelum pulang ana telah juga menunaikan permohonan mereka dengan menyubangkan bola dan bola takraw.

Harapan agar program ini dapat dianjurkan selalu dalam kita memahami hasrat anak muda ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.