Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, March 7, 2010

Program ziarah.

Sebelum ke program pelancaran projek Keli-K oleh MB Kedah di Sungai Pau Sik petang tadi, ana meluangkan masa untuk menziarahi beberapa warga emas dan OKU yang sakit dan kemalangan.
Pertama En Hamid Jusoh, kemalangan motosikal ketika hendak keluar dari Kampong beliau di Kpg Nam Dam , Pokok Asam apabila sebuah kereta melanggar beliau sehingga pengsan dan patah peha kanan, tulang kaki , tempurung lutut dan kaki kiri serta retak tulang belakang dan tulang rusok. Sudah sebulan kejadian berlaku dan beliau kini terlantar dirumah walaupun telah menjalani rawatan memasukkan besi ditempat patah tersebut kerana masih bengkak dan sakit. Ana sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah kerusi roda untuk beliau.
Rumah kedua yang ana lawati adalah seorang OKU Siti Norsharikah binti Mohd Naim berusia 15 tahun ,yang dipelihara oleh neneknya sejak kecil lagi sehinggalah mencapai remaja sekarang, tidak dapat bercakap, cacat dikaki kanan dan tangan kanan. Beliau sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pokok Asam tetapi setelah usia meningkat beliau tidak mampu untuk pergi lebih jauh ke Sekolah Menengah Tobiar,kerana tidak ada siapa yang mampu menghantar kesekolah kerana datuk beliau sudah meninggal dunia. Beliau sedang mendapat bantuan dari JKM melalui sekolah beliau yang dahulu.
Beliau dapat memahami arahan yang diberikan tetapi tidak dapat bertutur, hanya senyum apabila dibawa bercakap dan mengangguk bila bersetuju dan menggeleng bila tidak .
Seterusnya ana sempat menziarahi Tuan Shaari Ishak dan isteri yang cacat penglihatan sejak lebih 40 tahun lalu . Ditanya punca kecacatan, beliau tidak dapat menjelaskan apa puncanya kerana sudah terlalu lama dan sekarang hanya begerak didalam rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja memasak atau membasuh. Munur ada anak perempuan beliau yang tinggal berdekatan yang sering mambantu memasak dan membasuh.

Sebelah petang barulah ana dan isteri ke pelancaran projek Keli-K yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Kedah untuk membantu petani melalui ladang kontrak kepada petani yang berminat kerana daripada maklumat yang disampaikan tadi hasil tani ini telahpun ada potensi pasarannya baik didalam negara maupun diluar negara. Antara produk hiliran yang boleh dimanfaatkan melalui keli-K ini adalah sardin, filet ikan, fish ball, surimi, serunding dan anika masakan siap dan sejuk beku serta paket yang enak dan lazat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.