Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, March 7, 2010

Tak mahu jadi mufta.

Disatu majlis meraikan johan tilawah al quran antarabangsa sambil menjanjikan imbuhan RM 2 K sebulan kepada mereka sepanjang hayat, PM satu Malaysia telah menasihatkan orang ramai umat Islam agar menjadikan pembacaan alquran sebagai amalan harian dan mengetahui maknanya dan juga ia mendapat ganjaran pahala apabila membacanya. Memang ana tak bantah apa yang dikatakan beliau tersebut, tepat betul dan sahih.
Apa yang ana rasa sedikit terkilan adalah bila dia tidak menyebut ajaran alquran itu hendaklah dilaksanakan didalam kehidupan harian kita, tak tak pula terbaca pasal ayat ini ditulis didalam akhbar harian yang ana baca dalam internet, kerana ana tak pernah beli yang cetak punya... Kalau beliau kata macam tu, pertama ana nak suruh dia lihat dulu ayat 4 surah annur dan fahami maknanya dan amalkan dalam kehidupan kita semua dan seterusnya ayat-ayat lain dalam surah annur tersebut termasuklah ayat menyuruh menutup kepala hingga kedada bagi wanita mukmin dan muslim tak kira apa juga bangsa diatas muka bumi ini, dan tutup pula kena tetap dan sentiasa kecuali depan mahram dia, tak kira di Mekah, Madinah atau dimana saja diatas muka bumi Allah ini.
Begitu juga dalam amalan harian dan peraturan siasah dan syariah . Hari tu dah ulas atas gesaan beliau supaya kita sentiasa berada dalam keadaan wasitoh (pertengahan ). Ana juga rasa nak tegur Timbalan Menteri bawah payung dia tu, dulu nampak tudung dia tutup bahu sampai dada saperti saranan didalam al Quran, tapi bila dah jadi orang kuat dalam sana, dah makin singkat dan sempit tudung dia, ya lah itu hal peribadi kata orang, tapi tak kan tak leh tegur kot, orang Baling suruh ana tegur, dah nampak makin sempit la ni tudung dia tu. Tak cukup kain kata depa.
Ayat yang DS Najib suruh kita fahami tu suruh tutup sampai ke dada,maklumlah org Baling kata beliau ni balik dari mengaji di Azhar, ana tak tau, ana tak berapa kenal beliau, kalau demo bahong, ana pun bahong sama la, harap dak la kot.
Bab kedua ni, Ana nak juga tanya SS Tok Mufta yang kata kena guna kaedah Quran kalau ada dalam ayat dahulu sebelum guna kaedah feqah, jadi kalau ayat kata jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, maka nanti kamu akan disambar api neraka, maka kita kena ikut kaedah tu dulu la sebelum kita nak bagi kata depa menang takut nanti kezaliman terus berlaku dan kita akan jadi bahan bakar dalam negara pula no SS kan. Zalim ni yang ustaz dok ajar dulu, tidak meletak sesuatu pada tempatnya, dan zalimjuga bila perosok orang dalam bilek kurungan tanpa ada bicara dan bela diri macam ISA kut, dan zalim juga kalau yang miskin tak bantu dan yang kaya bantu pasai orang depa dan zalim juga kalau guna wang bukan ditempatnya kalau beli kapal selam kena bayar lebih 450 juta , orang besar kata komisyen bila orang kecil kata korupsion.
Ana agak saja la pasal ana bukannya mengaji bab-bab ni dulu, maklumlah kita sekolah atap saja. Lagi pula tak dan habis mengaji, tok guru meninggal. Orang ganti tak sealim tok guru, jadi bab ni bodoh la sikit.
Kadang-kadang kesian juga ana bila lihat belah sana tu, dulu depa ada juga biro agama dia, pasai ada orang agama dalam parti dia, tapi dah ni dah melayang kemana tak tau orang agama dia tu, terpaksa guna Mufta pula untuk jadi jurucakap depa, sampai la ni ramai lah orang yang terpaksa menjadi tak berapa seronok dengan gelaran yang asal tu, sebab tu lah disebut orang la ni tok mufta ( yang diberi fatwa ). Kerana cari sendiri, maka gelaran pun dapatlah sendiri.
Kesian juga kita tengok depa ni, kadang-kadang macam terpaksa menjadi orang tengah atas perkara yang depa tahu hujung jatuhnya, tetapi dek kerana imbuhan dan janji,maka jadi macam yang dok berlaku selama ini lah . Ana tertarik bila disebut menolong yang dizalimi dan menzalimi, setahu yang perlu disebut didalam sebuah hadis Rasulullah saw didalam memperkatakan tentang assobiyah , yakni kamu menolong saudaramu atas kezaliman. Maknanya kita hapuskan kezaliman yang dilakukan dengan tidak lagi mengangkat orang yang melaksanakan kezaliman tersebut dan menghindar dari melakukan kezaliman keatas orang lain. Harap apa yang ana dengar ini betul lah, kerana takut juga nanti orang kata tok mufta juga.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.