Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, April 28, 2010

Penyerahan Notis 5A di Pejabat Tanah Pendang.

28 April 2010.
Pagi tadi bertempat di ruang legar Pejabat Tanah dan Daerah Pendang diadakan majlis penyerahan Notis 5A kepada para pemohon tanah kerajaan di Daerah Pendang. Majlis peresmian dilakukan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Mat Rasul, EXCO Kerajaan Negeri Kedah selaku ADUN Tokai dan penyampain notis telah diserahkan oleh ana sendiri selaku Ahli Parlimen Pendang.

Seramai 94 orang penerima telah menerima notis mereka pada pagi ini. Ada diantara penerima yang telah meninggal dunia , diwakili oleh anak mereka . Permohonan ada yang memakan masa sampai puluhan tahun tidak dapat diselesaikan, tetapi kini mereka dapat menguntum senyuman gembira kerana kerajaan negeri dengan bantuan pegawai Tanah dan Galian negeri telah bertungkus lumus menyelesaikan segala karenah dan berjaya melunaskan permohonan rakyat yang dahagakan tanah . Pada dasarnya semua rakyat Kedah berhak untuk mendapatkan tanah dan setiap pemohon akan dikaji latar belakang masing-masing dan setelah berpuas hati dan tidak ada bantahan dan pertindihan milikan, maka barulah permohonan tanah itu diluluskan.
Menurut Tuan Hj Yushak Ismail , Pentadbir Tanah Pendang yang memberikan taklimat dalam ucapan alu-aluan beliau, setelah mereka menerima notis 5A ini, maka mereka perlu menjelaskan premium dalam masa 3 bulan, setelah itu tanah yang diusahakan akan diberikan LMS setelah 5 tahun dan selepas itu barulah diberikan geran penuh.
Daripada senarai penerima tadi, didapati 14 orang adalah masyarakat Siam disekitar Pendang, dan premium yang perlu dibayar adalah bergantung kepada keluasan dan nilai tanah serta status pemohon.

Pada hari ini, premium paling rendah dapat dikutip oleh kerajaan negeri adalah RM 414.00 dan yang paling tinggi adalah RM 15,000.00.

Dianggarkan lebih kurang RM 231,000.00 dapat dikutip hasil dari penyerahan notis pada hari ini jika sekiranya kesemua mereka menjelaskan premium tersebut. Seandainya mereka gagal menjelaskan premium, maka lanjutan selama 3 bulan diberikan dan sekiranya tidak juga dibayar, maka tanah tersebut akan kembali kepada kerajaan negeri.
Penyampaian notis dilakukan oleh ana sendiri, dan Tuan Hj Yushak dan En Mahazi Ibrahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pendang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.