Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, April 29, 2010

Rumah terbakar.

Musibah boleh datang bila-bila masa.Allah nak menguji Iman kita.

Itu semua takdir Allah. Itulah ucapan yang saya dengar daripada En Abdul bin Ahmad , di Kampong Kubang Pisang yang rumah beliau dijilat api malam tadi.
Bersama SU Pemuda PAS Pendang En Sabki bin Shaari, saya bergegas untuk melihat sendiri peristiwa malang menimpa En Abdul ini bersama isteri dan anak beliau yang berada di Tingkatan 3 Sek Men Tobiar, tinggalsehelai sepinggang dalam masa tidak sampai 20 minit.

Punca kebakaran masih disiasat bomba dan mereka mengagak mungkin litar pintas. Walau bagaimana pun, dalam kunjungan malam tadi saya menasihatkan beliau agar banyak bersabar dan ini semua adalah dugaan Allah keatas hambanya dan buat masa ini beliau menumpang dirumah jiran sebelah En Abd Wahab.
Beliau memang mempunyai anak yang ramai, seramai 12 orang , tetapi semuanya sudah tinggal diluar dan yang bongsu itu sahaja yang tinggal bersama ketika kejadian berlaku.

Menurut MKK Kubang Pisang, kejadian berlaku sejurus selepas waktu Isyak, nasib baiklah tidak ada kemalangan jiwa. Kerugian dianggarkan berjumlah RM50 ribu .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.