Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, April 26, 2010

Takziah dan tahniah BN

Ana menyebut takziah lebih dahulu kepada BN atas kemenangan dengan majority 1725 undi tidak saperti target PM 1 Malaysia kata nak dapat 8 ribu majority dan kata TPM Muhyiddin 6 ribu majority dan ana setuju bahawa BN tak menang kalau dapat bawah 3 ribu majority kata Presiden Perkasa pembela Melayu di Hulu Selangor. Tak tahulah dia tu sokong belah mana dalam hati kecil dia, tetapi diluar dan yang zahirnya nampaknya dia kempen untuk calon dari MIC. Itulah dunia politik.

Apa yang sedihnya pada fahaman ana adalah bila meninjau balik majority BN daripada semua 3 DUN yang mereka menangi dalam PRU 12 dulu, dicampur majority kemenangan mereka adalah 6300 undi, maknanay masih ramai lagi pengundi yang menolak BN pada PRK HS ini.

Juga kalau kita tinajau kepada keluarnya Datuk Dr Halili daripada PKR dan berkempen untuk BN pada kali ini, sudah pasti penyokong beliau akan ramai yang berpindah memberi sokongan kepada BN, tetapi nampaknya sokongan PKR makin bertambah kepada 95 undi, dimana signifikannya keluarnya Dr Halili dalam hal PRK ini.

Ditambah lagi dengan penafian 1000 pengundi daripada hak mereka membuang undi dengan ketiadaan nama disaat akhir yang dikatakan dilakukan dengan kerjasama SPR adalah juga tidak menolong kepada penambahan majority undi BN kali ini.

Apa yang lebih malang lagi adalah pelanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 dengan wujudnya rasuah pilihanraya yang jelas dan nyata untuk mentokong BN akan diberi wang dan projek saperti yang berlaku di RASA , Sekolah Jenis Kebangsaan dimana diijanjikan duit 3 juta RM kalau BN menang dan 200 buah rumah kos rendah.

Apakah ini tidak membuka mata SPR dan SPRM yang katanya tidak pilih bulu dan tidak rabun warna itu. Tunggu apa lagi, jalankan amanah yang dibebankan atas kepala kamu atau nak tunggu bala yang Allah akan turunkan pasal lantik pemimpin yang tidak beramanah.

Ketua Pembangkan menyatakan setiap pengundi di HS bernilai 65 ribu ringgit kalau dibandingkan dengan perbelanjaan kos projek yang dihamburkan di HS dalam masa kempen tersebut berjumlah 165 juta ringgit.

Setiap yang gagal lebih 15 tahun boleh dilunaskan dalam masa 1 minggu kempen, apakah ini petanda bahawa kalau nak cepat masalah diselesaikan kenalah tunggu wakil rakyat mati dulu dan diadakan PRK baru penyelesaian segera dapat dilakukan, walaupun syarikat tersebut telah bengkrap, dari mana wang yang dibayar kepada peneroka Sg Buaya itu diambil, apakah masuk didalam bajet semasa perbahasan didalam parlimen, ataukah buiot daripada tabung BN , atau duit daripada kocek PM atau TPM sendiri tanpa melibatkan wang tabungan negara atau wang rakyat, kita harap PM dapat jelaskan hal ini kepada rakyat diseluruh negara terutamanya di Sibu anati.

Apakah hasil daripada kesan PRK ini akan menyebabkan ibdeks rasuah negara kita akan terus merudum dimata dunia saperti berlaku setiap tahun hasil kajian ICP.? Tunggu dan lihat sajalah, nampaknya kita makin terkebelakang kalau dibandingkan dengan negar Asia yang lain, sekali lagi takziah BN.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.