Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 15, 2010

Al fatihah untuk Ust Shaufik Affandi.

Al Fatihah.
Dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, ana dimaklumkan dan memaklumkan kepada semua bahawa sahabat kesayangan kami didalam AJK PAS Kawasan Pendang telah kembali kerahmatullah malam tadi setelah sekian lama menderita sakit kencing manis dan masalh jantung dan buah pinggang. Minggu lepas semasa mesyuarat AJK PAS Kawasan, beliau mengutus surat untuk menarik diri dan meletak jawatan sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan dan telah diterima sebulat suara kerana alasan keuzuran beliau tersebut.
Kami amat menyanjungi khidmat beliau sepanjang menjadi AJK PAS Kawasan cuma sejak akhir-akhir ini kerana keuzuran, maka beliau tidak dapat memenuhi kehendak jemaah , walau bagaimanapun semua memahami akan hasrat dan kekangan tersebut dan selaku ahli jemaah kita redha dengan pemergian beliau dan didoakan moga roh beliau akan ditempatkan bersama-sama solihin dan auliaullah.
Beliau juga pada masa ini adalah Imam di Masjid Jamek Kubang Jelai sehingga menghembus nafasnya yang terakhir.
Khabarnya jenazah akan disembahyangkan di Masjid Kubang Jelai, jam 10 pagi ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.