Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU CIKGU SEMUA


Selamat menyambut hari GURU 16 Mei 2010.
Hari ini ana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang telah melahirkan umat dan bangsa yang berjasa kepada Bangsa, Agama dan Negara dan tanpa mereka siapakah kita yang dilahirkan tanpa ada keupayaan untuk membaca, menulis dan mengira. Mujru jugalah atas kesedaran ibu dan bapa serta warga pendidik yang telah mendidik kita menjadi manusia yang boelh memnfaatkan apa yang allah taala beri ini untuk ugama dan kesejahteraan negara, cuma apa yang dikesalkan ada juga manusia yang mendapat didikan dari guru dengan ikhlas ini telah menjadikan pengetahuan mereka sebagai pengacau dan pengganggu mesyarakat saperti yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini.
Mereka mendapat ilmu tetapi digunakan ilmu untuk melantak rasuah sehingga menyusahkan pegawai SPRM dan Polis serta kastam, mereka yang ada ilmu tetapi menggunakan ilmu untuk membunuh orang lain dengan C4 sehingga hancur lebur, mereka yang ada ilmu tetapi menggunakan ilmu untuk menghilangkan rekod kemasukan Altantunya kedalam negara kita, mereka yang ada ilmu sanggup menyimpan bukti sehingga dua hari dalam badan tanpa mandi manda bahkan tanpa sembahyang kerana tidak mandi takut hilang bukti dan mereka yang ada ilmu tetapi mengadakan perjumpaan pada 24 Jun padahal melaporkan peristiwa berlaku pada 26 Jun sehinggalah membuat laporan kepada polis pada 28 Jun.
Semua ini kerana mereka mendapat ilmu yang diajar oleh guru tetapi rasanya tidak diredhai oleh guru untuk melaksanakan peristiwa dan perkara saperti itu kalau diketahui oleh mahaguru tersebut.
Oleh itu, ilmu yang dipelajari oleh guru hendaklah digunakan untuk yang memberi faedah kepada ugama bangsa dan negara serta rakyat bukan hanya memberi faedah ditatkala nak mengundi hari ini, baru turun hulur segala macam bantuan yang sekian lama diabaikan. Sedih juga bila lihat bentuk rumah rakyat dikampong dan mahligai ketua dibandar, tak kanlah sampai atap dan dinding yang sudah tak boleh digunakan lagi pun hanya tunggu nak mengundi baru boleh beri, dimana selama ini hasil balak yang terkumpul dan hasil minyak yang mengalir, dimana royalti yang dinafi saperti di Kelantan dan Trengganu tu.
Aduhai Cikgu dan Cikgi, berbaktilah kamu sekelian dan tanamkan kedalam jiwa anak muridmu bahawa ilmu yang ku ajar ini adalah supaya kamu menjadi yang berguna dan bukan membuat onar, melantak makan rasuah, membuat fitnah sehingga menyusahkan ummah dan bukan untuk bercakap bohong hanya untuk satu dua juta RM, kerana itu semua akan menghumban kamu kedalam panas api negara Allah yang tak tertanggung oleh kamu diakhirat nanti.
Wahai muridku, ilmu yang ku ajar ini bukan untuk kamu memperkatakan sumpah yang mudah dilafaz tetapi kamu tidak mambawa empat orang saksi yang dikehendi kerana kita ini ada pegangan Agama dan Quran serta Hadis yang dipercayai, lainlah kalau kita tidak ada Iman.
Wahai muridku, ilmu yang ku ajar ini bukanlah untuk menolak mentah-mentah pelaksannan hukum qazaf yang terdapat didalam QUran dan Sunnah nabi, tetapi adalah untuk kamu laksanakan agar janji 2 dari tiga hakim akan dihumban kedalam negara Allah tidak terlaksana keatas mu yang menjadi anak muridku dan mendapat ilmu dari aku yang mengasuh dan mendidik mu. Ingatlah bahawa setiap orang itu mesti ada guru yang mengajarnya walau dimana juga ia berada, bahkan kalau ia tidak kesekolah pun, maka ibu bapanyalah yang mengajar ia menyuap nasi dan meneguk air bahkan kalau ibunya melempar dia semasa masih bertali pusat ditangga dan jamban masjid pun, masih ada lagi orang yang menjadikan ia anak angkat dan mengajar ABC dan Alif ba ta, serta mengeja ba bi bu ta. sehinggalah ia menjadi pemimpin dan pembimbing masyarakat, bukannya menjadi penjahanam tanahair.
SELAMAT HARI GURU CIKGU, MOGA ALLAH MERAHMATI MU ATAS ILMU YANG DIBERIKAN KEPADA KU.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.