Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, May 11, 2010

Nak tunjuk hebat kot.

Kadang kadang naik celaru fikiran kita. Depa ni buat peraturan macam mana pun tak tau, bila kita mohon permit nak buat ceramah, depa tak bagi , bila kita buat juga depa tangkap dan dakwa dimahkamah. Bila tanya pasai apa tangkap , depa kata tak dak permit, bila pohon tak bagi, bila tanya pasai apa tak bagi, alasan dari pihak atasan.
Ni yang satu ni heran juga ana, bagaimana boleh terlepas pun tak tau, hari tu Syarikat lain pohon nak bawa orang yang sama tak lulus, tapi kali ni syrikat lain pohon bawa yang sama lulus pula, mungkin ana agak ada kenalan dengan orang atas kot, maklumlah depa ni mai nak buat pertunjukan macam dengan yang duduk atas pokok, terloncat terkinja dan macam -macam perangai mereka sehingga kena buat peraturan kepada mereka.
Yang lebih hebat tu, nak buat sampai 12 jam pulak, ish,ish kalaulah depa bagi kita anjur ceramah macam tu, rasanya kita pun tak sanggup nak buat sampai 12 jam. Baru ceramah 3/4 jam macam ana ni, terbatuk-batuk tak keluar suara agaknya.
Mungkin sengaja depa buat nak masuk dalam buku rekod Malaysia kot, nak tunjuk pada dunia kami pun boleh buat terloncat macam yang atas pokok macam yang hampa buat di negara barat sana.
Bravo, BN, selepas menang di Hulu Selangor, dia dia habuan hampa.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.