Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, September 8, 2010

Kesian ada, kesal pun ada.

Kesian dekat TS Musa Hassan ni, bakal mantan KPN yang akan menjadi orang biasa selepas 12 September 2010 nanti, maknanya dalam suasana kemeriahan Eidulfitri, maka beliau akan tidak bergelar manusia berkuasa dalam PDRM lagi. Kesian jga amat tak terhingga bilamana beliau kata ada pihak lain yang mengawal PDRM sehingga beliau tidak lagi berkuasa penuh dalam PDRM tersebut. Satu saja soalan dalam kes usung tilam tahu 1998 dulu tu, ada pihak ketika yang mengkontrol polis juga ke wahai TS.? Juga rasa kesian kerana pemnamatan kontral beliau yang sebelum ini disambung 2 kali hanya diberitahu atau diketahui melalui laoran berita sahaja oleh beliau, ish tak kan sampai macam tu depa buat kat TS, masa nak sambung kontrak hari tu main kali depa pertahan. Juga apa yang dihasratkan oleh TS adalah nak jadi orang baik lepas bersara nanti, baguslah tu, harap jangan adalah syarikat yang besar-besar yang dapat lesen daripada kerajaan pusat BN beri pula jadi pengerusi syarikat di Genting atau syarikat yang jual minuman yang memabukkan tu sduah lah aduhai TS no! Kalau depa beri pun tok sah terima lah no.
Yang rakyat kesal adalah bila dia kata ada orang kowal PDRM ini semasa dah nak bersara dah,maknanya bila masa tengah bertugas dulu dia boleh buat kerja dalam keadaan dimana kuasa di dikonyrol oleh pihak lain. Maknanya apa juga keputusan beliau tersebut bukan bermakna daripada arahan PDRM dimana beliau sebagai KP, tetapi oleh pihak ketiga. Jadi apakah siasatan keatas DSAI semasa liwat 2 ini juga adalah atas arahan pihak ketiga juga, jadi dimanakah sebenarnya integriti siasatan tersebut kalau ada pihak lain yang mengarhkan PDRM. Bagaimana dengankes usung tilam dan ubah tarikh beberapa kali pada kes liwat 1 1998 dulu, apakah juga sisatan dan tindakan polis atas arahan pihak lain juga?, kesal kenapa semasa menjadi orang kuat polis beliau tidak bangun membenteras ketidakbetulan ini, tetapi setelah tidak ada gigi dan taring lagi, beliau suruh orang lain yang beliau tinggalkan itu untuk bertegas, dimana kewibawaan KPN kita nih?.
Walau bagaimana pun, kita ucapkan selamat bersama dan janganlah jadi macam yang lepas-lepas, jadi pengerusi dan orang kuat syarikat itu dan ini yang jelas ALLAh haramkan perniagaan tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.