Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, September 9, 2010

Dimana sensitiviti agama mereka? siapa dalang !

Sengajakan atau tidak, itu tak perlu kita persoalkan, tetapi itulah apa yang berlaku setelah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan, tetapi ugama kita makin dihina dan dijajah oleh anak bangsa kita sendiri kini. Kalau dulu penjajah tidah sampai hendak meresapi agama melalui jalan halus, tetapi kini orang kita sendiri yang menjadikan agama itu diresapi oleh untuk yang boleh menyelewengkan akidah umat kita.
Hairan kita kenapakah perkara ini boleh terlepas atau sengaja dilepaskan, dan nasib baik ada juga umat dan pertebuhan yang sensitif sehingga menyebabkan TV3 menarik balik iklan raya yang penuh dengan propaganda yang menyesatkan umat ini.
Kalau kita lihat ulasan iklan tersebut, maka jelas jarum-jarum halus itu memang dihidangkan secara halus bertujuan menyesatkan umat dan seterusnya menjadikan perkara tersebut sebagai biasa dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi , sehingga akhirnya kita akan hanyut dek kesyirikan yang tidak kita sedari yang dirancang khas oleh musuh Islam dan umat. Amat malang sekali dan tidak bererti kita menjadikan Islam sebagai agama persekutuan padahal kita sendiri yang membiarkan ianya dihina dan dijajah sekali lagi. Mana maruah pemimpin dan ketua kita kalau hal sebegini dibiarkan, dan dalam tajuk ini ana mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS yang nampak dakyah ini dengan cepat dan terus mendesak TV3 agar menghapuskan ikalan raya ini , tetapi kenapa ulama muda membisu atau bapak mereka diam tidak berketik bila agama kita dihina, atau ada apa-apa disebalik agenda tersembunyi ini, kera kita tahu siapa sebenarnya pemegang terbesar saham TV3 ini.
Ana amat tertarik membaca ulasan iklan tersebut disini.Sama-sama kita renungi dan insapi akan jarum halus dakyah mereka menerusi TV3 ini?. Apakah kita masih lasih nak berterusan didakyah dan ditipu oleh golongan sebegini???

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.