Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, September 6, 2010

Edar bubur Lambuk.




Ana nak ucapkan terima tidak terhingga kepada Pemuda PAS batu Hampar, Kawasan dan Cawangan Pendang yang telah mengambil inisiatif untuk membuat bubur lambuk pada petang tadi dan mengedarkan di Bazar Ramadhan di Pekan Pendang. Satu periuk besar bubur lambuk habis diedarkan dalam masa setengah jam kepada pengunjung yang lalu lanag sambil membeli juadah berbuka di Pekan Pendang dan juga kereka yang melalui jalan dihadapan Pejabat Daerah.

Walaupun hari ini merupakan hari yang ke 27 kita berada didalam bulan Ramadhan ini, nampaknya pengunjung bazar tidak berkurangan bahkan bertambah dengan kepulangan ramai warga kota kedesa untuk merayakan Eidul Fitri di kampong halaman masing masing.
Cuaca yang agak redup tanpa hujan, menjadikan susana petang tadi cukup selesa untuk petugas sukarela mengedarkan bubur lambuk tersebut.


Bubur lambuk Hampar memeng menjadi kegemaran rakyat tempatan dan diharap resepi yang ditinggalkan oleh Pak Teh bihun sup ini dapat dinikmati dan diteruskan kegenerasi yang akan datang .


Sekali lagi terima kasih kepada semua.
Ini merupakan tahun kedua pengedaran bubur lambuk di bazar Ramadhan ini dilaksanakan. Insyaallah didoakan moga kita mendapat peluang lagi ditahun hadapan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.