Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, November 28, 2010

Bahas dalam peringkat JK bajet 2011

12.59 tgh.
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
rasa hendak masuk sekerat-sekerat ini tidak best lah, tunggu 2.30 lah kita masuk semua.
Tuan Pengerusi: Sila berucap dulu, baru saya...
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana
memberi kesempatan kepada saya untuk membicarakan dalam peringkat Jawatankuasa ini.
Hanya ada empat perkara yang ingin saya sentuh iaitu pertama berhubung dengan subsidi padi
DR. 23.11.2010
50
sah ini kerana keluhan daripada petani-petani. Menteri Pertanian yang dulu mengatakan
sekurang-kurangnya 80% mesti benih ini menghasilkan anak padi. Maknanya, 80% benih sah ini
dapat hidup dan tumbuh tetapi apa yang menjadi keluhan petani adalah apakah pencapaian ini
dapat dicapai oleh pengeluar-pengeluar benih padi ini kerana petani-petani tidak mencapai
sehingga 80% seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian kepada pengeluar-pengeluar
benih padi yang sah ini.
Keduanya, berhubung dengan banyak sangat benih padi angin sekarang ini. Mereka
mengatakan apakah benih-benih padi yang sumbernya diperolehi untuk dibekalkan kepada
petani ini benih padi yang betul-betul sah.
Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat Pendang, nanti sambung semula.
Datuk Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ha, saya dah kata dah tadi. Terima
kasih Tuan Pengerusi, nanti sambung.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai majlis
Mesyuarat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga
pukul 2.30 petang.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jemput Yang Berhormat Pendang.
2.32 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
ingin menyambung semula perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Tadi saya
menyentuh tentang benih padi sah berhubung dengan punca dari mana benih pada ini diperolehi.
Juga, apa yang ingin saya ketahui adalah tentang rungutan daripada petani-petani berhubung
dengan banyaknya benih padi yang diberikan hasilnya adalah tumbuh padi angin. Padi angin ini
merupakan satu masalah kepada petani kerana ia akan menggunakan baja yang diberikan
kepada padi biasa kerana ia cepat tumbuh, cepat masak, cepat membesar dan ia akan gugur
menjadi benih padi semula pada masa akan datang. Inilah masalah yang terjadi kepada petanipetani
yang berada di kawasan MADA ini.
Saya juga ingin menyuarakan kepada pihak kementerian bahawasanya ada lagi
kawasan-kawasan yang di luar MADA yang berada di dalam kawasan Lembaga Pertubuhan
DR. 23.11.2010
51
Peladang yang tidak mempunyai saliran yang betul untuk mengairi sawah-sawah mereka. Saya
bagi contoh di tempat saya iaitu Kampung Bakar Arang. Mereka membuat saliran tetapi saliran
ini lebih tinggi. Bila mana saliran lebih tinggi, air tidak dapat memasuki saliran yang dibuat. Jadi
petani tidak dapat mengerjakan sawah mereka kerana tidak mempunyai bekalan air yang
mencukupi. Oleh sebab itulah saya berharap kepada pihak kementerian, bukan setakat kita
memerhati kepada kawasan MADA, tetapi kawasan LPP, kawasan luar MADA supaya petanipetani
dapat bersama-sama dengan petani di kawasan MADA mengerjakan sawah dua kali
setahun.
Begitu juga dengan projek di kawasan MADA yang hendak dilakukan estet padi ini.
Soalan saya, setakat ini, selain daripada kawasan di Jelai, di manakah lagi mini estet padi ini
akan dilaksanakan di kawasan MADA khususnya di negeri Kedah dan berapakah tahap
pencapaian kita setakat ini? Kalau yang paling akhir saya rasa, pihak MADA mengatakan 6.8
tan. Akan tetapi adakah ini dapat dipertahankan? Setakat ini, di kawasan manakah yang
memberikan hasil yang paling tinggi yang salirannya dikuasai oleh kawasan MADA ini?
Begitu juga dengan petani-petani yang diberikan peruntukan melalui MADA ini iaitu tonik
padi. Tonik padi ini saya lihat bawah rumah petani ini dibuang macam itu sahaja, tidak
digunakan. Mereka katakan kerajaan mengeluarkan banyak belanja untuk tonik padi, tetapi
apabila digunakan, padi menjadi kuning. Awalnya sepatutnya menjadi hijau, tetapi ia jadi kuning.
Kalau kuning di peringkat akhir itu okeylah sebab padi sudah masak, tetapi padi ini belum
tumbuh, belum bunting lagi sudah jadi kuning. Ini merosakkan padi dan sebab itulah mereka
tidak menggunakan tonik padi ini.
Seterusnya untuk MADA ini juga, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian,
bagaimanakah bantuan yang akan diberikan oleh pihak MADA kepada petani-petani yang
terjejas padi mereka ataupun hasil mereka akibat daripada banjir di Kedah dan di Perlis? Cara
mana yang akan dilakukan dan teknik mana yang akan dibuat kepada petani-petani ini? Apakah
pendaftarannya yang akan dilakukan melalui pihak MADA, pihak pertanian, ataupun melalui
JKKP? Ini menjadi rungutan daripada petani-petani.
Seterusnya Butiran 02400 – Pengawasan dan Pengawalan Perosak. Satu daripada
masalah utama yang terdapat di kawasan MADA ini adalah siput gondang emas. Emas ini tidak
boleh digunakan Tuan Pengerusi. Kalau boleh digunakan, bolehlah jual, hasilnya tinggi. Akan
tetapi siput gondang emas ini merosakkan anak-anak padi dan tidak dapat dikawal dengan
bahan kimia biasa. MADA ada mengesyorkan supaya petani membela itik tetapi itik ini juga pun
larat kah dia hendak makan? Banyak sangat. Oleh sebab itu saya berharap kepada pihak
pertanian ini supaya mengadakan satu kaedah untuk kita hapuskan terus siput gondang emas
ini. Ada suatu ketika mereka mengadakan satu pertandingan memungut siput gondang emas ini
– satu kilo kalau tidak silap saya 10 sen. Ia terlalu banyak sehingga merosakkan hasil petaniDR.
23.11.2010
52
petani. Ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang cukup serius oleh pihak
kementerian.
Kemudian Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi. Saya ingin menarik pihak
kementerian – kalau kita melalui di kawasan Gunung Semanggol, Bagan Serai, di kiri kanan
kawasan Gunung Semanggol itu kita lihat kawasan pertanian sudah dijadikan kawasan
penternakan ikan kelisa. Saya ingin bertanya, apakah projek ini bertujuan untuk kita
mengurangkan hasil petani khususnya petani padi ataupun kerana padi di kawasan tersebut tidak
berhasil ataupun tidak memberikan mutu yang baik, maka diternak ikan kelisa di kawasan
tersebut?
Saya bimbang, sekiranya kita hendak kepada pembangunan industri padi, tetapi yang
akan menjadi maju adalah industri ikan kelisa yang mungkin tidak melibatkan petani itu sendiri
tetapi melibatkan tauke-tauke dari kawasan luar yang menggunakan tanah pertanian,
menggunakan sawah padi. Juga pertanyaan kepada kementerian, apakah kawasan yang
digunakan sebagai ternakan ikan kelisa ini diganti dengan kawasan sawah padi yang lain? Ini
kerana food security ini saya rasa lebih penting daripada ikan kelisa itu sendiri.
Seterusnya dan mungkin yang terakhir Tuan Pengerusi, adalah Butiran 10720 –
Pembangunan Industri Kambing/Bebiri. Walaupun kita tahu industri ini mungkin tidak
memberikan hasil yang cukup kepada keperluan daging kambing dan juga bebiri dalam negara
kita, tetapi ia perlu diberi perhatian juga oleh kementerian kerana peruntukan ini terlalu sedikit.
Saya nampak sini RM900,000 sahaja. Apakah tidak boleh ditambah supaya petani-petani ini
dapat melakukan kerja-kerja di samping sawah mereka, mereka juga dapat memelihara kambing
ataupun bebiri. Saya rasa bebiri lebih sesuai kerana ia boleh tahan dengan hujan dan panas
berbanding dengan kambing biasa. Kalau kambing biasa, kambing kacang ini, dia kena hujan
dia kembung perut. Kita kena pasang api dekat dia.
1440
Akan tetapi biri-biri tidak ada masalah. Saya pernah memelihara biri-biri sampai 70, 80
ekor. Cukup senang memeliharanya. Jadi, saya harap pihak kementerian perlu memberi
mungkin insentifkah atau apa-apa bantuan kepada petani dan juga pekebun untuk memelihara
lebih banyak biri-biri dan juga mungkin kambing kacang biasa ini kerana ini sekurang-kurangnya
akan memberi pendapatan tambahan kepada petani kita dan juga mencukupkan bekalan daging
kambing dalam industri daging dalam negara kita. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.