Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 27, 2008

ADUN lebih berkuasa dari Pegawai KEDA !!!


8. Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah menyatakan:-
(a) jumlah projek yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh KEDA dalam
RMK-9; dan
(b) jenis dan jumlah projek yang masih belum terlaksana hingga kini dan
projek yang terpaksa ditutup dan punca penutupan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Tuan Joseph Entulu anak
Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang
di-Pertua, sehingga tahun ketiga, pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan, Lembaga
Kemajuan Wilayah Kedah ataupun KEDA telah melaksanakan 22 projek dalam pelbagai
peringkat pelaksanaan berbanding 23 projek yang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan.
Projek yang masih belum dilaksanakan merupakan projek pembangunan vendor bantuan
machine yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2009. KEDA juga tidak mempunyai sebarang
projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang terpaksa ditutup atau ditangguhkan
pelaksanaannya.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Timbalan Menteri. Di antara salah satu projek KEDA yang memberi faedah langsung
DR. 21.8.2008
12
kepada rakyat ialah perumahan KEDA. Di tempat saya ada dua perumahan KEDA ini iaitu di
Lahat Tunjung dan juga di Tanjung Setol, Junun. Baru-baru ini pada bulan April, dibuka
perumahan KEDA ini untuk rakyat yang miskin, tidak mempunyai rumah dan di jalankan
penyiasatan dan ditemu duga dan mereka ini dipanggil untuk kursus induksi di Pusat Latihan
KEDA di Sik.
Apa yang malang, setelah mereka ini mengikuti kursus, 13 orang daripada mereka ini
telah dikeluarkan daripada senarai. Saya bertanya kepada pihak pengurusan KEDA, adakah ini
merupakan prosedur biasa dan mengatakan ini bukan biasa. Setelah induksi, mereka ini akan
dimasukkan di dalam projek perumahan KEDA tersebut.
Jadi pertanyaan saya, adakah penyiasatan perlu ataupun akan dilakukan oleh pihak
kementerian kerana saya mendapat fahaman daripada mereka-mereka yang dikeluarkan ini,
ianya adalah campur tangan daripada Adun Sungai Tiang. Jadi saya harap pihak kementerian
dapat memberi jawapan kepada saya, apakah pihak Adun ini boleh mengatasi pegawai-pegawai
KEDA yang telah memilih orang-orang miskin ini untuk ditempatkan di kawasan perumahan
KEDA ini. Saya harap pihak kementerian dapat menjalankan penyiasatan, kalau tak dapat
jawapan hari ini, boleh bagi jawapan bertulis kepada saya, terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
dari Pendang. Jabatan ataupun kementerian ini dengan kerjasama lembaga atau pun
jawatankuasa yang tertentu dan dibantu oleh juga kerajaan negeri sendiri memilih siapakah
peserta-peserta atau pun orang-orang yang menerima bantuan yang dimaksudkan.
Sekiranya ada yang lari dari apa yang biasa kita laksanakan dan selepas komen dari
Yang Berhormat tadi kita akan lihat dan saya akan bagi tahu perkembangan yang seterusnya.
Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita
semua tahu bahawa Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah bertanggungjawab
membawa pembangunan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Saya mahu tanya dengan
menteri, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membawa pembangunan melalui
kementerian kepada pekerja-pekerja estet yang dianaktirikan di negara ini di masa kini.
Dato’ Haji Lilah Yassin [Jempol]: Tak ada kena-mengena Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada kena-mengena.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ada Yang Berhormat. Saya tanya dengan
kementerian...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dia Menteri Sumber Manusia.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tak ada, saya tanya Kementerian
Pembangunan Luar Bandar kerana ini bersangkut-paut dengan pekerja-pekerja di kawasan luar
bandar, estet-estet...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada kena-mengena.
DR. 21.8.2008
13
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat kena tumpu
agensi KEDA ini.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Sebab itulah tak masuk dalam Kabinet.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Menteri Luar Bandar.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Nanti, nanti pergi kursus, pergi kursus.
Yang Berhormat Padang Serai pergi kursus ya. Macam mana jadi Ahli Parlimen ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: 19 September ini, Menteri Luar
Bandar itu.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Menteri, bolehkah mereka
membawa pembangunan untuk pekerja-pekerja ladang di kawasan luar bandar...
Dato’ Haji Lilah Yassin [Jempol]: Macam ini pun ada. [Ketawa]
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, soalan, soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di luar soalan, di luar soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat Padang
Serai, Yang Berhormat. Timbalan Menteri, nak jawab?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak payah jawab. Tak kena mengena.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tak kena-mengena, ya.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Tak apa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tak payah jawab.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun:... Yang Berhormat Padang Serai. Jawatankuasa
tertinggi telah dibuat, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri. Saya percaya soalan Yang Berhormat tadi sebenarnya adalah menumpu kepada orangorang
keturunan India ini, bangsa India.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang menteri dan juga ahli-ahli dari luar
kerajaan untuk membuat perancangan dan memberi penumpuan kepada isu-isu kemiskinan dan
pembangunan ekonomi orang-orang bangsa India. Sekian terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Itu persoalan yang ana timbulkan pada 21 Ogos lalu, adakah patut bila KEDA dah pilih dan suruh depa pi kursus induksi, tapi bila sampai masa nak serah kunci si ADUn ni pi sekat , kononnya mereka ni sokong pembangkang. Ana pun heran, di Kedah ni sapa sebenarnya yang jadi pembangkang , dan yang dapat pulak tu sokong sapa. Dan yang paling pening, yang mintak tu tak ada rumah, miskin dan memerlukan kediaman, jika dah dalam senarai nak dapat, kita pi potong trip macam tu, bila masalah ni nak selesai, punyala tak dak otak orang yang buat nanya kat sesama manusia macam tu, moga Allah balas penginayaan mereka itu dengan ganjaran yang sewajarnya.
Ana nak minta hasil siasatan menteri tu bila ada peluang nanti agar kita tahu siapa punya kerja semua ni, tak kan tak serik lagi penolakan rakyat diatas ketidakadilan mereka selama ni.

Tahniah atas pertolongan anda.


Tahniah, itulah ucapan yang dapat ana luahkan kepada sahabat dan rakan di Permatang Pauh yang telah bertongkos lomos mengalahkan BN tempoh hari dengan majority yang lebih lunak. Walu pun SPR pada mulanya kata peratus yang keluar mengundi sekitar 61 peratus, tapi bila perangkaan dikeluarkan, ianya ternyata melebihi 80 peratus. Mungkin kekurangan 8 ribu pngundi tu adalah hantu yang tak sempat ditahan oleh YB Gobala kut. Walau apapun majority yang diperolehi DSAI adalah ternyata melebihi undi yang diperolehi oleh orang kuat DS Najib tuh. Kalau ditinjau lagi angka yang dikeluarkan dalam tong undi ari tu, dari sejumlah 58459 pengundi berdaftar, 26942 adalah penyokong BN, dimana 19442 adalah ahli UMNO, 2900 gerakan, 2400 MCA, 1700 MIC dan 500 PPP, D Arif Shah hanya dapat 15524 undi, bermakna orang BN sendiri yang tak mengundi calon mereka.iaitu seramai 11418 ahli BN yang tak undi calon mereka pada hari mengundi tersebut.
Ana cuma nak ucapkan setinggi-tingi tahniah dan syabas kepada manusia Ezam mohd Nor dan Khairi Jamaluddin serta Saiful Azlan yang telah menyebabkan majority DSAI naik melebihi PRU 2008 lalu. Kalau tidak kerana mereka, mungkin kemenangan itu tak sampai ketahap 15 ribu lebih majority. Tahniah dan syabas. Lain kali kalau ada mana-mana PRK pergilah lagi kau orang sekelian. Suruhlah Ezam angkat sumpah pula macam Saiful buat, lepas tu hari-hari masuk TV dan siarkan sepanjang masa kempen, nescaya akan terus lingkup BN dari persada tanah air, insyaAllah. Moga pengalaman berharga ini baik untuk saudara Ezam yang mahu mendedahkan enam dulu tu dulu dari dulu dan selamanya. Mungkin dah dimakan anai-anai kut kotak-kotak tu, kerana terlalu lama diperap dalam bilik gerak kut.
Buat penyumpah, diharap lepas ni satu demi satu penunjuk kepada laknat yang kamu minta tu mungkin akan ditunaikan oleh Allah taala dan balasan kepada yang menfitnah insyaAllah akan tertunai dalam masa terdekat. InsyaAllah.
Kepada imam Romlang, insyaaallah, rezeki Allah ada dimana-mana, kalau pengarah jawi nak pecat ante, banyak lagi tempat lain yang ada rezeki Allah, lebih-lebih lagi dekat dengan bulam Ramadhan al-mubarak ni.
Moga semua dilindungi allah dan mendapat rahmat dan keampunan dariNya.
Wassalam.

Monday, August 25, 2008

Maaf, lambat update.


Maaf , lama tak update. Bukan pasal pa, pi Sabah, menghadiri majlis Konvokesyen anak dan menantu jadi susah dapat line, maklumlah tempat orang, rumah sewa anak tu telefon pun belum ada, jadi tak dapat nak asses internetla. Bila balik KL ni, bolehlah gunakan line kita untuk update dan tengok internet. Punyalah banyak benda yang tertinggal terutama dalam siri kempen PP 44 yang akan diadakan esok ni. InsyaAllah kita doaakan semoga DSAI akan diberikan kemenangan oleh Allah agar dapat menjadikan suasana didalam parlimen lebih ceria dan bersemangat untuk perbahasan. Hari ini dalam parlimen macam dilanggar geruda, suasana yang tak menggembirakan langsung, nak bangun berbahas pun jadi malas dan tak ada mood.Apa yang dihebohkan adalah hal sumpah, akuan bersumpah dan sumpah-sumpah. Sat orang tu bersumpah, sat orang ni bersumpah dan lepas tu orang lain pulak angkat sumpah, macam negara sudah tidak ada mahkamah dah sekarang ni.
Agaknya nanti bila berlaku sesuatu perkara, maka pi masjid ka, atau mana tempat ka, sumpah, lepas tu tutup buku, habis cerita, bahan bukan yang kena curi kat Johor dari simpanan Polis tu pun lepas ni suruh depa sumpah, tak ambil, lepas tu ketua Polis boleh tutup buku, dah habis kes dan senang cerita.
Ana tertarik juga bila baca pasal tok imam harian di Masjid Wilayah yang kena hadiri majlis angkat sumpah tu, orang atas suruh hadiri satu majlis lepas dia angkat nikah, maka dia tunggu tiba-tiba ada majlis sumpah laknat keatas diri sendiri dan keluarga , pulak kepada yang menuduh , dan salah pulak tu. Bila salah, atas dasar orang yang melihat kesalahan, dia pun tegur, dan bukan main lagi kecaman yang dia terima atas dasar jadi saksi, mujurlah dia dah beri penjelasan pada malam tu dimajlis yang dianjurkan , maka semua orang dah faham dan katanya ada orang tertentu yang beri arahan dari seseorang suruh si Saifool tu buat sumpah. Biarlah, tu , kita pergi kepada akuan bersumpah pula dari seorang India yang juga ada dalam internet yang ana terbaca hari tu.
Ana sekadar paste disini untuk renungan kita bersama dan moga lepas ni tak akan ada lagi sumpah dan akuan bersumpah oleh sumpah-sumpah termasuklah sumpah enam kotak tu yang tak termakbul hajat dia nak jadi calon menentang DSAI walau dimana dia masuk lawan, kesian juga nana lihat dia ceramah sampai berpeluh-peluh , tapi orang tak appreciate keteguhan dan kesungguhan hati beliau membela 6 kotak tu dulu, sanggup duduk berehat dalam penjara dan kena berbagai-bagai kecaman dari masyarakat , tetapi tak juga berjaya menjadi calon, kesian.
Ana copy dan paste SD tersebut dibawah ni, renungilah wahai sahabt dan saudara, buat telahan sendirilah.

Najib Mengamalkan Ajaran Hindu

.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah diMasjid Jamek Guar Perahu, didalam Parlimen Permatang Pauh, pada hari Jumaat lepas mengatakan beliau tidak tahu menahu ataupun mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh diPuncak alam, Selangor pada tahun 2006. Najib memberitahu bahawa beliau bersumpah walaupun ianya bukanlah satu sumpah rasmi menggunakan Quran.


“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya tidak tahu dan tiada hubungan dengan wanita Mongolia. Saya tidak tahu kalau orang lain mahu bersumpah atau tidak tapi saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini diantara saya dengan Tuhan” kata beliau (Bernama, 23 Ogos 200


Pada hari yang sama, Thagarajoo a/l Thangavellu juga bersumpah, melalui Akuan Bersumpah, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai muslim, mengamalkan ajaran Hindu. Apakah sumpah Najib ini, yang dilakukan secara ‘Islamik’, sah diterima?


Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu.


Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-


Saya bekerja sebagai pemandu.
Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.
Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.
Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.
Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.
Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.
Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.
Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.
Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.
Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya
Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.


(Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra, Najib: Muslim By Birth, Hindu

Wednesday, August 20, 2008

Menteri tarik balik RUU Kenaf dan Tembakau

Datuk Peter Chin Fah Kui: Apa yang disebutkan oleh...

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Boleh saya sambung? Sedikit sahaja. Saya rasa itu senang sahaja, kita hantar balik kepada Peguam Negara supaya buat pindaan dan bentangkan semula.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi, mengenai apa yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Titiwangsa tadi, soalnya ialah sama ada kita hendak menghentikan tanaman
tembakau. Kalau begitu, tidak usahlah kita banyak berbincang. Hanya ada satu soalan, hendak berhenti atau tidak. Kalau saya rasa itu soalan yang kita hendak bincangkan, senang. Kita boleh tanyalah Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kita boleh bersetuju atau tidak, tetapi saya rasa itu bukan soalan yang kita hendak bincangkan. Saya tidak tahulah macam mana you ambil pendirian yang begitu. Saya rasa industri tembakau ini masih akan wujud hingga suatu hari nanti kita ada satu tanaman gantian supaya kita tidak payah menanam tembakau lagi. Namun itu bukan satu hari...

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Yang Berhormat Menteri, bukankah kenaf
ini memang tanaman gantian yang tujuan kita untuk menggantikan tembakau? Jadi, kenapa kita bertanya begitu? Kenalah ada komitmen ini! Apa gunanya kita ada Lembaga Kenaf ini kalau kita tidak bertujuan untuk mengecilkan industri tembakau? Sebenarnya apa tujuannya? Tidak payah kenaf, kita promote dan galakkan sahaja industri tembakau, habis cerita.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi, kita pun tahu lima tahun dahulu jumlah
penanam tembakau ialah 15,000 orang tetapi pada hari ini dalam lingkungan 9,000 orang sahaja, bukan 11,000. Kita ada angka.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri boleh sambung jam 2.30 petang nanti.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung lagi perbahasan di sebelah petang pukul 2.30 nanti.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Timbalan Yang d-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tuan Pengerusi, tidak cukup kuorum lah.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Setiausaha bunyikan loceng untuk kuorum.
[Loceng di bunyikan]
[Ahli-ahli dikira: Lebih daripada 26 Ahli hadir]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk
menyambung penggulungan.
Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, selepas
dalam satu jam ini yang saya berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai-pegawai
kementerian saya termasuk juga pegawai dari Jabatan Peguam Negara. Adalah didapati
bahawa antara huraian-huraian yang kita terima pagi ini memang ada perkara-perkara yang kita kena teliti dengan lebih mendalam, khususnya untuk akta fasal 13 dan 12. Di mana kita rasa adalah sesuai pindaan-pindaan kita akan lakukan untuk fasal ini, terutamanya tidak bercanggah.
Keduanya untuk supaya ia memang mengikut fasal-fasal atau kandungan yang telah dimasuki dalam akta-akta yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini sebelum petang ini. Oleh sebab itu, saya minta satu tangguhan bagi akta ini sehingga selepas pindaan
kepada Akta Pelajaran yang disenaraikan nombor dua dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usulusul bagi hari ini. Ini bermaksud Tuan Pengerusi, saya sangat berharap peringkat Jawatankuasa ini akan disambungkan sejurus selepas Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008 ini diselesaikan.
Ini untuk memberi sedikit masa bagi pegawai saya dan juga Peguam Negara untuk
menentukan perkataan-perkataan yang perlu kita pindakan dalam seksyen 12 dan 13 itu. Saya memohon supaya ahli-ahli yang di sebelah sana jangan object lah untuk permohonan ini untuk ditangguhkan.
Seorang Ahli: Setuju.
[Rang Undang-undang Kenaf dan Tembakau Negara 2008, di peringkat Jawatankuasa
ditangguhkan sementara]
Ana rasa nak tergelak juga pada sidang kali kerana dalam sejarah ana jadi MP inilah kali pertama RUU yang dibawa oleh Menteri terpaksa ditarik balik lepas ada percanggahan diantara artikel 12 dan 13 dan kerana tiadanya usaha untuk mengurangkan usaha penanaman tembakau dan menambah usaha penaman kenaf, tetapi nampak seolah kerajaan tidak berapa mahu mengurangkan usaha penanaman tembakau dan menambah usaha penanaman kenaf.

Last sekali setelah tak boleh hendak cari helah lagi, maka menteri pun tarik balik RUU sebagaimana yang ana syorkan dan akan dibentangkan semula pada peringkat jawatankuasa untuk dibuat pembetulan dan pindaan.
TK Menteri.

Sunday, August 17, 2008

Sumpah Permatang Pauh.

Tindakan bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah (sumpah laknat) jelas bermotifkan politik kotor.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam.

“Ianya satu kebodohan terhadap hukum Islam lebih-lebih lagi yang memakai jenama agama (Islam),” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.

Petang semalam Mohd Saiful melakukan sumpah dihadapan bapanya, Azlan Mohd Lazim dan Imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Abdul HAdi juga melahirkan kekesalan kerana institusi agama turut diheret dalam permasalahan ini.

“Perkara ini mesti difahami dengan jeas. Bagi kita orang Islam kita ada li’an. Li’an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri.

“Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah,” katanya.

Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu.

“Namun itu hak dia, dia boleh buat apa sahaja. tetapi harus diingat kita perlu dengar dari kedua-dua belah pihak,” katanya.

Tambah beliau, penyelesaian terbaik bagi kes ini ialah dengan merujuk ke Mahkamah Syariah.

“Ini melibatkan hal orang Islam. Jadi termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1)(A).

“Pandangan kami (PAS) jelas, perkara ini (tuduhan liwat) perlu dirujuk mengikut hukum qazaf (tuduhan fitnah) yang memerlukan empat orang saksi atau berikrar bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Katanya lagi Anwar tidak perlu mengikut jejak Mohd Saiful untuk bersumpah.

Jelas Abdul Hadi tindakan Mohd Saiful itu (bersumpah) tidak akan menjejaskan sokongan PAS terhadap Anwar.

“PAS tetap berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah selagi perkara ini masih belum dibuktikan di mahkamah,” katanya.
Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

“Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh,” katanya.

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

“Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?”

“Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

“Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.

“Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?” tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.

Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

“Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

“Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah.

“Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?

“Adakah ia agenda dirinya atau orang lain,” ujarnya lagi.

Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.

Semalam upacara ‘bersumpah’ Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Sebelum Saiful ‘bersumpah’, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah ‘mubahalah’ akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah ‘disorokkan’ di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama ‘Uncle Pet’ sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil ‘wudhu.’

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

“Dia kat dalam…,” kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan ‘bermubahalah’ ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Sekadar membwa apa pandangan yang dibuat oleh Ulamak PAS berhubung dengan sumpah yang dibuat oleh Saiful tempoh hari.
Beberapa perkara pelik dan ajaib telah berlaku dan diulas oleh Dato' Haron Din, kenapa laknat itu mengenai beliau dan keturunan beliau, siapakah penasihat dalam sumpah ini. Sepatutnya bila beliau menuduh Anwar meliwat beliau, maka tugasnya adalah membawa empat orang saksi saperti dalam surah An-nur ayat 4, dan DSAI lah yang sepatutnya bersumpah, inilah kalau skrip ditulis oleh mereka yang tak faham agama, mereka menggunakan Al quran hanya untuk dibuat alat untuk bersumpah tetapi kandungan ayat dan suruhan ayat tak difahami dan tak dibuat panduan hidup.
Dah tu dia kata pula dalam wawancara dengan wartawan bahawa dia bukan liwat dengan sukarela , tetapi dipaksa oleh DSAI, dan bukan banyak kali saperti didalam akhbar sebelum ini, hanya sekali saja pada 26 Jun, tetapi dalam sumpah beliau , beliau tersasul menyatakan diliwat pada 26 Ogos, teringat pula dia tarikh PRK Permatang Pauh. Mungkin terlalu banyak bercakap pasal politik PR Permatang Pauh sebelum itu kut, maklumlah sebagai senjata untuk mnyerang DSAI dalam kempen. Rakyat semua dah maklum dan arif.
Dan apabila kita teliti pertuduhan yang dikenakan kepada DSAI adalah 377B, iaitu melakukan liwat suka sama suka, tapi Saiful kata dipaksa, dan ada pula terdengar kata-kata yang meyatakan tuduhan tersebut yakni sukarela boleh ditukar kepada dipaksa didalam perbicaraan nanti. Ana rasa skrip yang lama akan berulang kembali selepas 10 tahun berlalu dimana tarikh ditukar 3 kali pada fasa liwat pertama dan pada fasa liwat kedua ini pengakuan sukarela boleh ditukar kepada terpaksa, maklumlah penulis skrip masih orang yang dari kumpulan yang sama, ambil Islam sebahagian dan tolak Islam sebahagian.
Ana juga rasa pelik bila bekas PM pun sekarang ni makin aktif buat ulasan bila sebut pasal sumpah ni, kenapa dulu masa dia buat tuduhan dia tak bawa pula kes ni kemahkamah syariaah, apabila Allah dah kenakan kepada dia apa yang terkandung dalam ayat 4 surah annur tu, baru dia tahu langit ni tinggi ka rendah, bila apa yang dia cakap orang tak percaya, dan kenyataan beliau sendiri ahli yang dia pernah pimpin pun tak terima, macam rasuah di Kubang Pasu dulu, kerana Allah dah pesan mereka ini tidak boleh dibuat persaksian selama-lamanya. Saya seru kepada Tun supaya pi cari mana-mana pondok, telaah kitab atau kaji dan faham tafsir bersama zaujah beliau agar insyaalah dapat bersama denga mereka yang soleh diakhir usia ini. Mungkin apa yang didoakan oleh Ust Fadhil Nur dulu sudah terpampang sekarang ni, dimana ia sendiri akan melihat apa kerosakan yang dia sendiri telah lakukan didalam negara dan masyarakat ini.
Ana tertarik bila kepimpinan PAS awal-awal lagi menyatakan ini adalah sumpah politik dan ada kena mengena dengan politik. Kalau tidak kenapa dalam kenyataan DSN menyatakan Saiful berjumpa beliau pada 25 Jun dan lepas tu DSAI liwat dia pada 26 Jun. Pelik tapi benar, itulah dunia, macam-macam boleh berlaku dan apa yang kita risau adalah orang yang menuduh pula minta Allah kenakan laknat kepada dia dan keluarga dan keturunan, kesian, dimana penasihat agamamu wahai saudara Saiful.

Monday, August 11, 2008

Nasib ditanah air sendiri, kena lari walau tak dihalau.



Pembangunan datang, kita kena pergi, itulah apa yang ana dapat lihat akan terjadi kepada rakyat marhaen dikampong-kampong dimana juga sekarang ini. Walaupun itu tanah nenak moyang kita yang telah kita duduki dari dulu lagi, tetapi apabila pembangunan hendak dibuat, maka terpaksalah kita kena mencari tempat ganti yang lain buat kita berteduh. Inilah yang berlaku pada kawan-kawan kita yang tinggal disepanjang kawasan double tracking di landasan keretapi diantara kokbah dan tokai yang sedang giat dibina sekarang ini. Walau pun rumah mereka tidak akan diambil untuk dibuat landasan berkembar, tetapi kerana tanah mereka telah disempitkan dikiri oleh sungai buang air MADA dan dikanan oleh landasan berkembar, maka tinggallah tanah tapak rumah mereka yang sekangkang kera itu berhadapan pula dengan kabel elektrik yang akan dipasang dengan kuasa elektrik 24 KV . Ini sedah tentu akan menyebabkan semua orang kecut perut nak duduk dikawasan yang begitu tinggi kuasa letriknya. Semasa ana meninjau kawasan tersebut baru-baru ini, ana nasihat mereka supaya mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan untuk sedikit pampasan gantirugi tanaman dan rumah yang terkena dalam plan pengambilan dan berharap mereka dapat bersatu untuk mendapat nasihat daripada kerajaan berhubung dengan status penempatan mereka dan risikonya kelak. Mereka telahpun menghantar surat kepada MB berhubung perkara tersebut, jadi ana harap satu penyelesaian terbaik akan dapat dicapai berhubung dengan perkara tersebut. Kalau dilihat pada gambar yang diambil semasa ana menziarahi rumah mereka, memang nampak dekat benar rumah dengan kawasan landasan yang bakal dibuat tersebut. Kayu pancang itu merupakan kawasan yang akan ditimbus dengan tanah merah dan memang tiang rumah mereka akan terpaksa dibuangkan.

Friday, August 8, 2008

Kelab 4X4 Pendang ber'ekpedisi' ke Gunong Inas Baling.



Pagi tadi ana telah dijemput untuk melakukan pelepasan peserta yang menyertai ekpedisi 4 X 4 ke Gunong Inas , Baling. Ana agak seronok kerana ramai peserta adalah terdiri dari mereka yang memiliki kenderaan pacuan 4 roda dan ini sudah tentu akan dapat membantu ketika berlaku musibah banjir atau sebagainya saperti yang kami di Pendang selalu hadapi. Program pagi ini turut dihadiri oleh Datok HJ mOHD tAULAN rASUL, EXCO Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Tokai . Semasa pelepasan ana menasihatkan mereka agar berhati-hati dalam perjalanan dan juga semasa berada diatas Gunong Inas nanti kerena faktor keselamatan merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu ekpedisi. Rombongan ini juga dilengkapi dengan unit kembalik dan teknikal serta dengan motosikal scrambler yang akan membantu didalam keadaan yang memerlukan disana nanti. Atas perbincangan dengan Presiden kelab, ana beri satu pandangan untuk masa depan supaya mereka memilih satu tempat atau kampong untuk kita melakukan kerja amal mambaiki rumah atau apa juga bentuk gotong royong yang mamberikan faedah langsung kepada rakyat khususnya di Pendang in, dan presiden kelab cukup bersetuju dengan pandangan ini, alhamdulillah.
Ana ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Suderman dan En Joey Lee Hwa Meng kerana menganjurkan program ini dan semoga ia dapat meneratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga masyarakat sekitar. Diharap juga pada masa depan kita akan adakan lebih banyak lagi program berupa gotong royong membantu masyarakat kampong insyaAllah.
Juga terima kasih kepada Datok Hj Mohd Taulan Rasul yang sudi singgah sebentar pagi tadi untuk majlis pelancaran dan beramah mesra dengan peserta serta memberi komitment untuk mengadakan majlis gotong royong pada masa depan.
Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Tanah Merah, Ust Omar, terima kasih tuan Imam.


Gambar sekitar progaram pagi tadi, hanya guna handphone, kamera orang pinjam.

Bakar Haq dah bebas, syukur.


Syukur diatas pembebasan sahabat yang banyak mengajar ana pasal blog memblog ni, Sdr Bakar Haq,atau dikenali penarik beca, katanya salahnya adalah kerana lambang PDRM. Ya lah, memang yang beliau copy dan paste tu tak disenangi oleh anggota PDRM kita tu, tetapi kalau kita baca SD daripada DR Osman yang dimuat dalam blog Malaysia Today tu, ana rasa PDRM tak boleh salahkan rakyat juga kalau rakyat tak berapa suka dengan mereka . Kalau kita buka peristiwa lama bekas Ketua Polis Negara yang labuh bekas TPM sampai hampir kojol tu dulu, rasanya mungkin lagi teruk daripada logo yang penarik beca buat tu, ana pun tak tahu apa logonya, tak sempat nak buka tengok. Dalam SD Dr Osman, dinyatakan tulisan tangan yang dia sain dengan yang bertaip ada terdapat kandungan yang berbeza, walau pun dia tak berapa fasih BM tetapi masih tahu apa yang berbezanya. Pasal tu la kut tok ana pesan dulu ni masa ana masih kecil lagi, jangan lah cucu dia ni kerja polis.bila tanya pasal apa, dia tak cakap pun, tapi bila suasana yang berlaku sekarang ni, faham lah kita sikit-sikit kenapa.
Begitu juga ana agak keliru bila Menteri KDN Datok Syed Hamid kata dalam bab rasuah tak kan orang yang memberi rasuah kita nak persalahkan, hanya orang yang terima rasuah saja yang kena dipersalahkan. Keliru juga ana, bila suatu masa dulu tok guru Nik Aziz kata oarang nak rasuah dia, tapi tak buat report kepada BPR pun pasal orang tu tak bagi pun, tetapi TGNA dipersalahkan kerana tak laporkan kepada BPR, itu baru janji nak bagi, sedangkan dalam Islam nabi kata 'arrashi wal murtashi fin nar', orang beri dan terima rasuah adalah dalam neraka, Ada sapa yang lebih arif pasal undang-undang BPR tolong beri tahu ana, sebab kalau Menteri silap, nak perbetul dia dalam sidang parlimen akan datang, kalau ana silap, memang ana bukan tahu undang-undang BPR pun, bukan lulusan law pun, tak apalah , tapi kalau menteri KDN silap, cukup malu kita, ya sahabat tolong perbetul kalau ana silap, hantar e mail pun tak pa.
Satu lagi ana nak tanya, kalau 377B yang dikatakan liwat suka sama suka ni, agaknya kalau yang kak nyah dan mak nyah dan abang nyah yang dok belakang pejabat PAS jalan Raja Laut tu agaknya buat report kata kena liwat suka sama suka, agaknya teruk juga abang polis kita kena siasat dan peguam kita kena masuk mahkamah bicara kes, sapa yang report dulu maka tentu dia selamat, dapat perlindungan macam budak tu, tetapi sapa yang report kemudian, kena dakwa 377B, pasal liwat suka sama suka, agaknya kena tambah polis dan peguam lagilah Malaysia ni, dunia-, dunia, apa nak jadi, dah akhir zaman la ni.
Ana dapat maklumat pasal di Kpg Lampam, Kubur Panjang sepasang warga emas yang dalam keuzuran memerlukan pembaikan rumah , bila sahabat dan PA ana pi tengok, masya Allah, begitu teruk rumah dia, kalau kita nak kata bangsal ayam pun agaknya tak tergamak hati, menunggu hari nak menyembah bumi. Ana tanya bila lagi macam tu, sahabat kata dah lama dah, maknanya sejak BN perintah Kedah lagi la, tetapi ana rasa perlu kita bantu baiki rumah dia, mereka ni sepasang warga emas keturunan Siam di DUN Sungai Tiang, mengikut katanya, dulu YB disitu berjanji nak baiki, tetapi sampai lepas PRU 12 masih belum lagi.
Jadi ana harap kepada penderma yang ikhlas nak bantu, sila tolong kita sama-sama baiki rumah dia, ana seorang rasa nya tak mampu nak tolong kerana yang macam tu cukup ramai disini. Kalau nak pi boleh pi ke KPG Lampam, Kubor Panjang atau pi ke Pusat Khidmat kami di Pekan Kpg Baru atau Pekan Pendang, sama -sama kita bantu sahabat kita, moga Allah tambah rezeki kita. insyaAllah.
Rumah dia ada dalam gambar diatas ni.

Wednesday, August 6, 2008

Melawat kawasan



Alhamdulillah, pada kesempatan cuti dari persidangan kali ini, ana sempat turun melawat kawasan dan melhat suasana kedaifan yang masih lagi wujud dalam masyarakat kita yang dikatakan berada dalam negara yang makmur dan mewah ini. Apabila kita sendiri turun melihat suasana dalam keadaan yang mengejutkan, maka dapatlah kita kihat apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita. Dalam perbahasan dan jawapan dalam perlimen, menteri luar bandar yang tak ada kawasan, senator menyatakan beliau akan pastikan kemajuan luar bandar dalam lingkungan 30 km dari bandar akan mendapat kemudahan asas saperti letrik, air dan jalan berturap , maka saya pun berjalanlah mengelilingi kawasan pada Jumaat lepas, tiba-tiba di Kpg Gelong Gajah, Tobir, hanya beberapa km saja dari pekan Pendang, begini keadaan jalan yang dijaga oleh MADA untuk kegunaan penduduk dari Senara untuk datang ke sekolah di Maktab Mahmud Tobiar. Bayangkan gambar ini saya ambil diwaktu panas, musin tidak ada hujan masih lagi ada air bertakung, cuba bayangkan kalau musim hujan, bagaimana akan terjadi pada jalan ini, tentu akan jadi lebih teruk dari yang kita lihat daripada lapuran TV di Sabah dan Sarawak. Penduduk berharap kalau boleh pihak MADA menabur batu kasaran pun tak apa untuk mengurangkan maslah habuh dan selut tu, tapi kalau tar lagi bagus la.
Lepas tu ana pergi pula ke KPG Alor Besar, melihat warga emas yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah beliau yang sudah rosak teruk, ana tanya kenapa selama ini mereka tidak mendapat bantuan kebajikan dan lain-lain, apa yang diberitahu adakah diskriminasi daripada JKKK disitu yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendapat bantuan bagi beliau. Insyaallah ana kan berusaha untuk beliau mendapat bantuan samada kebajikan atau PPRT.

Ujian Allah datang lagi.




Alhamdulillah, hari ni dah disambung balik kabel yang dicuri depan rumah ana. Masuk kali ni dah dua kali kena potong, pasal tu banyak hari tak dapat nak update blog ni. Depa ni pun tak kesian dekat STM sungguh la, buat susah orang kampong nak guna internet kalau macam ni punya gaya, tak ada kerja lain melainkan curi kabel telefon saja. Kalau dapat sipencuri ni, nanti masyarakat kampong buat macam yang berlaku di Lubuk Merbau kepada pencuri skrap baru depa ni tau, ana dengar khabar bila depa dapat tangkap pencuri skrap suami isteri tu, depa paku tangan pencuri tu dengan skrap sekali dengan paku 5 inci dibatang pokok getah, lepas tu baru lapor kepada polis, itu belum di pukul sampai patah tangan macam satu tempat dikawasan ana juga beberapa tahun lepas. Orang teruk kerja mencari rezeki, depa senang-senang mai ambil kesempatan curi skrap dan dapat duit. Ana biasa tanya seorang Cina taukeh Emas dimana emas dia kena curi, beratus ribu hangus satu malam, apa dia nak buat kalau dapat pencuri tu, dia kata nak potong tangan, kami kata itu la yang Islam nak buat kepada pencuri bila cukup syarat, sampai sekarang dia ni sokong PAS kalau mengundi, dia kata masa mengundi baru ni dia naik kebulan dengan roket, dacing orang tak pakai dah, penipu besar. Anyway ada sikit gambar pasal bantuan rumah yang dapat diberikan kepada orang daif dikawasan ana dan dia bersyukur kerana mendapat rumah yang lebih selesa anak beranak hasil bantuan dari pusat khidmat wakil rakyat PAS Pendang. Ana mengucapkan syukur diatas segala pertolongan sahabat dan rakan yang bersimpati menolong kami untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Ana bersyukur kepada Allah kerana En Shuib Awang dapat juga menginap dirumah yang agak selesa sekarang ini hasil bantuan yang kita berikan kepada beliau sekeluarga( gambar atas, sedang dukong anak).. Alhamdulillah.
Tapi ada juga berlaku musibah saperti ribut dan kebakaran yang berlaku di Paya Sulaiman dan Pondok Seberang Pendang, kepada penderma yang ingin membuat bakti kepada mereka yang ditimpa musibah harap dapat menghubungi ana untuk membantu mereka melalui HP ana 0193363604, Dr Mohd Hayati Othman.Ahli Parlimen Pendang.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.