Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, September 13, 2008

Pening fikirkan kecelaruan dalam negara.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh "boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam".

Tetapi selepas membebaskan wartawan berkenaan hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata polis menahan wartawan itu kerana keselamatannya (Tan) terancam.

Bila pemberita tanya YAB Paklah, dia kata itu kerja Datuk Seri Syed Hamid, bila tanya DS Syed Hamid, dia pula kata itu kerja polis, bila tanya polis mana, tak mau jawab. Macam dia jawab mahu usul tak percaya dalam parlimen yang dibawa oleh Ketua Pembangkan hari tu, dia kata dari risikan polis, akan berlaku perhimpunan raksaksa di parlimen dan diadakan sekatan hampir seluruh KL sampai nak pi kerja pun susah, tiba-tiba tak ada apa yang berlaku pun, hampeh tak dak pun. Ini lah tahap Menteri Dalam Negeri kita hari ni.
Ana tak tahulah mingkin cerita bangau dan kerbau menjadi cerita rutin yang didendangkan oleh ibu DS Syed Hamid masa dia nak tiduk masa kecil dulu sehingga terbawa-bawa dalam hidup dan masa kerja sehingga hari ini.
Diman dia letak otak dia, dalam kepala atas atau kepala lutut pun tak taulah. Ana rasa anak yang baru sekolah pun faham kalau orang kena tahan polis bukan nak jaga keselamatan orang salah, tetapi nak siasat atau dakwa pasal dia salah, lepas tu masuk jel. Tapi bagi menteri yang sorang ini lain sikit daripada bapa dia singa UMNO dulu, nak jaga keselamatan orang, maka tangkap bubuh dalam ISA. Ana macam ni lebih baik sesiapa yang rasa tak selamat hidup lagi, macam PATI yang ramai tu, suruh saja Menteri tangkap dan jaga keselamatan mereka.
La ni memeang jenis ramai yang cakap merapu, entah kecelaruan yang sengaja dibuat agar rakyat semua jadi pening dan sasau. Macam mana tak pening, hari tu si Saiful yang kena liwat suka sama suka , bukan nak pi repot kat polis, tapi pi jumpa TPM mengadu kena liwat dan bila jumpa TPM, pemberita tanya bila dia pi, DS Najib kata 25 Jun, dan bila dalam repot kepada polis , dia kata kena liwat pada 26 Jun, jadi dari berita yang kita terima tersebut menunjukkan bahawa Saiful repot kat DS Najib dulu sebelum liwat tu berlaku. Bila dalam Mahkamah, pertuduhan yang dikenakan keatas DSAI adalah liwat suka sama suka, tetapi bila lepas sumpah dalam masjid yang tok Imam kena paksa jadi saksi, dia kata kena paksa pula.
Celaru fikiran rakyat dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ni dan pening habis, sampai kena bawa lari MP kita dari suasana pening ini agar mereka belajar ilmu pertanian baru dari Taiwan bukan Thailand untuk dikembangkan kedalam kawasan parlimen masing-masing. Ana hairan juga, kawasan ana dan kawan-kawan diKedah yang ramai dan luas kawasan pertanian tak pula didedahkan dengan ilmu pertanian dari taiwan ni. Ana kalau suruh belajar pertanian, setakat Thailand pun ana rasa lebih daripada cukup untuk laksanakan dalam negara kita. Bagaimana nak buat dengan rambutan durian, dokong , manggis yang berlambak dan jenuh dimusim buah-buahan lalu, sehingga lembu pun dah tak selera nak makan rumput lagi asyik makan isi cempedak lasu yang gugur saja.
Atau mungkin yang dibawa belajar itu ramai MP dari Sabah dan Serawak, maklumlah negeri mereka akan jadi jepapang padi yang baru dalam RM 10 nanti atau koridor sabah dan serawak nanti. Terfikir juga yang pi tu bukan pegawai FAMA atau MARDI yang memeang kerja mereka melakukan penyelidikan dan kajian tentang bidang pertanian, tetapi adalah MP yang ada yang berusia 60 tahun, 50 tahun, sudah sukar nak masuk ilmu teknologi baru ni.

Friday, September 12, 2008

ISA mengganas kembali bila kuasa BN hampir tumbang.

Nampaknya dengan desakan dari dalam, hayat Pak Lah sebagai Presiden makin pendek. Suara TS Muhyiddin , Hishamudin dan DS Najib sendiri sudah jelas terpancar dari naluri dalamn sekarang ini. Pemilihan dan peralihan kuasa dalam negara hendaklah mengikut akar umbi dan bukan seorang dua yang menentukan. TS Muhyidin kata peralihan perlu lebih cepat daripada 2010 kerana hendak mempersiapkan diri menghadapi PRU ke 13, dan Dato' Hisham pulak dan Najib kata kena ikut kehendak akar umbi yang sedang bersidang sekarang ini.
Sebagai regu yang dirasakan dapat menyelamatkan beliau dan menjadi lebih kuat, maka diambil hero hindustan lama yang dah pencen sebagai 'sparing partner' beliau dalam menghadapi situasi ini. Ana amat tertarik bila tuan guru Dato' Nik Aziz ulas bahawa beliau gembira kemasukan semula Tun Che Det kedalam UMNO kerana ini akan mempercepatkan kehancuran UMNO dan ini sudah tentu akan memberikan bonus kepada PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik bagi kebahagiaan rakyat semua bangsa dan agama.

Dulu janji Tun selagi Pak Lah jadi Presiden, beliau tak akan masuk kembali, ni setelah dipujuk oleh TS Muhyiddin ,maka Tun rasa Pak Lkah akan turun dan atas desakan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi ini, maka rakyat semakin yakin bahawa Paklah akan terpaksa ikut desakan ini dan terus melepaskan jawatan Presiden, cuma yang paling tak gembira adalah mereka ditingkat 4.

Ana merasakan kecelaruan yang berlaku dalam negara sekarang ini semacam satu ulangan kepada apa yang tercatat dalam sejarah negara pada masa ana masih berada dalam darjah 6 dulu lagi. Dan ini dapat diperhatikan kepada pemukiman MP di Taiwan, dan khabarnya dari salah seorang sahabt ana yang pergi, mereka sebanarnya di kaurantin macam lembu yang dibawa masuk dari luar agar tidak dapat bertemu dengan yang ada dikawasan tempatan, menyelidik segala penyakit dan merawat kalau ada, dan setelah didapati sihat dan boleh dicampur dengan yang tempatan baru dilepaskan. Dan yang terakhir pula diberitahu bahawa ada 5 orang yang akan dibawa ke New York juga untuk menjauhkan diri dari negara agar 16 September tak akan terjadi peralihan , cuma tanggal 16 September tu tetap ada dan berlaku.
Peristiwa tangkapan borong tanpa bicara juga adalah mainan mereka dalam keadaan tersepit saperti yang ana ingat operasi lalang dulu. Bila tersepit dan nampak kuasa nak hilang, maka rakyat akan jadi mangsa. Itulah namanya kezaliman, ingat bahawa doa orang yang kena zalim tuhan tak akan abaikan, lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kuasa BN sekarang ini, lihat di NS.Tinggal BN masuk keadilan , dan banyak lagi yang akan ikut.

Thursday, September 11, 2008

Nasib rakyat , apa nak buat BN memang begitu.

Ini kisah sedih yang ana paste dari akhbar Utusan Malaysia versi internet untuk renungan kita bersama dan fikirkanlah sendiri betapa keadaan yang berlaku dalam negara kita yang kaya raya ini , fikirkan juga kalau ianya boleh berlaku kepada pesara kerajaan, bayangkan kalau orang kampong, penoreh getah dan petani serta nelayan miskin dihujung negara, siapakah yang akan memberi perhatian kepada masalah kita. Setelah habis semua harta dijual barulah kementerian meluluskan permohonan setelah 3 kali ditolak.

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.

Wednesday, September 10, 2008

Kecelaruan politik dalam negara la ni.

Suasana politik negara dalam seminggu dua ni amat menarik perhatian semua. BNBCC yang dimukimkan di Taiwan kerana belajar ilmu pertanian dan mungkin melakukan ibadah puasa disana disamping berterawikh dan bertazkirah di Taiwan bersama-sama penduduk Islam disana, syabas BNBBC kerana melakukan kerja dakwah bilhal di Taiwan dalam bulan Yang Mulia ini.
Nampaknya hasrat 16 September tak jadi la kut, pasai semuanya kena menambah ilmu pertanian dari Taiwan, semuanya pakat kena belenggu dileher dan diheret ke Taiwan beramai-ramai secara suka sama suka.

Hasrat Tun Che Det nak kembali kedalam UMNO semula walaupun Pak Lah masih lagi menjadi Presiden mengabsahkan bahawa memang Melayu mudah lupa. Hari tu mengikut laporan bernama beliau juga yang kata selagi Pak Lah jadi Presiden UMNO maka beliau tak akan masuk UMNO semula.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. - Bernama 20/Mei

Nampaknya Naib Presiden paling kanan dah berani bersuara, terasa lambat sangat Pak Lah letak jawatan, mungkin dia rasa dia dah macam dipinggirkan dan tak ada peluang nak naik. Ini amat pelik dalam politik UMNO, orang bawah yang seganding bahu desak boss besar nyah lebih cepat supaya saya naik lebih cepat, tu pula pi cari hero lama yang dah tak ada penyaruh untuk bantu jadi rakan seperjuangan yang selama ini dihina dan dicaci selepas keluar dari UMNO.



Yang jadi hero nak pulih UMNO , Ezam yang berjasa membantu mengalahkan BN di Permatang Pauh dengan enam tong rasuah nya pun mungkin akan berpelukan dengan Tun Che Det lepas beliau masuk semula dalam UMNO, dimana dulu kata Ezam nak pulihkan UMNO bilasaja Tun Che Det keluar, tapi kali ni ana rasa bila Tun masuk. Ezam akan peluk cium Tun pasal demi perpaduan dan mengukuhkan UMNO. Cuma yang tak suka mungkin Presiden dan menantu. Kerana mengikut teori Tun, beliau masuk semula, maknanya Presiden kena bertukar, kalau tidak beliau tak akan lakukan. Yang merencanakan ini semua, kita sudah nampak dari kenyataan yang dikelaurkan oleh Naib Presiden sendiri. Ana cuma agak la, pasal berbagai keadaan kemungkinan boleh terjadi dalam masa terdekat ini.
Politik oh politik, kawan sanggup kerkah kawan, sahabat sanggup tikam sahabat, demi untuk terus berkuasa.
Selamat berpusa, maaf zahir batin

Monday, September 8, 2008

Belajar pertanian dari Taiwan atau Thailand.

Sewaktu ana dijemput untuk bersama dengan pelajar dari Universiti Taksin cawangan Songkla Thailand diperkarangan Watt Titi Akar anjuran Kelab Penyokong PAS Pendang, beberapa malam lepas, terpegun ana melihat cara mereka memajukan bidang pertanian dinegara gajah puteh itu.


Dibawa pada pameran malam itu mengenai pokok tai yang dibuat berbagai jenis produk baik yang boleh dimakan , minum dan digunakan untuk kraftangan dan beg tangan serta topi. Mereka sampai mempunyai sebuah fakulti khusus mengkaji kepelbagaian produk tradisi dan penggunaan bahan tempatan yang boleh dipelbagaikan. Bayangkan buah tai dibuat bahan makanan, nira pokok tai dibuat minuman dan cuka serta manisan, pelepah pokok tai dibuat beg tangan dan topi hasil dari serat pelepah yang diketuk dan diwarnakan. Tidak bincang lagi kepelbagaian jenis makanan yang oleh dihasilkan dari buah tai ini. Sampai masuk universiti mereka mengkaji dan menghasilkan produk, begitu juga dengan hasil buah-buahan yang lain. Pendek kata hasil pertanian mereka sampai keuniversiti dikaji kepelbagian kegunaannya.
Tetapi apa yang ana rasa pelik bagi kita, bukan nak bagi ilmu pertanian kepada pelajar tetapi pergi belajar bidang pertanian dan makanan di Negara Taiwan. Ana tak tahulah setakat mana majunya bidang pertanian negara Taiwan ni kalau nak dibandingkan dengan negara Thailand. Dah tu pergi pula dalam bulan puasa dan rakyat dinegara ini sedang pula dirundung malang dengan ribut dan banjir yang menimpa kebanyakan kawasan, dan ini akan berterusan saperti lapuran Jabatan Metereologi.
Itulah bijaksananya AP BNBBC yang kita ada yang nak diharap untuk memerintah kita bersama pak menteri yang kata mereka bercuti sambil belajar. Ana rasa rombongan menteri pun tak sampai seramai itu, nak belajar apa kalau dah sampai 50 orang lebih, kalau bukan makan angin dan lari dari suasana yang dikatakan perubahan kerajaan pada 16 September ini.
Bila balik nanti, kita harap mereka semua dapat memebrikan sedikit tunjuk ajar kepada kita tentang bidang pertanian baru yang dipelajari tersebut dan berapa ongkos yang dibelanjakan. Walaupun itu dikatakan duit mereka sendiri, bukankah itu juga mungkin berfaedah jika digunakan untuk rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan musibah yang menimpa serta mungkin boleh digunakan untuk menambah pahala dibulan Ramadhan yang penuh ganjaran ini kalau bersedekah kepada yang memerlukan.

Sunday, September 7, 2008

Bah lagi



Sekali lagi kami penduduk Pendang terpaksa bertarung dengan musibah banjir yang melanda Pendang dan kesekian kalinya terpaksa mengharung lautan banjir yang meliputi sawah padi yang belum dituai berbekalkan bot dan enjin sangkut Pusat Khidmat. Tahun ini nampaknya senareo tahun lepas mungkin akan berulang, banjir diawal Ramadhan dan di akhir Ramadhan . Walau bagaimana pun, diharap pada tahun ini segala persiapan akan dibuat dengan rapi oleh pengurusan baru Kedah dan Pegawai Daerah yang akan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Cuma harapan ana agar segala bantuan mencukupi dan rondaan dapat dilakukan dengan waspada kerana arus nampak deras tadi sewaktu ana meninjau banjir di Kpg Batu Hampar Kiri dan Kanan. Banyak rumah yang berada didalam air dan ada mangsa yang terpaksa berpindah kerumah jiran. Ada kampong yang terputus hubungan dan kanak-kanak sekolah terpaksa diangkut dengan bot kerana perhubungan jalan alternatif jauh dan becak.

Bagai lautan , padahal dibawah tu adalah sawah padi, ana cuba tengok berapa dalam, oii mak, hapus kepala .
Semalam ana sempat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Kampong Banggol Sanai dengan menaiki bot dan sedikit sumbangan kepada mereka yang berpindah kesurau Banggol Sanai, banyak rumah yang ditenggelami air sehingga paras pinggang dan tak dapat diduduki pada ketika kami sampai. Semalam ada lapan keluarga yang dibawa berpindah kesurau ini.
Mujur dikawasan ini arus tidak kuat, kerana air bertakung sebab disekat oleh lebuh raya yang dibina serta landasan keretapi yang telah sedia ada dimana terowong yang dibuat bagi melalukan air terlalu kecil dan bengkok berbanding dengan air yang datang secara mendadak. Tak tahulah ana bagaimana engineer PLUS dulu mengira kadar aliran air dan jumlah kapasiti air yang ada dikawasan itu. Harap perkara ini dapat dibetulkan oleh pihak PLUS, kalau tidak juga, mungkin dalam perbahasan Bajet nanati terpaksa ana sentuh agar Menteri Kerja Raya tahu masalah yang ada dibawah bidang kuasa dia, bukan nak lihat hanya smart tunnel dan MRR2 saja.

Thursday, September 4, 2008

Jawapan kepada kulupsakah .





seorang warga tua ahli sebuah masjid di Pendang telah lumpuh kerana terjatuh..anaknya telah diberitahu kawan2nya cuba2lah tanya pihak2 Jabatan Agama atau YB kalau2 dapat bantuan atau sedikit sara hidup kerana dah hilang upaya..(Anak muda ni pun kurang upaya gak seperti yang aku cerita sebelum ni)

anak muda yang tak berapa reti protokol (alahhh!! urusan dengan rakyat apa perlu protokol sangat) ni cuba hubungi YB Pendang melalui telefon.. dipendekkan cerita setelah diberitahu maksud telefonnya, jawapannya lebih kurang begini:-

YB : Eh!! itu bukan bidang saya tu..saya tak tau!!
Anak muda : saya cuma nak tanya je..agak2 boleh dapat bantuan tak?
YB : Mana saya tau..bukan bidang saya..pi tanya pejabat Agama!
Anak muda : Ada tak nombor telefon Jabatan tu?
YB : Saya tak tau...ini bukan bidang saya!! Saya sibuk ni!!!
( YB Pendang memutuskan talian)

- Perbualan ini bukanlah seratus peratus betul bentuk ayatnya tetapi begitulah maksudnya dan nada YB Pendang ketika berlangsung perbualan ini langsung bukan saja tidak mesra tetapi kasar..anak muda ini yang aku kenal agak lemah lembut berasa tersinggung!

Kulup punya cerita bagai tertulis dalam blog dia, kulupsakar, ana pun malas nak ulas. Tapi kalau macam mana yang disebut beliau tersebut, ana rasa itu bukan perkataan yang pernah ana ucapkan, tapi tak lah nak nafi macam DS Najib atau Saiful buat tu, bersumpah. Seingat ana mengeluarkan perkataan macam tu kepada mereka yang menelefon ana, belum pernah lagi lah, tapi kalau dalam keadaa mengigau atau mimpi, atau masa meracau,atau histeria tak tahu lah ana. Dalam daerah Pendang, ada 49 buah masjid, ana tak pasti masjid mana yang kulup ni maksudkan, sebab seingat ana belumlah ana dapat laporan macam ni, orang sakit dan hendak minta bantuan dari pejabat agama ka, pejabat kebajikan ka, tetapi yang datang kepusat khidmat atau lapor kepusat khidmat, semua kita pi ziarah dan lawat serta bagi nasihat, tak tau la kulup dapat maklumat dari mana ana tak berani nak komen. Kalau beritahu masjid mana, mungkin boleh recall balik pesakit yang telah kami ziarah tu dan boleh bantu apa yang termampu, kerana baru-baru ni satu keluarga Siam di Kpg Lampam yang daif dan susah telah dikira melalui pusat khidmat ke Jabatan Kebajikan Pendang dan beliau mendapat bantuan bulanan sekarang ni. Tapi kalau tak lapur kepada kita atau pusat khidmat, kami tak dapatlah nak tahu dan membuat susulan untuk bantuan.
Setakat nak tulis dalam blog pasal berita dengar dari orang, ana rasa ini suatu yang cukup menyedihkan. Sahihkan dulu apa yang berlaku , pas tu confirm pula, baru la dapat berita yang bermutu.

Kalau nak tanya pasal no telefon pejabat kerajaan saperti yang tertulis dalam komen kulup tu, ana rasa ramai wakil rakyat yang mungkin tak dapat beri jawapan pada ketika itu juga, kerana biasanya semua itu ada dalam buku direktori dipusat khidmat, kita tak simpan dalam handphone kita, malainkan yang selalu dan kerap kita hubungi.

Walaupun begitu, kalau ada kulup terdengar atau terbaca tulisan ana ini, haraplah bagi respon di Kariah Masjid mana dan melalui pusat khidmat mana supaya boleh ana buat follow up, pusat khidmat gajah mati ke, pusat khidmat kpg baru ke, atau pusat khidmat pendang atau kelab penyokong PAS.

Begitu juga bila sebut orang sakit, memang itulah kerja ana, baik dalam klinik maupun kerumah orang, memang itulah yang ana selalu buat, malainkan bila ana berada diparlimen, tak dapatlah nak pergi ziarah. Bahkan yang ana pi lihat dirumah, kebanyakannya suruh pasang air ( drip).


Semuga tulisan ini dapat menghuraikan segala kekusutan dan ana sekali lagi seingat ana tidak pernah mengeluarkan perkataan saperti yang tertulis dalam tulisan kulup tu.

Wallah aklam .

Thursday, August 28, 2008

Sampel DNA kita mungkin tak selamat.

Tuan John Fernandez [Seremban]: Satu dua points sahaja. Perkara yang lain ialah
saya tidak setuju dengan seksyen 24 sebab this is against the rules of natural justice dengan izin
dan juga langgar Artikel 5 Federal Constitution. Yes, Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Seremban. Ada hubung kait dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan
juga Yang Berhormat Jasin tadi ini berhubung dengan collection of samples. Saya run-through
DNA Act 2007 Trinidad and Tobago dalam seksyen 30 mereka ada mengatakan post collection
procedure. Maknanya apa-apa yang perlu dilakukan terhadap sampel yang diambil. Cara mana
dia ambil, apa yang perlu dibuat, siapa yang menjadi saksi sehinggalah ia di test di makmal
sebelum ianya dibuat profil DNA. Maknanya perkara itu diketahui tapi kalau dalam akta atau
undang-undang yang kita ada ini hanya pegawai perubatan ambil lepas itu masuk dalam profil
DNA. Makna sampel itu pergi ke mana kita tidak tahu. Mungkin jatuh atas tilam atau jatuh atas
cadar, benda itu boleh berlaku. Kita tidak ada post collection procedure di mana yang ada dalam
Akta DNA Trinidad and Tobago Pandangan Yang Berhormat.
Tuan John Fernandez [Seremban]: Saya setuju 200%. Pandangan yang diberikan
oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Selalu di atas tilam. Itu setuju.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Maybe you setuju 300% sini.
Tuan John Fernandez [Seremban]: Selain daripada itu saya tidak sokong bil ini sebab
yang saya katakan against the rules of naturel justice dan saya dengar pandangan-pandangan
daripada Ahli-ahli Yang Berhormat ...

Ini yang saya bawa contoh dalam perbahasan Seremban ini.
Kalau kita lihat dalam RUU di Negara Trinidad dan Tobago saja, sebuah negara Amerika Latin yang jauh kurang maju kalau nak banding dengan kita, tetapi mempunyai satu RUU yang jelas dalam hal mengambil DNA untuk menjadi data dalam bank data DNA ini, maka kalau kita teliti RUU mereka yang baru diluluskan pada tahun 2007, tentang sampel yang hendak diambil mestilah mendapat kebenaran mahkamah, kemudian bila sampel diambil ianya ada cara hendak pelihara sampel , saksi yang melihat sampel diambil, kalau lelaki mesti lelaki dan kalau wanita mesti wanita, dan baju tidak boleh dibuka melainkan hanya tempat nak ambil sampel saja, bagaimana sampel disimpan dan dibawa dan kemana ianya akan berakhir didalam makmal juga mesti ada dalam catatan sehinggalah kepada maklumat yang boleh dimasukkan kedalam bank data DNA untuk rujukan kelak.Tetapi didalam RUU yang kita ada dan nak diluluskan secara tergesa-gesa oleh BN sekarang ini adalah tidak lengkap tentang sampel yang diambil, kemana hendak dibawa dan akhirnya kemana sampel itu akan tamat, itulah saya kata mungkin jatuh atas tilam atau seluar dalam orang lain.
Ada wakil BN mengatakan ada dalam klusa 26 , Menteri boleh melakukan apa-apa pindaan nanti saperti yang terdapat dalam klausa, ada rasa kalau kita tinjau dengan teliti dalam klausa ini menteri hanya berhak dalam hal pengambilan sampel dan maklumat data tetapi tidak terlibat dalam hal mengendalikan sampel, kemana ia dibawa dan berakhir, gangguan didalam masa transport dan sebagainya tidak jelas termaktub.

Begitu juga dengan hal keanggotaan bank data ini yang dari atas sampai kebawahnya majority terdiri dari pegawai polis yang mereka juga menjadi penyiasat, kalau macam ni dalam keadaan integriti polis sedang dipertikaikan sekarang ini, maka sampai kiamat pun orang tak akan percaya lagi kepada intigriti Polis ni, ramai yang sebut tentang kehilangan bahan bukti dadah dari IPD di Johor Bari serta penglibatan KPN dalam kes DSAI dalam tahun 1998 serta desakan untuk mendapat sampel darah DSAI dalam kes liwat 2008 serta pendedahan Imam Romlang Porigi dalam sumpah laknat Saifool atas arahan pegawai khas DS Najib tu.
Semua ini menjadikan perbahasan yang hangat dan banyak yang tak kena dalam RUU ini, tetapi apakan daya, mereka ramai, kata macam mana pun lulus juga pada peringkat dasar ini, tetapi diharap dalam JK nanti dapat dilakukan berbagai perubahan yang boleh mengurangkan kekeliruan masyarakat.
Wallah aklam.

Akta DNA penuh dengan kecacatan tapi di sokong BN.


Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok
Sena, Tuan Yang di-Pertua. Saya perhati kepada 9(1)(b) ini, keterangan yang mencukupi
dikemukakan untuk memuaskan hati Ketua Bank Data DNA. Perkataan memuaskan hati ini satu
DR. 27.8.2008
61
perkataan yang subjektif. Apa pandangan ataupun ulasan Yang Berhormat Pokok Sena tentang
perkataan ‘memuaskan hati ketua’.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya, ini yang kita katakan bahawa sesuatu
yang tidak sewajarnya diletakkan perkataan-perkataan sebegini yang sepatutnya ada
pentafsirannya, harus ada penjelasannya sebab apabila diletakkan untuk memuaskan hati
bermakna bahawa apa yang dikehendaki oleh ketua.
Saya bimbang bahawa takut nanti bahawa wujudnya konspirasi-konspirasi yang
melibatkan Ketua Bank Data DNA, lalu sudah tentulah bahawa sebagai salah seorang yang
mungkin terlibat dalam konspirasi sebagai kapasitor dan sebagainya, sudah tentu dia hendakkan
laporan yang dikemukakan kepada dia laporan yang boleh memuaskan hati dia, bukan laporan
yang boleh memberikan pertimbangan, kebaikan dan keadilan berasaskan kepada kebenaran.
Sebab itu bagi saya bahawa menampakkan tujuan-tujuan yang mempunyai unsur-unsur
yang boleh dipersoalkan bahawa kalau ada orang mengatakan atau kalau kami mengatakan
bahawa ada unsur-unsur yang mengizinkan konspirasi itu berlaku satu perkara yang tidak boleh
ditolak.
Jadi sebab itu bagi saya bahawa seolah-olah akta ini ialah akta untuk macam seksyenseksyen
saya sebutkan tadi tidak boleh dicabar di mahkamah, tidak boleh cabar, challenge
ataupun dakwa mereka yang terlibat seperti disebut dalam akta ini ke mahkamah dan keputusan
laporan DNA itu adalah muktamad, seolah-olahnya undang-undang ini bertujuan untuk
melahirkan ramai atau hendak mewujudkan ramai pesalah-pesalah dalam kes-kes rogol atau
juga kes-kes liwat, seolah-olahnya begitu. Hendak mewujudkan dan melahirkan ramai pesalahpesalah
rogol dan pesalah-pesalah liwat walaupun mereka tidak bersalah tetapi oleh kerana tidak
ada ruang untuk defend atau untuk membela diri atau untuk mempertahankan hak, untuk
mencari kebenaran lalu undang-undang ini diwujudkan sebegini rupa.

Memusakan hati ketua bank data DNA merupakan satu perkara yang cukup subjektif dan ianya pula amat terdedah kepada manipulasi ketua tersebut. Ini kerana sekiranya ketua bank data ada mempunyai sesuatu masalah peribadi dengan pesalah/ OKT maka sudah pasti apa juga maklumat yang beliau kehendaki walaupun ada untuk kebenaran masih menjadi perkara yang tidak memuaskan hati beliau.
Dalam hal DAN ini, banyak perkara yang telah berlaku perkara yang lompong dan terdapat banyak kecacatan sehingga munigkin orang yang teraniaya akan terkena hukuman. Ramai ahli undang-undang dari berbagai kumpulan menjadi keliru dengan RUU ini kerana banyak tempat dimana boleh berlaku penyelewengan terutama dalam hal pengambilan dan penjagaan sampel sampailah kepada mengubah data dan maklumat dalam laporan DNA itu sendiri boleh berlaku dengan perlindungan yang mungkin sengaja dinuat dalam RUU ini bertujuan untuk mengenakan seseorang. Dahlah tu, pembentangan yang tergesa-gesa dan meminta kelulusan dengan cepat juga menjadikan sesuatu RUU itu terdedah kepada syak-wasangka yang amat sangat. Penggunaan perkataan yang mengelirukan dibanyak tempat sudah pasti menyebabkan RUU ini menjadi ia keliru.
Antara tempat yang paling banyak mendapat teguran dari pakar undang-undang adalah fasal 24 iaitu tentang keputusan DNA yang akan menjadi bukti muktamat ( conclusive evidence) tanpa menghiraukan lain-lain keterangan. Inilah yang dikatakan akan menjadi kunci kepada segala penganiayaan manusiawi zaman moden hanya berdasarkan kepada hasil kajian saintifik.
Ana bila merenung fasal ini, ana rasa mengikut fikiran ana yang bukan ahli undang-undang ini hanya satu iaitu untuk menjadikan maklumat dari profile DNA ini yang tersimpan baik dalam bank data DNA ini sebagai rujukan . Maknanya bila ada dat DNA yang dibuat didalam makmal kimia atau makmal forensik polis, maka rujukan terakhir yang manjadi standard rujukan adalah maklumat dari profil dari bank data DNA ini. Itu ana rasa apa yang bermaksud dalam lasal ini, bukannya ia menjadi satu bukti muktamad kerana dalam sesuatu perbicaraan, DNA ini hanya sebagai bukti tambahan, colloborative evidence, bukannya muktamat saperti yang sepatutnya yang ujud dan ditentang dalam RUU ini. Tetapi oleh kerana ana tak dapat berucap, dekat 10 kali bangun, speaker tak bagi maka ana sekadar mencelah YB lain sajalah.

Doktor dan pesakit, farmasi dan ubat.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-
Pertua, kerajaan sebenarnya telah melaksanakan pengasingan fungsi prescript yang telah dibuat
oleh pengamal perubatan dan pendispenan yang dilakukan oleh ahli farmasi di seluruh facility
kesihatan kerajaan dan juga hospital swasta.
Pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan pengasingan fungsi bagi
pengamal perubatan swasta dan farmasi di sektor runcit disebabkan kekurangan ahli farmasi di
sektor tersebut pada masa sekarang. Terima kasih.
Seorang Ahli: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Beri laluan dahulu kepada beliau.
Seorang Ahli: Okey.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seandainya "National Medicine Policy' Oktober 2006 ini
dilaksanakan di bahagian peruncitan, apakah kementerian sudah mempunyai pemantauan untuk
melaksanakan pemantauan di kedai-kedai farmasi agar mereka-mereka yang mengendalikan
farmasi ini tidak langsung menjual ubat-ubat under counter tanpa preskripsi daripada doktor.
Ini kerana, saya bimbang kadang-kadang mereka boleh menjual ubat, gred-gred yang
hanya di preskripsi oleh doktor-doktor tetapi mereka menjual under counter sahaja tanpa ada
pemantauan. Jadi, soalan saya cukupkah pemantau-pemantau ini untuk menjalankan
pemantauan? Terima kasih.
DR. 27.8.2008
27
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih soalan dari Yang Berhormat
Pendang. Ia begini, kalau kita lihat sama ada pemantauan dibuat atau tidak? Pemantauan
memang dibuat dari masa ke semasa di sektor runcit. Kita tidak tunggu bila polisi ini dikenakan
kepada doktor-doktor swasta baru kita hendak adakan pemantauan.
Pemantauan adalah berterusan tetapi yang menjadi persoalan sekarang sama ada
pendekatan yang dibuat yang melibatkan lebih kurang 8,000 pengamal perubatan swasta yang
memprescript dan juga mendispense ubat sama ada dia menyusahkan dan menyenangkan
rakyat.
Kementerian berpendapat bahawa buat masa ini ia memudahkan rakyat untuk mendapat
rawatan dan prescript serta ubat di tempat yang sama. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih. Dari segi pengasingan prescription dan
dispensing ubat, adakah kementerian sedar bahawa perkara ini pernah dilaksanakan di negara
asing khususnya di Singapura dan telah gagal.
Kedua, adakah kementerian pernah mendapat feedback khususnya daripada persatuanpersatuan
pengguna dan sebagainya dalam isu ini. Saya rasa yang penting sekali adalah hak
pesakit untuk memilih sama ada beliau hendak ubat itu daripada doktor berkenaan atau pun
daripada farmasi. Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Kementerian sedar dan kita tahu, kita pun
sudah ada saranan daripada FOMCA dan juga Persatuan Pengguna Pulau Pinang, tetapi kita
kuat berpendapat bahawa buat masa ini belum lagi masa untuk kita mengasingkan prescription
dan juga pendispensing di kalangan pengamal-pengamal perubatan. Terima kasih.

Hal ini amat penting demi kemudahan orang kampong. Ana sering hadapi masalah ini bila berhadapan dengan pesakit yang telah mendapatkan rawatan dari farmasi tanpa preskripsi dari doktor akhirnya mereka terpaksa datang keklinik untuk mendapat rawatan kerana apa yang mereka dapat ubat rawatan itu adalah tidak serasi dengan ubat yang sepatutnya untuk penyakit yang dirawat, dan seringkali berlaku masalah alahan. Dan apa yang menjadi masalah juga adalah kerana farmasi sering memberi preskripsi tanpa mendapat dulu surat preskripsi dari klinik, bermakna pesakit terus mendapat ubat tanpa jumpa doktor dan ini sudah pasti akan berlaku banyak kegagalan dan resistant dalam rawatan saperti yang telah ramai hadapi.
Oleh itu kalau nak laksanakan juga perkara ini, ana harap perlu ada ramai pegawai pemantau atau penguatkuasa yang memastikan bahawa farmasi mesti ikut apa yang diarahkan oleh Doktor diklinik, tanpa surat dari klinik, mereka melakukan kesalahan memberi preskripsi ubat.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.