Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 9, 2008

Dimana keistimewaan bakal PM.

Membaca banyak ulasan yang dibuat oleh penganalisa politik berhubung dengan peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada DS Najib ni memang menarik. Ana cuma lihat dari aspek kredibiliti mereka yang pergi dan mereka yang mendatang.
Semasa Pak Lah ambil alih tampuk kepimpinan daripada Dr M dulu dalam tahun 2003, beliau memang dipilih oleh Dr M ketika iu atas dasar Mr Clean dan apabila diadakan PRU pada 2004, maka banyaklah kerusi pembangkang yang tumbang sehingga Terengganu pun ketika itu hanyut dibawa gelombang biru BN, cuma yang tak terkena badai BN hanya Kelantan, itu pun cuma majority 2 kerusi sahaja, sehinggakan di sebelah pantai barat ni, ana dan DS Wan Azizah sahaja yang menang, yang lain habis bungkus. Tetapi setelah 5 tahun menjadi PM, maka barulah semua rakyat nampak betapa tak cleannya mr Clean tadi sehingga semua dunia sudah tahu apa yang berlaku kepada kantung negara, apa yang terjadi kepada projek negara dan apa yang diperolehi oleh keliling kelalang Mr Clean tersebut sehingga PRU 12 memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut. Apabila Pak Lah menyatakan hasrat ingin melepaskan jawatan, maka termaktub dalam sejarah Malaysia Book of record bahawa beliau adalah PM yang terpendek berkhidmat dalam keadaan masih segar bugar, pelan peraluhan dalam suasana beliau masih berkuasa penuh . Program Islam Hadhari yang tersasar jauh yang tak dapat diterima rakyat kebanyakan, sehinggakan SU Politik beliau pun tak boleh memahamkan rakyat apa itu Islam Hadhari apabila dipersoalkan, dan program koridor pembangunana yang entah akan terjadi atau pun tidak, PM yang palin kerap membuat U turn dalam pemerintahan beliau dan menjadi PM yang paling banyak didesak oleh ahli parti sendiri dan bekas orang yang melantik beliau supaya berhenti.
Bila terkenang yang bakal nak jadi PM pulak, kita tidak dapat melihat apa itu niche beliau yang dapat dipersembahkan kepada rakyat. Cuma yang rakyat masih belum mendapat jawapan hasil dari pendedahan SD Balasubramanianm yang sampai sekarang masih hilang dalam Kes Altantunya dan kisah Kapal selam scopene dan jet sukhoi. Kisah yang terdedah dalam parlimen pasal apabila cabaran supaya diambil tindakan mahkamah keatas mereka yang menyebarkan khabar dan berita yang dikatakan palsu yang tak disahut oleh DS Najib apabila dicabar oleh YB Pasir Mas tempoh hari . Rakyat masih lagi nak tahu dimana kebenaran berita tersebut, apakah khabar angin yang boleh dipercayai atau betul-betul khabar angin palsu yang perlu ditolak.

Kalau Dr M terkenal dengan Ultra Malay beliau semasa menjadi PM, kalau Pak Lah dengan Mr Clean beliau, ana tak dapat nak ceritalah apa dia 'niche' yang ada pada bakal PM yang akan terlantik pada Mac 2009 nanti ni, apakah ia akan jadi kenyataan atau akan ada sesuatu yang bakal berlaku dalam masa 5 bulan lagi ini. Semuanya ini adalah dalam ketentuan ilahi.

Sunday, October 5, 2008

UMNO memang parti perkauman. Sudah tak relevan lagi.


Dibawah ini ana copy dan paste apa yang telah terluah dari salah seorang Menteri dizaman Pak Lah yang meletak jawatan kerana tak bersetuju dengan ISA digunakan keatas mereka yang dikatakan menggangu keharmonian kaum , menyentuh isu sensitif dan sudah barang tentu tidak ada apa-apa kaitan dengan komunis sapertimana ianya mula-mula digubal dan laksanakan dulu. Bolehlah tuan-tuan baca dan fahami dimanakah sebab kenapa menteripun tak setuju dengan akta Ikut Suka Aku ni.
Kuasa memang ditangan menteri Dalam Negeri sekarang ini DS Syed Hamid Albar. Kalau dulu untuk membendung komunis, tetapi kata Menteri yang bijak pandai tu, ISA digunakan untuk menjaga keselamatan pemberita SCJP , maka beliau ditahan dibawah ISA. Mungkin kalau DS Syed Hamid cepat ganti Pak Lah dulu sebagai Menteri Dalam Negeri ana rasa tentu Altantuya tak menerima nasib macam sekarang ni, kalau DS Syed Hamid tahan dia dibawah ISA terlebih dulu sebelum sempat di C4 kan oleh seseorang tuh. Dan mungkin juga En Balasubramaniam yang menghilangkan diri dinegara jiran pun lepas ni akan terjamin keselamatan dia kalau ditahan dibawah ISA. Itu andaian anda berdasrkan analogi dari apa yang disebut bapak Menteri Dalam Negeri kita tuh la.
Itulah tahap brain Menteri yang ada didalam kabinet Pak Lah sekarang ni, kalau baru-baru ni Menlu yang terlepas Pulau Batu Puteh kepada Singapura kata itu pun kita menang, tak tahulah ana apa lagi yang kita nak harap dengan suasana di negara kita pada masa depan kalau geng dan puak ni terus dibenarkan memimpin kita lagi, ana takut sini terlepas, sana pun terlepas.

©The Sunday Times, Singapore (Used by permission)
Kuala Lumpur - The former de facto law minister who quit in protest over recent Internal Security Act (ISA) arrests has criticised his own party, Umno, for contributing to racial tension in Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim, who is rumoured to be thinking of leaving the ruling party, blamed a 'culture of fear' for the country's race relation problems.

He said that 'those with political power' had left race relations a sensitive issue even after 50 years of independence.

'When we face an issue, we cannot discuss it, we cannot debate it. We only use fear or we take to the streets. That is not the way things are done in a mature society,' he said.

The former minister in the Prime Minister's Department aired his views in an interview with the Chinese-language Sin Chew Daily, his most extensive since he resigned over recent arrests under the ISA.

The interview also came soon after Mr Zaid wrote an open letter to Prime Minister Abdullah Badawi arguing for the Act to be repealed.

In it, he accused his party of using race politics to win support.

'Umno feels that it is a party needed by the Malays. Umno leaders keep telling the Malays that they are constantly in danger and therefore need Umno,' he was quoted as saying by online news portal The Malaysian Insider.

'They always feel that only they know what is good for the Malays.'

Calling for more open debate on race issues, he said it was no longer necessary for 'one party to represent one race' anymore.

Mr Zaid himself has been at the centre of speculation that he would leave Umno for the opposition.

He did not comment on this in the Sin Chew Daily interview, but appeared to hint at it when speaking to the New Straits Times.

'I have given 20 years of my political life (to Umno) and I have got into a lot of difficulties because of my views, and not that I was disloyal,' he was quoted as saying.

'I have been suspended from the party for nothing and the latest, disqualified from running for (the Kota Baru) division election.

'So what do you want me to do if you are in my position?'

SECARA RINGKASNYA, ZAID IBRAHIM MEMBUAT KENYATAAN BERIKUT:

1. Rakyat tidak dibenarkan berdebat dan bersuara di bawah UMNO.

2. UMNO memupuk budaya takut dikalangan masyarakat

3. UMNO bermain politik perkauman dengan sentiasa menakut-nakutkan Melayu akan ancaman kaum lain!

4. Konsep parti perkauman sudah tidak relevan

5. Beliau dikenakan pelbagai tekanan semata-mata kerana bersuara sebelum ini.

Kita tidak pernah dengar ayat atau hadis yang menyatakan manusia akan dinilai atas dasar bangsa , tetapi manusia akan pasti dinilai atas dasar taqwa kepada Allah. Semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang bertaqwa kepada Allah. Semoga kelahiran Syawal dan peninggalan Ramadhan yang berlalu memberikan kita ketaqwaan yang teguh kepada Allah, sebab itu setiap minggu kita diseru dengan perkataan Taqwa kepada Allah bahkan menjadi rukun dalam khutbah Jumaat supaya ianya disebut , kalau tidak khutbah tak sah dan Jumaat juga jadi tak sah.

Open House Eidul Fitri PAS Pendang 1429 H.




5 Oktober 2008.
Alhamdulillah petang tadi bermula dari jam 12.00 tengahari hinggalah jam 4.00 kami PAS Kawasan Pendang telah mengadakan rumah terbuka aidil fitri 1429 hijrah dan kali ini sempena dengan pemerintahan kerajaan PAS bersama Pakatan Rakyat di Kedah, pertama kali ianya diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang .
Kesempatan ini digunakan oleh PAS selaku pemerintah di Negeri Kedah ini, maka kemudahan yang ada perlu digunakan asalkan sewanya dibayar saperti yang ditetapkan, ini kerana sebelum ini yakni pada tahun dimana kita tidak menjadi pemerintah maka hak untuk menggunakan kemudahan ini dinafikan oleh BN yang memerintah ketika itu. Bagi kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah ini, sesiapa yang ingin menggunakan dewan ini boleh berbuat demikian asalkan membayar sewa dan masa kegunaan tidak bertembung dengan program yang telah dahulu dirancang disitu.
Ana berasa seronok kali ini kerana kami dapat mengadakan ditengah pekan Pendang dan ianya dihadhiri oleh berbagai golongan rakyat berbagai kaum bersama-sama menjamu selesa yang disediakan oleh pihak PAS Kawasan. Walaupun hari ini hari bekerja, tetapi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas mengambil kesempatan untuk hadhir kejamuan semasa waktu rehat tengahari.
Terima kasih ana kepada semua yang terlibat menyediakan juadah dan membuat persiapan sejak dari kelmarin dan kepada tukang masak yang menyiang daging sejak semalam dan memasak sejak awal pagi tadi untuk juadah nasi tomato pada jamuan tadi. Juga kepada muslimat dan amal nisak yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan hidangan serta unit amal yang menjaga kelancaran perjalanan majlis.
Kepada tuan DO dan Ahli Majlis serta kakitangan pejabat daerah ribuan terima kasih kerana membenarkan penggunaan dewan dan kesudian untuk hadhir. Kepada YB Dr Ismail EXCO Kerajaan Kedah yang sudi hadhir serta Man Letrik yang menyediakan PA system yang menceriakan majlis serta TK kepada semua hadirin dan tetamu yang datang memeriahkan majlis eidul fitri kali ini.
Kanak-kanak yang sudi hadhir dan disamping bergembira dengan juadah hidangan dapat juga menambah koleksi sampul berisi duit raya , harapan kita semoga duit raya kali ini dapat dikumpul untuk meringankn bebanan ibu bapa dalam menghadapi suasana keperitan dan peningkatan inflasi dalam negara mutakhir ini terutama menjelang musim bersekolah awal tahun depan. Walaupun Pak Lah hanya memberikan duit raya sekupang kepada rakyat jelata sempena hari raya baru-baru ni dengan menurunkan harga minyak , tetapi tak tergamak nak hulurkan sekecil itu , bahkan lebih daripada itu kepada kanak-kanak yang berkunjong pada majlis tersebut.

Segala kekurangan ana mohon maaf dan insyaalah kita akan adakan lagi ditahun depan sempena Eidul fitri kalau dipanjangkan usia.

Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya Eidul Fitri Dato' Seri MB.


4 Oktober 2008.
Hari eidul fitri yang keempat, di Mentalon, kediaman resmi MB Kedah telah diadakan jamuan hari raya untuk seluruh rakyat jelata Negeri Kedah , dan pada tahun ini kebetulan ianya diadakan oleh MB dari PAS . Ana kena tolong isteri ana yang jadi AJK Muslimat Negeri kena sediakan kacang kuda rebus.
Dari lepas Subuh pagi tadi, dari semalam maka bertongkos lomos anak beranak membasuh dan merendam kacang untuk direbus dan pagi tadi lepas saja solat Suboh terus rebus sampai jam 9 lebih, selesai toskan kacang tu terus bawa ke Mentalon, terkejut ana dah penuh tempat tu dengan manusia menyerbu makanan yang disediakan. Berbagai jenis hidangan dari lemang dan ketupat, keropok lekor
dan satay, cendol dan ais krim, teh tarik dan meehoon sup, nasi dalca ayam goreng, dan mertabak ,pasembur serta tapai dan tak ketinggalan kacang rebus dan kuih raya yang ana bawa tu lah.
Punya lah tak menang tangan isteri ana dengan AJK Muslimat Negeri melayan tetamu, dalam 45 minit habis bekalan kacang rebus ana tu, nasib baik ada juga menu kacang goreng masin meneruskan menu kekacang dan kuih raya.

Seronoknya raya begini adalah kerana semua kaum nampaknya datang menghadiri jamuan raya MB di Mentalon ni dan rasa kalau macam ni punyai kehadiran, semua juadah yang disediakan akan habis sebelum sampai tempoh 4 petang.
Apa yang paling seronok dan sudah tentu ini akan meninggalkan nostalgia ana masa kanak-kanak dulu adalah pemberian duit raya oleh MB dan isteri.
Berbagai kaum tanpa ketinggalan telah diberi duit raya oleh MB dan isteri yang beratur tertib menunggu giliran masing-masing dan ini sudah pasti menggambarkan betapa disiplinnya mereka dan harmoninya berbagai kaum saperti gambaran didalam majlis jamuan hari raya MB ini. Insyaallah kalau ditambah rezeki majlis jamuan Eidul Fitri bolehlah diadakan dengan lebih besar dan meriah lagi. Terima kasih juga kepada adik-adik penasyid yang telah menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu mengingati kebesaran ilahi sesuai dengan hari raya yang mana takbirnya dilaungkan membesarkan ilahi, tidaklah saperti ditempat lain dimana aturcara hiburan yang melekakan dan melalaikan dari membesarkan Allah dihidangkan. Syabas kepada pihak penganjur. Juga program ini dapat mempromosikan kumpulan nasyid adik-adik kita dari SAR dan SAN yang mengambil bahagian disamping mempromosikan album mereka.
Besok insyaallah akan diadakan pula di Kawasan Pendang, 5/10/2008 di Dewan Serbaguna Pendang dari jam 12 hingga 4 petang. Peringkat PAS Negeri khabarnya akan diadakan pada 11 Oktober ini di Sungai Petani.
Di Pendang satu kaum lagi yang menjadi kelainan adalah ramainya masyarakat Siam disini.

Wednesday, October 1, 2008

Minal 'aidin wal faizin


Selamat Hari Raya Eidul Fitri.
Hari ni ana diarahkan oleh PAS Kawasan untuk bersembahyang Eidul Fitri di Masjid Kampong Sena.
Alhamdulillah dapat bertemu dengan masyarakat setempat disana dan ramai yang sudah lama ana tidak bertemu dan pada kesempatan hari ini dapat bertemu dengan mereka dan mendengar masalah mereka dan bertemu dengan kaum keluarga mereka yang berada jauh diperantauan pulang sekali sekali saperti di hari lebaran yang syahdu ini.
Juga dikesempatan ini dapatlah kita bertemu muka dengan mereka dan dapat mengetahuai perkembangan semasa baik dari pihak kita atau dari pihak mereka.

Kesempatan baik dibulan yang mulia ini digunakan untuk bermaaf maafan diantara satu dengan yang lain dan diharap apa yang dijanjikan oleh Allah sepanjang Ramadhan lalu iaitu menjadi manusia yang bertakwa akan menyinari hidup kita ini.
Harapan semuga eidul fitri tahun hadapan ana dapat kesempatan untuk kemasjid yang lain pula.

Memang menjadi hasrat MB Kedah sekarang agar semua wakil rakyat Islam di Kedah dari PAS menjadikan membaca khutbah Jumaat dan raya sebagai salah satu medan berdakwah kepada masyarakat dan kesedaran kepada masyarakat untuk lebh mengenali dan mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan seharian kita agar pembentukan masyarakat yang takutkan Allah dapat berjalan dengan lebih mudah. Dengan adanya masyarakat yang takutkan Allah , maka akan ujud keharmonian dalam masyarakat dan segala bentuk jenayah dapat dihindarkan.

Tuesday, September 30, 2008

Setiap yang hidup pasti akan mati.


Setiap yang hidup pasti akan mati. Tak kira apa bangsa dan agama, pasti akan menemui tuhan , cuma akhirnya orang itu dimana, dalam kalimah syahadah atau tidak. Firaun yang sombong dan karun yang kaya pun tanpa boleh melawan atau membantah telah diambil nyawa mereka oleh malaikat maut ( izrael).
Namun bagaimanapun, hujung jatuh kita diakhir dan amalan kita yang dilaksanakan itulah yang akan menentukan dimana kita diakhirat kelak. Sebagai seorang yang mendiami bumi Allah ini, dan mengikut sunnah nabi Muhammad SAW yang juga menghormati jiran yang berbangsa Yahudi dan tidak memeluk Islam, baginda tetap menghormati jenazah yang dibawa kerana mereka juga adalah makhluk Allah.

Tengahari tadi, walau pun dalam suasana sibuk untuk menyiapkan juadah berbuka dan menyambut hari raya besok, setelah diberitahu oleh SU Kelab Penyokong PAS Pendang, Sdr Kunasegaree, ana bersama Pengerusi Lajnah Antara Kaum PAS Kawasan Pendang Saudara Rusli Mat , ana telah sempat menziarahi seorang keturunan Siam di Kpg Padang Pusing yang meninggal dunia sebelum dibawa ke watt untuk dibakar. Ana sempat menziarahi keluarga mendiang dan menasihati mereka agar bersabar diatas kematian keluarga tersayang tersebut. Kebetulan masa ana sampai Tok Sami sedang mengadakan upacara mereka dan tak banyak dapat nak bercakap dengan keluarga mendiang. Lepas tu mereka hidangkan kenduri lepas upacara tersebut, jadi ana terus balik bersama rombongan.
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Sunday, September 28, 2008

Haiwan lebih hebat dari manusia.

Tajuk itu merupakan kata-kata Tuan Guru dari Yala yang kebetulan datang untuk bertazkirah dimasjid ana pagi tadi lepas solat Suboh. Ana sengaja bubuh tajuk tu pasal tertarik apabila beliau kata manusia sekarang ni lebih teruk dah dari lembu. Kita selalu kata manusia bodoh macam lembu, tetapi sedarkah kita bahawa ada ketika lembu itu lebih pandai dan cerdik serta hebat dari manusia.
Dia bagi contoh supaya kita tidak sombong dan bongkak dengan Allah, anak lembu yang baru dilahirkan, kita tak perlu bawa dia mencari puting susu emak dia untuk menetek, tetapi selesai saja ibunya mencuci dan kering kulit, terus dia bangun dan mencari puting susu ibunya dan menghisap susu tanpa perlu ada yang menunjukkan dimana puting itu berada. Lain daripada manusia, kalau lapar mengangis dan terus ibu atau bidan kena membawa mulut bayi itu kepada puting ibunya dan menyusu.
Begitu juga, anak lembu tak payah diajar bertatih dan berjalan, selepas beranak dan segar, terus mereka dapat berjalan macam ibunya.
Seterusnya kata beliau, lembu kalau tak mandi 1 tahun pun, baunya tetap sama macam lembu, tetapi manuisa kalau didalam cuaca kita ini tak mandi satu tahun, susah untuk kita dekati kena berbau busuk.
Lembu tak pernah sakit gigi walaupun tak pernah gosok gigi seumur hidup, tetapi manusia ini kalau sebulan tak gosok gigi, sudah tentu akan dihinggapi penyakit gusi atau gigi.
Itulah hebatnya kejadian Allah dan Allah jadikan semua itu untuk kita berfikir dan merenung akan kejadiannya untuk kita bertambah takwa dan iman kepada Allah.
Sekadar coretan untuk renungan bersama.

Ampun dan Maaf ku pinta,
Dibulan Syawal yang menjelang tiba,
Terkasar bahasa terlanjur kata,
Sama-sama bermaafan sesama kita.

Selamat bergembira di Hari Raya.

Alhamdulillah, hari ini ana mempunyai sedikit masa terluang ntuk bersama-sama dengan perugas pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai untuk memberi sumbangan hari raya kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.
Sebelah pagi tadi ana telah bersama dengan pelatih dan pelajar di PDK ( pusat Pemulihan Dalam Komuniti ) Pendang menyampaikan sumbangan kepada 65 orang pelatih dan 7 orang tenaga pengajar disitu. Dalam amanat sebelum penyampaian sumbangan ana menyeru kepada ibu bapa sekelian menyedari bahawa anak istimewa yang dianugerahi Allah kepada mereka adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menambah ketaqwaan dan ganjaran pahala terutama dibulan Ramadhan ini kalau kita redha dengan pemberian Allah dan bersabar menjaga mereka serta tidak menganiaya mereka. Walaupun susah menjaga mereka, tetapi berkat usaha ibu bapa memberi dorongan dan latihan serta kasih sayang kepada mereka, insyaAllah akan diberikan ganjaran kemudahan dalam bentuk rezeki dan apa juga faedah lain yang kita tidak menyangkakan nya.



Disebelah petang pula, ana telah bersama dengan mangsa banjir kilat yang melanda Pendang 2 minggu lepas, diawal Ramadhan dulu dan juga ibu tunggal dan orang kurang berada untuk sama-sama meraikan mereka dalam majlis sumbangan hariraya tersebut.
Lebih kurang 50 orang menerima sumbangan pada ketika itu yang diadakan di Markas PAS Kampong BaruMelalui ruangan ini ana memohon maaf kerana tidak menziarahi mereka semasa banjir kilat berlaku kerana ianya terjadi begitu cepat dan pada ketika itu ana sibuk dengan banjir ditempat lain, setelah diberitahu , rupa-rupanya ianya sudah surut dan kering. Padahal banjir ditempat lain saperti di Banggul Sanai memakan masa berhari-hari dan ada yang terpaksa dipindahkan.


Maaf sekali lagi.

Saturday, September 27, 2008

Terima kasih Harakah.

Dalam laungan takbir membesarkan Allah, betapa hiba dan sayunya hati ini mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dalam syahdu pagi aidil fitri. Bagi mereka yang ada ayah dan ibu, mungkin kerinduan itu dapat diubati dengan belaian kasih sayang tangan ayah dan ibu disubuh hening pagi hari, tapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah tiada ayah dan ibu, dipanggil menemui tuhan rabbul jalil lebih dulu dari kita disamping meninggalkan zuriat untuk dibela dan dibelai oleh mereka yang lebih tua didalam rumahtangga tersebut.
Itulah yang berlaku di Kampong Bukit Nibung Jenun, Pendang, ayah dan ibu sudah pergi dalam suasana beliau masih belajar, tetapi apakan daya takdir sudah menentukan bahawa walaupun pelajaran itu penting, tetapi menjaga adik yang masih bersekolah juga penting, lalu diambil tindakan nekad berhenti sekolah untuk menjaga adik yang masih ramai bersekolah.

Itulah yang dipikul oleh saudara Yusof Aziz yang terpaksa menamatkan pengajian setakat STAM untuk memberi laluan kepada adik seramai 4 orang meneruskan pelajaran.
Beliau kini menjadi guard di Sekolah Menengah Teknik Pokok Tai untuk mencari sesuap nasi setelah pemergian ayah dan ibu beberapa tahun lalu. Dengan jumlah wang gaji itulah maka beliau membesarkan adik-adik , menyekolahkan mereka dan membantu memberi pelajaran kepada mereka walaupun beliau sendiri terpaksa berkorban menamatkan pelajaran dalam usia yang masih lagi menjadikan dunia pelajaran gelanggang untuk beliau berada. Namun dek kerana memegang amanah ayah dan bonda yang pergi mengejut, maka beliau terpaksa lakukan juga.
Ana berterima kasih kepada pengurusan Harakah terutama Pengarah Urusan yang telah sudi memberikan sumbangan dalam bulan Ramadhan ini untuk meringankan bebanan beliau menyambut hari raya yang menjelang tiba beberapa hari saja lagi.
Dengan wang tersebut bolehlah beliau membuat persiapan untuk adik-adik membeli baju raya dan juadah untuk menyambut syawal nanti.
Juga terima Kasih ana kepada En Kunasegaree SU Kelab penyokong PAS yang tinggal di Kilang Besar, Jenun yang memberikan maklumat berhubung dengan masalah En Yusof ini sebelum ana panjangkan ke pihak pengurusan harakah. Moga Allah menambahkan lagi rezeki Harakah dimasa akan datang.
Minnal aaidin wal faizin, kullu amin wantum di khair.
Illal liqa'.

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,


Sempena kehadhiran Syawal kali ini,
ana mengucapkan Kullu 'amin wa antum bikhair.
Maaf zahir batin. Kepada semua sahabat dan kenalan jauh dan dekat, berdoalah semoga Allah memberikan kesihatan dan kejayaan kepada semua pejuang Islam .
Ta qabbalallah ming kum, minna wa mingkum, taqabbal ya karimm.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.