Undi sudah,keputusan pun sudah, maka orang yang menang sudah pasti gembira memuncak dan yang kalah ada yang sudah letak jawatan, tetapi hari Rabu baru nak mula, mungkin tunggu ada oang nak pujuk dan rayu baru lepas tu baru tarik balik kata rakyat nak dia lagi. Tetapi apa yang ana tertarik dan dari awal-awal sudah jangka akan kalah terperosok dan terperonyok adalah menteri yang sorang ini dari kawasan dimana dikawasan dia sendiri sudah tidak mendapat pencalonan majority manjadi ketua bahagian , tetiba lawan dia dikenakan tindakan disiplin maka menanglah dia jadi ketua bahagian, dan bila dia gantung 2 akhbar alternatif maka makin sahih dia akan kalah dan berbagai lagi tekanan dikenakan kepada kepimpinan pembangkang , termasuk kes di Perak dan lain-lain, maka sudah barang pasti saperti yang dikatakan oleh YB Gombak YB Mohd Azmin Ali bahawa manusia macam ini pasti akan kalah dalam pertandingan MT , beliau yang dimaksudkan adalah Menteri Dalam Negeri.
Oleh sebab itu maka bila beliau kalah, ana sikit pun tak terkejut kerana dah kami jangka lebih awal dalam perbahasan parlimen hari tu.
Sebab tu benar kata Pak Lah, kalau nak menang dengan rakyat, jangan tindas dan tenyeh rakyat, nanti rakyat bangun lawan balik.
Jadi harap menteri yang nak naik nanti perlu belajar dari sejarah lah.
Satu lagi yang juga ana tertarik bila disebut oelh Tn Dr M bahawa yang menang dalam sayap utama parti sekarang adalah yang terbukti terlibat dengan rasuah oleh lembaga disiplin parti sendiri, bukan lagi tuduhan melulu dari luar, maka sahlah yang akan memimpin negara dimasa depan adalah mereka yang menjadi sayap kanan, dah kanan terlibat, maka yang kiri tak kan tak kena tempias kut.
Friday, March 27, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Tunggu masa nak musnah.
The Nation, 13 Mac 2009. Tajuk: “The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed”
Times Online, 22 Mac 2009. Tajuk: “Arms deal link to death of model”. Berita: “A FRENCH arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become prime minister of Malaysia next month”
The Times of India, 23 Mac 2009. Tajuk: “Arms deal scam”. Berita: “Death of model rocks Malaysia. A French arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become PM of Malaysia next month.”
The New York Times, 23 Mac 2009. Tajuk: “Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia.”
9News, 24 Mac 2009. Tajuk “Model’s jungle death linked to arms deal”. Berita: “The murder of a stunning Mongolian model who moved within Malaysian political circles has been linked to an international arms deal.”
Asian beauty Altantuya Shariibu, 28 who was shot and then blown up with explosive in 2006, may have been killed to silence he demands for a share in arms profits, UK newspaper The Times reports.”
Dah satu dunia tau cerita tu, tapi tak kan nak tutup bawah nyiru kot. Busuk dah hampir seluruh dunia dah,kan Sirrul kata dia jadi kambing hitam saja dalam mahkamah ari tu, kita nak tanya sapa yang jadi gembala kambing tu.
Siapa sebenarnya yang jadi petualang dan pengkhianat ni. Nak tanya DS Hishamudin sat.
Nak teruskan PPSMI yang hanya menaikkan 4 % markah anak-anak kita pandai Inggeris tetap melurutkan minat nak belajar sains dan math lebih teruk lagi tu apasal tak nak ulas. Berapa banyak lagi meja bulat nak buat. Takkanlah pakar bahasa dah bagi nasihat pun tak mau dengar lagi ni.
Juga ana keliru yang didapati salah main rasuah politik dibenarkan masuk berlaan dan boleh menang pulak tu, tapi yang satu lagi juga rasuah tapi tak dibenarkan masuk bertanding, kalau beliau masuk memang sah pasti akan menang punya, kerana semua dah tau siapa yang rasuah , pasti akan terus disokong. Buat lah apa pun peraturan dan undang-undang, kalau dah memang jenis nak makan suap, itu juga yang akan dapat nanti.
Lagi bengong bila bakal PM sebut jangan cuba tempah jalan pintas keneraka kerana pilih orang yang kaki rasuah jadi pemimpin kita.
Kalau rakyat Mongolia faham dan boleh baca Sinar , ana rasa memang depa akan gelak besar dengan kita.
Bagus la tu kalau dah ada kesedaran macam tu, tapi hakikat yang jelas terjadi yang didapati bersalah oleh lembaga tatatertib tulah menang. Apa nak kata lagi wahai bakal PM ooi.
Tertarik ana baca blog pak Bakar ni,
Pilihan raya umum ke 12 (8 Mac tahun lalu), Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat kata Umno mesti ditendang sampai rebah
Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Gantang dan Batang Ai mungkin akan talkinkan Umno yang dah jadi jenazah
Pilihan raya ke 13, khas untuk Umno rakyat akan buat kenduri arwah

Tuesday, March 24, 2009
Kelupor sebelum diam, terus tamat.
Harakah dan suara Keadilan digantung 3 bulan.
Itu bunyi berita yang dihebahkan oleh akhbar dan media hari ini, padan muka kata mereka kepada PAS dan Keadilan .
Memang dari awal lagi semua sudah nampak wakil MP Kota Tinggi ini nak masuk bertanding tapi tak ada talent untuk menang dan tak nampak gaya nak jadi pemimpin besar , maka dicari alasan untuk menampakkan ia seorang yang begitu berani dan ada kuasa maka digantungnya akhbar pembangkang selama 3 bulan. Awat hanya 3 bulan dan awat bila dekat dengan pilihanraya baru nak gantung.
Baru-baru ni didakwanya MP Bukit Gelugor atas akta hasutan yang ada hubung kait dengan DYMM Sultan Perak, lepas tu digantungnya MP Puchong atas alasan bantah Speaker dan tuduh TPM dalam parlimen berhubung kes Altantunya.
Lepas ni apa lagi yang nak berlaku kita tak tahu la, orang lain semua ada bakat dan niche masing-masing tetapi yang sorang ni di tempat dia sendiri pun nampak nak kalah ketua bahagian, maka dikenakan tindakan kepada pencabar beliau, maka tak boleh lawan la pencabar Ketua bahagian Kota Tinggi tu, maka menang la tak bertanding kawan kita Menteri KDN ni.
Oleh itu sebagai seorang menteri yang ada kuasa keluarkan permit dan bermacam lagi sekatan, maka dikatakan ceramah dalam premis sendiri pun perlu permit, padahal dah berapa kali bawa kes dan dakwa orang ceramah dalam premis sendiri, semuanya belum ada yang polis menang lagi, ni bila nak PRK baru sibuk nak tahan dan tangkap orang dan nak minta permit bila nak ceramah.
Punya lah haru macam ni punya cerita. Ana teringat apa kata Almarhum Ust fadhil Nor , lembu yang kena sembelih , dia kelupor cukup kuat , tendang sana, terajang sini sebelum nyawa dia nak habis, ana rasa yang sorang ni pun macam tulah insyaallah, nak hilang kedudukan dalam kedudukan ranking MT ni, maka dia kelupor habis tenaga sebelum terus dia senyap.

Monday, March 23, 2009
Sendiri buat hal, sendiri selesai lah.
gambar ehsan Kosmo.32 murid Tadika Kemas Mergong diusir, terpaksa belajar atas tikar plastik dan bumbung kanvas, kata Cikgu Che Gayah sambil menangis.
Lepas tu marah kerajaan negeri tak ambil peduli pasal pengusiran itu.
Lalu jawab pengerusi persatuan penduduk,
Menurut beliau, pihaknya mempunyai alasan tersendiri mengapa Kemas terpaksa diusir dari bangunan yang ditadbir oleh badan berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau mendakwa, selain bayaran sewa, Kemas langsung tidak melayan permohonan penduduk di situ yang mahukan prasarana rosak seperti tandas dibaiki.
Dan jawab MB Kedah pula, itu bukan bangunan kerajaan, kalau rumah depa, maka depa suroh keluar tu, kena ikut keluar sajalah, tapi kalau bangunan tu kerajaan punya, maka bolehlah pihak kerajaan negeri masuk campur tangan, tapi kalau dah guna bangunan orang nak buat macam hak sendiri, maka itulah kesannya. Dok tak mahu bayar sewa memang patut diusir , dan yang sewa pula Kemas, bawah Menteri yang jaga luar bandar, tak kan tak boleh minta Menteri arah Kementerian jaga Kemas bayar kot.
Tak tau ana takut duit tu dah habis dilarikan orang tertentu , atau dibawa keluar negara umpamanya Australia atau diguna untuk sumbat perwakilan dalam perlawanan lomba lari yang sedang berlangsung sekarang ini.
Berdasarkan dari kata-kata Pengerusi tersebut disini jelas siapa yang mempolitikan perkara ini... Salah siapakah sebenarnya... Kenapa Pihak Kemas tidak mencari premis yang lain dengan seberapa segera kerana masa yang diberikan adalah selama 3 bulan..dari bulan januari lagi...pergilah cari Rumah sewa kaa...Lot Kedai kaa pastu sewa premis tuu dan bawak anak-anak tu belajaq disana dengan amannya..bukan susah pon...saja nak mempolitikkan anak2 yg tak berdosa tuu....
sekarang nie apa salah Kerajaan Negeri KEDAH langsung tidak nampak disini...pengerusi dengan jelas menyatakan ianya tidak bermotifkan politik.
Saya merasa memang banyak perkara serupa ini yang sedang berlaku dinegeri sebelah utara sana , kalau di Kelantan tu dah lama dan depa masak dah dengan suasana macam ni disana, dah hampir 20 tahun diskriminasi dan fitnah ini. Depa buat, depa kata kita buat lalu panggil TV 3 buat berita, lepas tu bila tak lepas, maka isu politik.
Macam yang kita dengar pada mula PAS perintah Kedah dulu, maka banyak Tadika Kemas dan dewan orang ramai yang dikunci dan dilarikan kelengkapan didalamnya lepas itu dikatakan ianya atas arahan kerajaan negeri yang baru , maka bersilatlah kami sekelian menerangkan kepada rakyat bahawa itu semua kerja-kerja pengkhianat bangsa yang tak mahu tengok umat Melayu harmoni dalam masyarakat saperti mana yang berlaku didalam mengagihkan mini tar dan rumah PPRT kepada rakyat miskin dalam masyarakat Melayu.
Thursday, March 19, 2009
Semalam, 19 Mac 2009, DMPP dengan kerjasama Halwa Negeri Kedah telah mengadakan satu program bersempena dengan PRK Bukit Selambau di Sungai Petani.
Aturcara yang diadakan saperti sukaneka kanak-kanak, pertandingan mewarna,
Sepanjang program berlangsung, diadakan jualan barangan runcit borong dan murah saperti tepung, bawang, minyak masak, gula dan air mineral. Juga diadakan pesta jualan jumbo sale.
Barangan yang dijual dengan harga borong amat menggalakkan, dalam sekejap masa sahaja sudah habis dijual .
Sambutan dari semua keturunan amat menggalakkan terutama masyarakat India .
Tiga orang Doktor yang menjadi pemeriksa dalam Ceramah dan rawatan percuma Dr Rahimah, Dr Rohani dan Dr Najihah.
Turut hadhir memeriahkan upacara dan menyampaikan ucapan adalah Ketua DMPP , Puan Nuridah Salleh.
Peresmian penutup disempurnakan oleh YBhg Isteri Menteri Besar Kedah, Puan Shamsiah .
Semoga sokongan dari masyarakat setempat begini dapat diteruskan dimasa akan datang sepanjang kempen PRK Bukit Selambau ini.
Wednesday, March 18, 2009
Ha!, baru tau no, dalam diam-diam rupanya!!
Kenyataan bekas Menteri Undang-undang dalam Malaysian insider.
KUALA LUMPUR, March 18 - Datuk Zaid Ibrahim has made an impassioned plea to the King to not appoint Datuk Seri Najib Razak as prime minister, and instead appoint someone else from Umno "to bring us back from the brink."
The former de facto law minister urged the King to used his judgment to appoint as PM someone who is "beyond reproach in his dealings both official and private," in a scathing attack on his former Cabinet and party colleague.
"A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat…For this to be the case there cannot be anything in the mind of the greater public that, correctly or otherwise, associates him with matters of criminality, wrongful action, improper conduct or abuses of power," he said in a speech to the Rotary Club here today. "
Kenyataan daripada kajian Pakar Bahasa.
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.
"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."
Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).
Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Tuesday, March 17, 2009
Menjunjung kasih Tuanku
Tuanku berjiwa rakyat, daulat Tuanku.
15 Mac 2009, bertempat di Markas PAS Pokok Sena, Langgar, Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah bersama Kebawah Duli Tuanku Sultanah Kedah telah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anakanda YB Dato' Roshidi Osman, ADUN Bukit Pinang .

Keberangkatan Baginda di sambut oleh Pengantin berdua bersama kedua ibu bapa serta AJK PAS kawasan Pokok Sena serta Menteri Besar Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri .
Rakyat Pokok Sena merasa bertuah kerana dapat melihat Tuanku berdua dari dekat dalam suasana yang penuh ceria dalam majlis yang penuh bermakna itu.
Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung menghadiri jamuan kenduri yang disediakan oleh Tuan Rumah disamping dapat beramah mesra dengan Tuanku Sultan dan Sultanah yang berjiwa rakyat ini.
Ini adalah kali kedua Baginda telah turun mencemar Duli ke Daerah Pokok Sena, malam Jumaat lepas Baginda telah mencemar Duli merasmikan Masjid An Nur , Pekan Pokok Sena yang dijadikan Masjid Daerah Pokok Sena.

Kebawah Duli Tuanku Sultan adalah seorang Sultan yang amat prihatin dengan rakyat di Kedah ini kerana baginda merupakan seorang raja yang banyak pengalaman didalam pentadbiran Negeri Kedah .Tahun lepas rakyat Kedah bergembira menyambut Jubli Emas pemerintahan Baginda di Kedah ini.
Moga Allah lanjutkan usia Kebawah Duli Tuanku berdua dalam keadaan sihat walafiat.
Daulat Tuanku.

Monday, March 16, 2009
Sumbang kubor , tahniah le kempen sempena AGM !!
Bahas Bajet ransangan 60 billion.
Sedia 7 muka surat, dapat bahas hanya 10 minit, itulah suasana dalam dewan rakyat, sebab ramai yang nak berbahas, terpaksalah kita berkorban.
DR. 12.3.2009
17
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri. Sekarang ini petani tak ada jelapang lagi dah, daripada mesin terus naik lori,
masuk kilang. Soalan yang saya nak timbulkan adalah di dalam program NCER, salah satu
daripada program untuk petani sawah padi ini adalah mengestetkan ladang ataupun sawahsawah
padi. Di kawasan saya berhampiran dengan Pendang ada kawasan Jelai di mana
dijadikan kawasan estet padi dan di dalam musim yang lepas, hasilnya agak tinggi.
Saya hendak tahu bagaimanakah respons ataupun penerimaan daripada petani-petani
ini terhadap pengubahsuaian daripada sawah milik individu kepada estet padi ini setakat ini yang
diterima baik oleh petani-petani di kawasan-kawasan lain selain daripada kawasan Jelai yang
dijadikan pioneer project untuk NCER ini. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana kawasan pun telah dimasukkan menjadi
satu projek perintis untuk mengadakan estet, penanaman padi secara estet. Ini Yang Berhormat,
saya berharap semua yang ada di sini mendengar bahawa kita tidak pernah mendiskriminasikan
dari segi kawasan-kawasan. Kita tidak Yang Berhormat sebab bagi kami khasnya...
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Peruntukan khas, diskriminasi.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Khasnya pertanian, kita tidak melihat dari
segi.. yang penting bagi kami ialah kumpulan sasaran. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Jadi Yang Berhormat, sebab bagi kami di
bawah dasar jaminan bekalan makanan ini adalah untuk kita semua sebab saya pernah
memberitahu di sini semasa kita membentangkan peruntukan untuk dasar jaminan bekalan
makanan bahawa makanan atau pertanian tidak kira politik dan kami pun tidak pernah
mendiskriminasikan.
Jadi berbalik kepada soalan Yang Berhormat, satu, tahniah sebab itu adalah satu projek
perintis dan NCER sebenarnya memang seperti dikatakan telah memulakan projek ini dan insya-
Allah kalau ia dapat kejayaan menggunakan tempat Yang Berhormat Jelai itu supaya ini adalah
satu usaha untuk kita dapat meningkatkan lagi produktiviti. Walaupun ianya dahulu tanah-tanah
individu tetapi mereka adalah share holder, mereka boleh menjadi share holder dan juga boleh
menjadi pekerja di dalam projek tersebut. Jadi ini adalah satu kaedah yang sebenarnya kami
hendak gunakan di bawah dasar jaminan bekalan makanan dan lebih-lebih lagi dengan
penglibatan pihak swasta yang telah Yang Berhormat katakan tadi.
Yang Berhormat, sebenarnya saya rasa penerimaan petani pada mulanya memanglah
ragu tetapi sebenarnya ini adalah cara yang baik untuk kita meningkatkan SSL kita kepada 86%
atau insya-Allah kepada 100% dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan,
sudah saya sebut tadi bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang nama tidak disebut boleh
mengambil bahagian sewaktu peringkat Jawatankuasa. Sila Yang Berhormat Pendang 10 minit.
11.39 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya orang setia menunggu
sehingga 10.31 semalam, diberi peluang insya-Allah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Balik
Pulau Tuan Yang di-Pertua, kami tunggu sampai 10.31.
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk bersama-sama dalam perbahasan
bajet mini ini. Seperti mana yang kita tahu sejumlah RM60 bilion diperuntukkan dalam empat
teras di mana sebanyak RM12 bilion digunakan untuk mengurangkan pengangguran dan
menambah peluang pekerjaan iaitu RM2 bilion, meringankan beban rakyat terutamanya
golongan mudah terjejas sebanyak RM10 bilion dan RM48 bilion lagi adalah untuk membantu
sektor swasta menghadapi krisis RM29 bilion dan juga membina keupayaan masa depan
sebanyak RM19 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
■1140
Nampaknya kalau dilihat daripada jumlah di atas, hasil langsung daripada kadar segera
yang dapat diperolehi oleh rakyat yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi ini hanyalah RM12
bilion. Walaupun kita tidak dapat menafikan peruntukan bantuan kepada pihak swasta dan
meningkatkan keupayaan untuk masa depan juga merupakan sesuatu yang boleh membantu
merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita tetapi ia tidak memberi kesan secara langsung
dan segera kepada rakyat yang terjejas ini. Mungkin dalam jangka masa sederhana dan panjang,
ia memberikan kesan melalui perkembangan semula syarikat berkenaan dalam mengambil
semula pekerja yang diberhentikan apabila mereka pulih melalui rangsangan ekonomi yang
dibentangkan ini.
DR. 12.3.2009
32
Daripada inti pati bajet untuk merangsang ekonomi ini, kita dapati RM15 bilion adalah
merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion adalah sebagai dana jaminan, RM10 bilion untuk
pelaburan ekuiti khususnya untuk Khazanah Nasional, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta
dan off-budget dan RM3 bilion lagi adalah untuk insentif cukai. Tuan Yang di-Pertua, hasrat
rakyat dalam pakej rangsangan ini adalah mereka akan mendapat kemudahan untuk
meneruskan hidup dalam keadaan yang selesa dan dapat mengurangkan bebanan akibat
terpaksa berhenti kerja bagi yang berada di sektor swasta dan dapat terus memberikan
keperluan harian kepada keluarga bagi yang bekerja sendiri seperti pekebun getah dan juga
sawit dan petani di kampung-kampung.
Ia akibat daripada kejatuhan harga komoditi yang agak teruk sekarang ini. Daripada
berita dan maklumat yang kita perolehi, jumlah mereka yang terpaksa menganggur akibat
pemberhentian kerja ini mengikut Presiden MEF iaitu Malaysian Employers Federation adalah
400,000 orang. Maka ini sudah pasti akan menimbulkan masalah yang cukup besar dalam masa
yang terdekat seandainya kita tidak menangani isu pengangguran kadar segera ini dengan begitu
baik. Oleh itu, bantuan kepada pengusaha terutama syarikat yang terlibat dengan barangan
eksport perlu diberikan perhatian yang serius. Khabarnya syarikat elektronik yang akan terjejas
teruk kerana kebanyakan hasil eksport kita adalah ke Amerika Syarikat dan negara Eropah,
akibat daripada kejatuhan ekonomi mereka seterusnya memberikan kesan yang besar kepada
eksport kita.
Dalam perkara ini, salah satu daripada pakej di dalam rangsangan ini adalah untuk
mengadakan latihan kepada pekerja terutamanya kepada siswazah yang menganggur dan saya
berharap agar mereka yang hendak diberikan latihan ini biarlah di dalam kilang perusahaan itu
sendiri ataupun lebih baik disebut dengan in-house training dan konsep trained and retain yang
telah dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia saya rasa ini merupakan sesuatu yang
perlu diperkasakan kerana sejumlah RM29 bilion dalam bantuan kepada sektor swasta ini dapat
dimainkan peranan untuk latihan ini dan saya ingin bertanya apakah insentif yang diberikan
kepada pengusaha ini sebelum mereka diberhentikan daripada kilang mereka itu kerana jumlah
400,000 yang disebut itu merupakan satu angka yang amat menakutkan kita semua dan ini
mungkin daripada 400,000 ini akan menimbulkan masalah di dalam sosial kita jika tidak diberikan
perhatian yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pekerja di sektor swasta, pihak yang terkesan
akibat kegawatan ekonomi ini adalah mereka yang bekerja sendiri di kampung terutamanya
petani, pekebun dan nelayan yang juga menerima akibat daripada kesan tempias masalah
ekonomi ini. Sudahlah barangan komoditi mereka jatuh, terutamanya kepada pekebun sekarang
ini tidak dapat menoreh kerana hujan yang turun mungkin pada setiap hari terutama sekali di
kawasan Utara. Saya dapati ramai di antara pekebun ini yang sentiasa terpaksa kalau masa
DR. 12.3.2009
33
getah naik harga dulu mereka membeli Proton Kancil tetapi sekarang ini mereka terpaksa
menjual semula kereta-kereta mereka itu kerana hasil yang amat berkurangan.
Saya menyokong subsidi untuk makanan iaitu sebanyak RM764 juta tetapi biarlah ianya
lebih tertumpu kepada mereka yang menerima sasaran sebenarnya iaitu saya rasa lebih baik
kita, kalau daripada kita memberi subsidi kepada syarikat-syarikat tepung, gula dan juga roti,
lebih baik kita menggunakan kaedah yang digunakan di Taiwan dan Hong Kong iaitu memberi
kupon makanan kepada mereka yang terjejas secara direct ini. Juga tidak dapat dinafikan
keselesaan hidup dapat dipenuhi kalau sekiranya mereka mendapat tempat tinggal yang selesa
iaitu perumahan juga perlu diberi perhatian.
Semalam saya dengar Yang Berhormat Rompin ada menyebut tentang perumahan
rakyat di dalam bandar. Saya ingin juga menyeru kepada pihak kerajaan supaya beri juga
perhatian kepada mereka di kawasan kampung, kawasan luar bandar kerana mereka ini juga
menerima akibat yang teruk hasil daripada kejatuhan ekonomi ini. Salah satu yang saya rasa
perlu kita beri perhatian adalah tentang Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT. Saya merasa
agak sedih kerana keluhan-keluhan yang diterima daripada masyarakat yang membuat
permohonan kerana borang Rumah Mesra Rakyat, saya baru-baru ini mendapat empat borang
daripada EPU tapi apabila hendak dapat borang semula, mereka kata kena pergi ke Pejabat
UMNO.
Ini merupakan sesuatu yang saya rasa cukup tak patutlah. Saya harap perkara ini dapat
diperbetulkan jika sekiranya perkara ini benar-benar berlaku kerana rakyat miskin dia tidak
mengira apa parti politik dan juga apa fahaman agama mereka. Bantuan perlu diberikan kerana
hasil daripada bajet ini adalah merupakan hasil daripada kutipan duit rakyat. Institusi-institusi
yang memberi pinjaman mikro kredit seperti AIM, TEKUN dan juga MARA serta Agrobank. Saya
rasa perlu memainkan peranan yang lebih serius dalam menghadapi kegawatan ini kerana
daripada mereka diberhentikan kerja, ramai di antara ahli masyarakat sekarang ini memilih untuk
menjadi peniaga kecil, peruncit dan juga menjadi peniaga-peniaga di kaki lima.
Jadi diharap pihak-pihak PBT ataupun majlis perbandaran memberi ruang kepada
mereka yang tertindas ataupun terkena kegawatan ini. Satu kaedah yang lebih anjal seperti
saman yang dikenakan sebelum ini kurangkanlah sedikit saman oleh PBT dan juga kemudahan
tempat perniagaan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ini. Satu lagi, apa
yang perlu difikirkan oleh kerajaan adalah tentang bantuan untuk mereka untuk mendapat
rawatan kerana kesihatan ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk rakyat. Jika
sekiranya badan tak sihat maka mereka tidak akan dapat bekerja untuk mencari rezeki. Jadi,
Tabung Bantuan Perubatan saya rasa perlu diperkasakan. Sedikit wang daripada stimulus
package ini dimasukkan dalam Tabung Bantuan Perubatan untuk memberikan kepada mereka
yang ingin mendapat rawatan untuk penyakit kronik dan juga penyakit kritikal.
DR. 12.3.2009
34
Saya rasa inilah sedikit sebanyak perkara-perkara yang dapat saya sumbangkan dalam
masa 10 minit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Forum Perdana Maulidurrasul.
Pendang, 15 Mac 2009. Malam tadi bertempat di Dewan MajlisDaerah Pendang, telah diadakan Majlis Forum Perdana sempena dengan sambutan Maulid Nabi SAW peringkat Daerah Pendang. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat , Pendang dengan kerjasama Unit Amal Pendang, Ana telah dijemput untuk Meresmikan Majlis tersebut.
Forum Perdana tersebut membariskan ahli panel yang terdiri daripada Prof Madya Dato’ Badruddin Ahmad, Dekan Kuliah Usuluddin , KUIN, Prof Madya Dr Abd Aizi Hanafi, Dekan Kuliah Syariah KUIN, Ust Luthfi Ameer, dan Ust Mohamad Azki Hafizi Penolong Pendaftar KUIN sebagai pengerusi Forum.
Banyak perkara yang disentuh oleh ketiga-tiga ahli panel malam tadi mencakupi contoh teladan daripada sifat Rasullullah yang diutuska n oleh Allah untuk menjadi ikutan kepada seluruh umat manusia dan juga rasulullah membawa kerahmatan kepada sekelian alam ini. Rasulullah diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak . Sifat-sifat Rasulullah yang merendah diri, berkasih saying, suka berkawan dengan semua lapisan rakyat , baik muda , tua atau kanak-kanak. Rasulullah pernah ditawarkan harta yang banyak, wanita yang cantik dan jawatan sebagai ketua masyarakat Arab ketika itu, tetapi semuanya ditolak baginda kerana ingin meneruskan kerja-kerja menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh alam . Sejarah perjuangan rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam dizaman jahiliah kaum Arab yang menjadi musuh baginda terdiri dari bapa saudara baginda sendiri, bahkan dalam perjuangan baginda diugut dengan berbagai ugutan sehingga kepada peringkat bunuh/ nyawa . Dua tinggalan Rasulullah yang wajib kita berpegang kepadanya sebagai panduan dalam melayari kehidupan ini , iaitu Al Quran dan Sunnah nabi saw. Seandainya kedua-dua peninggalan ini dapat kita jadikan pedoman, insyaallah kita tidak akan sesat selama-lamanya. Majlis juga diserikan sebelumnya dengan Marhaban oleh kumpulan Al Hilal yang pernah menjadi johan Marhaban peringkat kebangsaan beberapa tahun lepas sempena dengan Majlis Maulid nabi anjuran Pusat Islam./ JAKIM diketuai oleh Ust Abd Ghani Abdullah, bekas Johan Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebelum itu satu pidato khas disampaikan oleh johan pidato kanak-kanak peringkat tadika/PASTI Adik Mohd Fadhilah diadakan.
Dengan suara yang lantang dan penuh semangat adik ini dapat menghuraikan tujuan Rasulullah diutus serta sifat-sifat rasulullah dan ancaman yang baginda terima sepanjang perjuangan menyebarkan Islam ditanah Arab ketika itu. Kepetahan beliau menghafal dan menghurai ayat-ayat alquran cukup member pengajaran kepada seluruh hadirin pada malam tersebut. Majlis turut dihadiri Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang, Tuan Hj Mohammad Awang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.