Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, March 24, 2011

Patut lah tak kena serbu!!

Membaca temuramah antara wartawan Harakah Wan Nordin dengan SUA PKR amat bermakna dan dapat memberikan sedikit clue kenapakah isu video lucah yang ditayang di Carcosa Seri Negara itu tidak dianggap bersalah oleh Menteri di JPM yang sedang bergaduh dengan MCA dan Gerakan sekarang ini.
Agak hairan bila seorang menteri yang jaga undang-undang tidak tahu dimana salahnya menonton filem lucah padahal terpapar dalam akhbar saban hari akan serbuan disana dan sini oleh polis terharap golongan yang berminat menonton filem lucah ini. Bahkan kadang-kadang sampai dalam hutan pun polis boleh sampai untuk serbu dan rampas, tetapi yang satu ni boleh pulak berlaku dalam hotel prstij pulak tu!!.
Apakah ini akan menjadi precedect pula untuk kes-kes lain dimasa akan datang???.
Nampaknya kita kena buka kitab undang-undang balik lah dan tunjukkan kepada menteri ini mungkin sebab dia sudah lama bergelomang dengan politik sampai tidak ingat lagi bahawa menonton dan menayang bahkan menjual dan mengedar filem porno ini adalah salah dari segi undang-undang di dalam Malaysia ini. Biarkan polis dan mahkamah tentukan semua itu. Mungkin negara kita di zaman DS Najib ini sudah ada dua set undang-undang, satu untuk BN dan satu untuk bukan BN.
Apa yang ingin ana tarik perhatian adalah pasal apa yang diulas oleh YB Saifuddin SUA PKR dalam temuramah tersebut. Memang daripada pengalaman sebagai pengamal perubatan selama hampir 30 tahun, agak terkejut bila mendapat tahu bahawa sesuatu sampel yg diambil dari mana-mana specimen ujian tidak diseal dan ditampal gala dan cop mohor sebagai SOP keselamatan swab dari specimen dan seterusnya disimpan didalam peti ais untuk kestabilan specimen atau swab tersebut dan segera dihantar kemakmal untuk diujikaji apakah jenis ujian yang hendak dijalankan.
Ini sudah tentu akan menimbulkan banyak keraguan diatas keselamatan sample dan swab tersebut, ia akan mengalami perubahan fizikal dengan suhu bilek biasa dan mungkin akan mengalami manipulasi tangan manusia kerana sealkeselamatan tidak ada disitu. Biasanya dalam setiap post mortem atau ujian makmal yang dibuat, kita seal dan lekatkan gala dan letakkan cop mohor dipembuka setiap penutup container tersebut agar tiada tangan yang dapat memanipulasi dan ditandatangani pula supaya tidak diganggu gugat sehingga tiba dimakmal dan dibuat ujian .
Amat hairan bila membaca jawapan didalm mahkamah bahawa calit (swab) disimpan didalam almari selama 2 hari dan tidak dibuat mengikut SOP saperti arahan KPN didalam mengendalikan specimen ujian untuk kes-kes jenayah.
Nampak sangat apa yang dirunsingkan oleh beliau itu ada asasnya.
Begitu juga dengan saksi alibi disini. Pelik juga apabila orang yang berada didalam rumah tersebut tidak dipanggil sebagai saksi didalam mahkamah sati apa yang disebut beliau dalam jawapan kepada soalam Wan Nordin itu. Bukankah ini biasanya menjadi salah satu daripada perkara yang lazim dilakukan didalam mahkamah.
Begitu juga bukti CCTV yang digambarkan oleh beliau , kenapa yidak diberikan salinan kepada peguam pihak pembela untuk meneliti apa sebenarnya yang ada didalam gambar tersebut. Dari jawapan SUA itu, nampaknya beliau berkata tidak ada pun kelibat pemuda tersebut didalam bilek rumah pemilik kondomonium itu, hanya setakat pintu lift sahaja, itupun tingkat yang berlainan.
Nampaknya inilah mungkin punca kepada wujudnya versi seterusnya agar pemikiran kita kita boleh ditumpukan kepada ketirisan wang negara, rasuah peringkat mega, kes PR Sarawak yang memerlukan penerangan kepada rakyat mengenai penghapusan tanah rizab Melayu, kehilangan saham untuk Bumi sebanyak 50 billion, dan berbagai lagi masalah didalam negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh rakyat menjelang PRU 13 ini.
Kita hanya berserrah kepada Alllah atas isu terbaru ini, kes sudah berada ditangan polis, tetapi apakah ia akan menjadi satu siasatan yang telus, pada peringkat awal pun polis dah tak boleh menghalang mereka yang menayangkan filem lucah yang sememangnya menjadi kesalahan didalam negara kita. Apakah seterusnya akan berlaku?... wallahu aklam.

Untuk tatapan generasi akan datang.

Buku yang menjadi kebanggaan Mahathir kini telah dijual macam goreng pisang panas sebanyak 10 000 naskah yang menyatakan kisah benar yang belum lagi dipaparka oleh Mantan PM "Mudah Lupa" ini.

Namun apabila di baca dan diteliti buku yang dianggap hebat ini adalah senaskah buku yang dianggap oleh para penganalisa buku sebagai suatu penulisan daif dan hanya mampu mengwujudkan perpecahan dan sikap benci membenci dikalangan masyarakat negara ini.Lantas seolah-olah Dr Mahathir pula cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.

Buku yang lebih banyak memaparkan keburukan individu untuk dijadikan bahan cemuhan dan kebencian masyarakat dilihat tidak langsung mampu menyelesaikan masalah ummah dan memberikan kesedaran kepada para pembaca.

Fakta-fakta yang dinyatakan banyak yang bercanggah,seperti kes pertemuan Mantan PM ini dengan Bekas Presiden Singapura,dimana tarikh perjumpaan tersebut menjadi bahan tertawa masyarakat kerana semasa itu Bekas Presiden Benjamin Henry Sheares telah pun meninggal mengikut rekod akbar The Straits Times Singapura,

Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.
Dr Mahathir juga sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim hanya akan membatalkan pemilihan umno pada April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.

Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.

Seterusnya,cerita bagaimana beliau berjumpa dengan 3 wanita yang ada hubungan dengan DSAI dan menceritakan segala kisah jijik DSAI di dalam bukunya,mungkin ini sesuatu yang beliau anggap hebat...tetapi kesan mengaibkan individu kalau difahami dalam islam,sudah pasti beliau tidak akan sanggup menulis walaupun kisah tersebut suatu rekaan atapiun benar-benar berlaku.

Malah sebagai seorang Mantan PM yang disegani dan berakhlak,beliau sepatutnya tidak akan mengaibkan individu lain untuk tatapan dan cemuhan generasi yang akan datang,sekiranya beliau kembali kepada Allah maka segala dosa fitnah dan mengaibkan individu tersebut akan berterusan ditanggung dengan azab yang pedih di akhirat kelak...nauzubillah...

Tuesday, March 22, 2011

Bravo satu Malaysia nak di kelentong lagi.

aMAT MENARIK APA YANG DIULAS OLEH wfAUZDIN DALAM BLOG BELIAU YANG ANA PERTURUNKAN DIBAWAH INI, BAGI YANG MEMPUNYAI AKAL BOLEH BERFIKIR SECARA WARAS KECULAI OTAK ANDA BERADA DIDALAM KEPALA LUTUT.
DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?

Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab.
ulasan ana mudah saja,
kalau tak kerana yang melindungi tu banyak bintang, tak kan motif pembunuhan Altantunya tak disebut dalam mahkamah,
kalau tak kerana perlindungan org banyak bintang, tak kan polis tak serbu penayangan filem porno,
kalau tak kerana perlindungan orang banyak bintang, tak kan toeri DNA boleh datang semula.
Kita kena ingat, sampel yang dicuri untuk test DNA dalam lokap pun ditolak oleh mahkamah, apakah pula sampel DNA yang nak diambil dari jam yang entah milik siapa ini nak dijadikan bukti pula.
Seingat ana semasa perbahasan dalam RUU DNA dalam parlimen hari tu, RUU terpaksa ditarik balik untuk buat pindaan salah satunya adalah bila bukti DNA ini hanyalah boleh dijadikan bukti sokongan dan bukannya bukti hakiki yang hanya bergantung kepada keputusan DNA itu sahaja, maknanya kena ada bukti yang lain sama dan DNA adalah sebagai bukti sokongan sahaja.
Dalam masalah liwat 2 ni, yang sampel terabai selama 99 jam dan dibiarkan dalam almari dibilek Pareira tu sebelum sampai kemakmal kimia untuk analisa tanpa ada seal oleh pihak pegawai penyiasat dan boleh dibuka oleh sesiapa tu adakah ini SOP yang dibenarkan.
Pengalaman ana sebagai pegawai yang mengambil sampel untuk kes keracunan atau bunuh, melihat polis yang menyiasat dan mengambil sampel, biasanya meletakkan seal gala yang dicop mohor sebelum dibawa pergi dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh menanggalkan cap mohor tersebut.
Makanya usaha mendapat DNA secara paksa ini adalah satu usaha desperado dan tak mengikut peraturan , rasanya.
Moga Allah memberi hidayah kepada kita dan mengampuni segala dosa kita dan takutilah azab api neraka yang amat panas dan menyakitkan itu.
Amin.

Apakah budaya ini ingin diteruskan ? dimana maruah kita.

Politik Malaysia menuju era politik lucah!
PETALING JAYA: Cubaan pihak yang cuba mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik menjatuhkan maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik.

Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara.

Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikatakan 'diperangkap' oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan.

Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk 'tayangan perdana' dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau.

Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet.

Selain isu yang mengaibkan maruah Adun Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara.

Tindakan berkepentingan politik

Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini.

Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke 10 diadakan.

Pada masa artikel ini ditulis indentiti 'host tayangan perdana' terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut.

Jadi bahan kempen PRN Sarawak

Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku 'tidak mempraktikkan' sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti.

Malahan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Tenang sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen.

Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu.

Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapikkan sebagai demi mendapatkan keadilan.

Antara kes berprofail tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Sharibu beberapa tahun lalu.

Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber.

Bagaimanapun, 'tayangan perdana' rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya.

Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah.

* Free Malaysia Today

Memang menjadi hasrat musuh politik , menjayuhkan lawan didalam pertandingan, tetapi apakah cara begini yang menjadi pilihan kita, dimana pegangan Islam dan Iman kita.
Bali ana, bila sebut saja Carcosa Seri Negara, maka kita dah mendapat idea bahawa ianya mesti melibatkan manusia 5 atau 6 bintang, ini bukan kerja orang cokia , bawahan dan taraf marhaen, kerana nak mendapat sekuriti kesitu dan hendakmendapat tempat disitu pun sudah sukar bagi rakyat biasa. Memang agak kurang pintar perancang show video ini, kerana memilih tempat sebegini kerana manusia berakal sudah pasti akan membuat keputusan baha ini adalah perancangan peringkat atasan.
Daripada maklumat rakan wartawan yang dijemput, mereka sebenarnya diberitahu lebih awal sebelum tayangan itu, ada yang seawal 1 jam, apakah kalau ini tidak dilindungi , maka pihak SB dan polis tidak tahu program ini dan pihak polis semacam biasa ditempat lain bahkan dalam hutan belantara pun biasa membuat serbuan blue film show ini, tidak melaksanakan tugas mereka apatah lagi di tayang kepada wartawan kanan pula tu.
Kenapa kbusukan teknik dan cara politik kotor ini dipilih, apakah kerana masalah DNA yang sudah kantoi itu menjadi penyebabkan fitnah sex ini pula terbit?
Awat mereka ingat rakyat Mlaysia ini jenis dahagakan sex kah atau mereka itu yang sangat dahagakan sex.
Macam sering disebut oleh DSAI, tunjukkan kepada saya mana satu antara pemimpin mereka yang bersih sebelum mengajak semula saya masuk kedalam UMNO, jawab beliau ketika beberapa pemimpin Sabah suatu ketika dulu mengajak semula beliau masuk UMNO selepas kes beliau dibebaskan dari hukuman penjara 6 tahun dizaman DSAB.
Ya Allah, lindungilah negara kami dari bencana dan malapetaka dek kerana perbuatan fitnah melampau ini, aamin.

Saturday, March 12, 2011

Mesti ada muslihat ni.

MEREKA TERGILA-GILA DENGAN DNA ANWAR UNTUK APA?

Oleh: WFAUZDIN NS


PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.

Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?

Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.

DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. “(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal. “Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.

Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.

Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.

Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/

memang tepat apa yang diulas oleh En Wan ini. Data DNA tidak pernah berubah, dulu , kini dan simoanlah bila-bila pun, yang berubah mungkin specimen saja, tetapi kandungan data didalam graf DNA tersebut tetap sama begitu walau disimpan berapa lama pun. Oleh itu kalau dah ada data lama, maka itu boelh dipakai untuk digunakan sebagai perbandingan.
Satu lagi perkara adalah mengenai bukti DNA, memang dah dibahaskan didalam parlimen pun dan setelah dipinda selepas tidak mendapat kelulusan ahli parlimen, maka dijadikan DNA sebagai bukti sokongan dan bukan bukti mutlak didalam pembuktian didalam mahkamah.

Oleh itu, tujuan hendak mendapatkan sampel untuk DNA ini adalah hanya untuk memalukan DSAI .

Friday, March 11, 2011

Penjelasan KASE mengenai saman ekor.

KASE : Menyanggah tulisan Prof. 'Kangkung' di Berita Harian
Sila Klik Gambar Untuk Baca Tulisan Beliau


FAHAMI ISU SEBENAR!!

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 11/3/2011

Monday, March 7, 2011

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

Selepas ini rasanya perlu ada pemantauan dari pihak PAS terhadap semua janji-jani yang dihamburkan semasa kempen PRK ini apakah ianya dilaksanakan atau hanya janji untuk menghadapi pilihanraya semata sebagaimana yang telah terjadi dimana-mana sebelum ini . Jambatan di Manik Urai adakah sudah boleh dilalui. Menarik didalam menghadapi suasana PRK, kita sering tersalah jalan bilamana dipagi hari melalui jalan tidak berturap, bila pulang dipetang hari, sudah berturp, itulah sebenarnya nikmat bila berlaku PRK. Kalau tidak ada, maka kata orang kampong, tunggu sampai kucing bertanduk pun tak akan ada peruntukan daripada Kemneterian berkenaan.

Untuk renungan mereka yang berkuasa.

.: Pandangan Sabtu: "Muhyiddin Amaran Rakyat, Kita Amaran Muhyiddin MUHYIDDIN Yassin, Zaid Hamidi dan Hishamuddin Hussein memberi amaran supaya golongan terte..."

.: Senda Ahad, satu perumpamaan yang cukup memberi keinsafan .

.: Senda Ahad: "Gajah Dan Manusia SEMALAM seorang penoreh getah Lee Che Hassan 46 dari Gua Musang Kelantan telah mati kerana dihempas oleh seekor gajah di..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Friday, March 4, 2011

Orang kata jahiliah depa marah, tapi ni lah dia buktinya.

GELEK M.DAUD KILAU DAN DANGDUT MELALAIKAN ORANG FELDA DI KERDAU
Gambar Hiasan


Oleh: WFAUZDIN NS


PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah.

Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau

bercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu....

Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu.

Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'./

Umur umatku antara 60 dan 70 tahun, tak kan tak ingat pintu kubur lagi Pak Cik Daud ooi, kalau pi Kerdau ajak anak-anak muda pi surau ka, masjid ka, apa salahnya. Semua kita nak kesitu , jadi dalam usia yang nak masuk kuburni, ingat sama dengan mati noooo. Ana takut nanti tengah bergolek, malaukat maut mai, terus tak dan nak sebut kalimah Allah. Dalam solat sering kita doa, ya Allah matikan aku dengan 'husnul khatimah'. tetapi dalam hidup seharian, kita lakukan perkara-perkara yang menuju kearah suul khatimah.
Dalam suasana kehangatan kita menyambut maulid nabi, selawat sana selawat sini, lepas dua tiga minggu, dicemari dengan pesta dangdut, amat jelas berlawanan dengan apa yang kita sanjung dan sambut masa maulid hari tu. Dikala syfaat nabi kita tagih, tetapi dikala itu juga syariaat dan ajaran nabi kita lawan, kita tentang dan kita perlekeh. Apakah ini hasrat penasihat agama menteri besar Pahang. alahai kaum ku, dimana Ulamak Muda perlu berada?????

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.