Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, April 25, 2008

minyak naik, barang naik pasal bn , itu adalah satu rangkaian kukuh yan disedari oleh semua rakyat, tak boleh dan tak perlu dinafikan lagi. oleh itu dengan kenyataan menteri pengguna semalam bahawa kerajaan akan mengkaji subsidi disel, maka sahihlah yang kerajaan malaysia ini tidak prihatin dengan bebanan yang rakyat terpaksa tanggung akhir-akhir ini. pak menteri tak pa la, semua free, tak kena bayar, rakyat semua kena keluar dari poket sendiri. bila kita merungut, oh dia kata harga sekerap mahal, tapi dia tak kata beras naik harga, org kampong tak makan sekerap dan sawit. satu komoditi naik, yang harga barang kegunaan beratus naik. salahnya rakyat juga, tak mau bagi ba menang hari tu, kalau semua negeri tak dak bn, senangla nak tambah subsidi untuk rakyat, tak sapa nak halang, bila rasuah tak ada, komisyen tak ada, runding terus tak ada, bawah meja tak ada, maka kantung negara bertambah dan boleh la sikit bagi kat rakyat dalam bentuk subsidi untuk kurangkan kos barangan. ni tidak, semua depa dapat, rakyat terkena bebanan. amerika pun bagi subsidi kat rakyat dia, ni lumrah la, tapi dalam suasana negara ada duit la, tapi kalau fulus kurang, pasal benda-benda tadi, macam mana nak tolong rakyat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.