Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, November 21, 2008

Saja depa gempar.

Ana rasa geng-geng yang buat demo ni buat-buat tak faham atau sengaja nak hentam kerajaan pakatan baru 8 bulan ni padahal semua dunia tau yang meluluskan tanah untuk ternak babi ni adalah kerajaan mereka yang lalu juga. Ana tengok dalam gambar tu mat-mat UMNO , dan ana ucapkan terima kasih keatas keprihatinan mereka , cuma masa nak lulus tanah dulu mereka tak pula bantah , mungkin pasal tak tahu kot, atau mereka sangka mereka akan terus memerintah Kedah sampai kiamat.

Apa yang menarik hati ana adalah bila kita pi jumpa dengan masyarakat Cina disekitar kawasan yang dah diluluskan tanah untuk bela babi oleh kerajaan BN dulu tu, depa yang makan babi pun tak suka dibela didekat dengan rumah mereka, kata depa babi ni kotor, busuk ladang ternak dia, tak sesuai dekat dengan kampong mereka dan tak suka bela dekat dengan kampong mereka. Bayangkan kalau ada la macam tu sekampong dua, maka harapan nak bela tu tak jadilah, alhamdulillah.




Pihak veterina juga kata, kalau nak bela buat secara tertutup dan moden saperti yang dibuat di German dan Belanda yang telah dilihat oleh bekas kawan ana Dato' Dr Karim Mansor dari Selangor dulu tu. Dah lulus dalam pentadbiran BN lama, bila sampai kerajaan pakatan ,kena heret reba la. Itulah cabaran pemerintahan namanya. BN ni selalu buat honar, tiba-tiba orang lain kena tanggung bala dan reba.

Satu lagi pasal sampah di Bandaraya Alor Star. Dalam pentadbiran lama BN dulu semasa datuk bandar yang dulu, bab sampah ni saja hutang bandaraya dalam angka 17 juta, hutang dengan syarikat angkut sampah saja 4 juta. Syarikat ni dengan segala kemudahan yang daif saperti lori dan tong sudah tidak berupaya lagi menjalankan aktiviti kebersihan mereka kerana kerajaan hari tu tak bayar hutang , nak repair lori tak dak duit, nak repair tong tak dak duit, nak repair buldozer tolak sampah tak ada duit dan bermacam lagi masalah terpaksa ditempuh kerana kesan ketidak cekapnya pentadbiran Datok Bandar sebelum ini sehingga hutang demi hutang bertampok-tampok dan inilah juga salah satu lagi cabaran yang terpaksa ditempoh oleh pentadbiran baru pakatan diKedah ni.

Ana dengar kata sampai terpaksa jual tanah kerana nak dapat duit nak bayar hutang kepada syarikat ni supaya mereka dapat baiki lori dan peralatan angkut sampah, dan kerajaan BN hari tu jatuh pun katanya antara puncanya adalah pasal sampah tak terurus di Alor Star ni lah. Jadi segala penyakit yang berjangkit ni adalah tinggalan dari Tok Det Khalid hari tu la dan kena lah di tanggong oleh Ust Azizan la ni pulak. Harap dapat diselesaikan segera masalah ni, takut nanti bala penyakit berjangkit ni kena pulak atas kepala pakatan pada PRU 13 nanti.

Ketiga pasal isu kouta 50:50 rumah ni. Yang ni ana rasa sudah selesai dan rakyat semua sudah faham, yang tak faham cuma gerakan dan MCA ana rasa, kerana mereka ni memang kalau fasal nak cari duit, sampai pecah kepala pun sanggup. MB dah terangkan bahawa rakyat Kedah bukannya golongan jutawan macam di Negeri lain, baik apa bangsa pun , kalau rumah sampai 300 ribu keatas sapa yang sanggup beli, tu pulak buat bagi kouta 70:30, lagi la susah oarang Melayu nak capai. Bila kita pi syarikat perumahan tanya, depa kata dah habis booking, tapi yang booking orang Penang dan orang KL.

Kalau kita pi tengok di Tandop sudah lah, berapa punya banyak rumah kadang-kadang sampai sesat, nak cari jalan balik tak boleh, tapi nak cari rumah orang Melayu satu pun tak jumpa, semuanya ada tanglung dan harganya bukan murah , 400 ke 500 ribu pun ada, tu pula tengok plat no kereta, banyak yang Penang atau KL. Kalau macam ni berterusan, ana rasa ini sesuatu yang tak sihat, nanti seluruh Alor Star akan didiami oleh satu kaum saja dan ini tak sesuai untuk keharmonian kaum dalam negara kita.
Yang kata 50:50 tu adalah untuk tanah rezab Melayu yang ditukar jadi free hold dan dibuat rumah maka peraturan yang dijelasan oleh Kerajaan Negeri adalah 50 untuk bumi dan 50 untuk bukan bumi. Tu pun sebelum ni tanah rezab Melayu yang diambil diganti balik atau tidak , tiada siapa yang tahu. Ana pernah tanya dalam par,imen hal ni, menteri jawab itu hak negeri. Lepas ni boleh la kita tanya negeri pula , berapa banyak tanah rezab Melayu yang diambil dan berapa banyak yang telah diganti balik ikut kanun tanah negara.

Kalau kita nak kata jumlah penduduk Kedah ikut kaum, ana rasa kouta ni masih tak adil, Kedah ada 1.2 juta penduduk, lebih kurang 80 % adalah orang Melayu, maka kalau ikut nisbah kena lebih lagi perlu diberi kepada kouta bumi la macam ni, tapi oleh kerana kerajaan ni prihatin dan kasih kepada rakyat, maka dibuat peraturan baru macam tu agar mereka yang lain ada juga hak untuk dapat rumah. Itulah keadilan yang kita nak buat dan kalau tak dapat semua pun, kita tak tinggalkan semua. Dalam isu kouta ni, ana rasa semua dah faham dan lepas ni kalau REHDA (sentiasa fikir untung dan duit ) ,menghadapi masalah tak dapat jual rumah, kerajaan negeri kata GLC akan tolong selesaikan dalam masalah ni dan kita doalah moga perkara ini akan dapat mengharmonikan seluruh rakyat di Kedah ni dengan kepimpinan pakatan pula.

Kalau ada yang bantah dan marah lagi, kita menyeru kepada MB dan kepimpinan negeri Kedah supaya buat macam ada di Kelantan supaya orang luar Kedah tak dibenarkan membeli rumah dan tanah di Kedah agar ia tak akan terlepas kepada orang luar . Kalau nak juga, kena jadi orang Kedah, kena kahwin dengan orang Kedah baru boleh.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.