Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, August 2, 2009

Ziarah sahabat lama seperjuangan, moga cepat sembuh.

Hari ini kebetulan tidak ada program luar dan mesyuarat, maka ana meluangkan masa disebelah pagi dan tengahari melawat kawasan di kpg Lincan disamping menziarahi beberapa orang sahabat dan taulan yang diuji dengan musibah oleh Allah taala.
Di Kpg Chelong, Adik Mohd Izat bin Aziz, 14 tahun seorang remaja yang kemalangan lebih 3 minggu lalu baru saja keluar dari HSB setelah dibuat laparotomy kerana mengalami kecederaan diusus dan pancreas serta patah tulang rusuk dan paru-paru terhimpit akibat daripada kemalangan tersebut.
Sekarang Alhamdulillah, beliau sudah boleh makan dan nampak sihat, cuma saluran yang menghubungkan tiub dipankreas masik belum dibuang. Ana doakan moga beliau cepat sembuh dan dapat menyambung kembali pelajaran beliau di Sek Men Keb Sungai Tiang.

Apa yang agak sedinya ialah beliau baru saja kehilangan nenek tersayang 3 bulan lepas kerana kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Baling bersama keluarga kerana urusan menyelesaikan harta pusaka. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarhamah.

Di Kpg Lincan, ana dikhabarkan berhubung dengan masalah gangguan jalan ke kebun getah yang sering tenggelam kerana dilimpahi air hujan apabila ada sedikit hujan lebat disebabkan tidak ada jalan air untuk saluran air melintas , penduduk yang mempunyai kebun disitu memohon untuk memasang pembetong ( kok) sebanyak 6 buah, dan insyaallah ana akan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dalam sedikit masa lagi dan menyeru akan mereka bersabar buat sedikit masa ini. mereka menyeluh kerana sudah lama masalah ini dihadapi , tetapi ana tidak diberitahu berhubung perkara tersebut sehinggalah MKK Gelong Gajah memanjangkan surat kepada pusat khidmat baru-baru ini.

Semasa dalam perjalanan pulang, sempat ana singgah melihat seorang remaja yang kena tetak tangan kiri diparas siku sehingga nampak tulang oleh seorang yang kurang siuman di Kpg berkenaan . Alhamdulillah beliau sekarang berada dalam keadaan sihat walaupun masih berjahit dan berbalut disiku . Beliau merupakan anak kepada seorang ibu tunggal.

Di Pokok Asam, ana juga sempat menziarahi rakan seperjuangan didalam AJK PAS kawasan sejak sekian lama , En Ahmad Ishak , pernah menjadi AJK Kawasan Pendang dan Ketua Cawangan dan menjadikan tanah beliau sebagai tapak untuk didirikan markas PAS Pokok Asam dan dengan berbagai aktiviti berjalan sekarang ini termasuk kelas tuisyen dan kelas jahitan serta pengajian untuk muslimat. En Ahmad sudah lama mengalami masalah hilang ingatan dan sejak beberapa hari ini muncul kayap ( herpes zooster ) dibelakang leher beliau. Moga beliau cepat sembuh dan kembali sihat semula insyaallah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.