Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, August 31, 2009

Sumbangan kepada ibu tunggal

Pagi tadi, Muslimat PAS Pendang telah mengadakan majlis sumbangan kepada ibu tunggal dan duafak di Kampong Petani Barat dan Kerkau serta penubuhan cawangan Muslimat PAS Pendang DMPP cawangan yang ke 107.

Seramai 28 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Ketua DMPP Puan Dr Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban mereka sedikit sempena menyambut Ramadhan yang mulia ini .

Sumbangan dilakukan di Surau Kpg Petani Barat dan Masjid Kerkau.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.