Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 4, 2009

Teruskan perjuangan wiraku.

BN lari dari Siputeh,gunakan SPR sebagai perisai, konon mereka yang menetukan kekosongan kerusi, setelah di Perak mereka berjaya menipu rakyat walaupun perlembagaan Kedah kata kosong, mereka bermain kata-kata dengan tafsiran ikut hati busuk mereka, menyatakan tak hadir dua kali dalam penggal berlainan, kalau macam tu apa pasal dalam parlimen dikatakan kalau tak hadir 6 bulan tanpa alasan maka akan gugur kerusi tersebut, bagaimana boleh datang dua kali dalam penggal berlainan.
Apa yang ada pada kuasa Allah yang memberikan juga bagi kali PRK kesembilan di Negeri 9 ini. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu, dijadikan sembilan sebagai dasar untuk semua bertarung pada kali ini, bulan sembilan ( September), mati dalam bulan Ramadhan( bulan sembilan kalendar Hijrah), tahun 2009 di Negeri Sembilan yang menjadi kawasan Parlimen Teluk Kemang diwakili oleh Dato' Kamarul Bahrin Abbas SUA Keadilan Rakyat serta dimenangi DAP dan PKR sebagai ADUN dimana Bagan Pinang ini adalah dikhaskan kepada PAS untuk bertanding . Ketua Bahagian UMNO bagi kawasan ini adalah TS Isa Samad , manusia yang pernah digugurkan kerana rasuah politik walaupun telah menang. Begitu juga N9 adalah tempat ketua pemuda yang terlibat dengan rasuah politik tetapi boleh berlawan dan menang ketua pemuda tetapi tak dilantik jadi menteri yang belum berlaku dalam sejarah Malaysia boleh iniInilah yang dikatakan perancangan Allah melebihi segala jenis perancangan manusia. N9 menyaksikan hanya 6 kerusi saja lagi DUN akan berpindah kepada pakatan , dan ternyata ini sudah pasti akan menyecutkan hati para pendokong BN disana.
Diharap kali ini tidak ada lagi pertikaian antara Speaker N9 dengan SPR tentang kekosongan kerus DUN N9 ini dan tidaak akan ada sesiapa yang mungkin mempertikaikan kekosongan kerusi DUN yang akan dinyatakan oleh speaker nanti.
Kali ini rasanya mesti SPR tak lagi mempertikaikan penisytaharan speaker tentang kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang tersebut dimana musuh utama politik tanah air PAS dan UMNO bertarung lagi kali ini. BN kali ini mungkin lebih bernasib baik kerana kawasan teguh mereka yang ada di Kedah , Kota Siputeh tak lagi berlawan kerana diberi perlindungan talian hayat oleh SPR, tapi kali ini mesti mereka mahu bertarung kerana dah tak boleh dipertikaikan lagi kematian ADUN dan pengetasan speaker tentang kekosongan kerusi tersebut, cuma apa yang sedang berlaku didalam MCA dan MIC serta PPP dan UMNO sendiri pasti akan menjadikan mereka sedikit gementar walaupun didalam kubu mereka satu ketika dulu. Dengan jumlah peratus bukan Melayu yang tinggi hasil dari persempadanan semula untuk mengenakan pembangkang suatu ketika dulu, kini akan memberikan tekanan balik kepada mereka hasil ketidak percayaan masyaakat kepada BN hasil ketidakadilan mereka menjadi pemerintah didalam negara yang serba mewah ini. Dengan isu rasuah, penyelewengan, pilih kasih dalam pemberian projek dan kemudahan awam serta agihan kekayaan negara yang tidak adil menjadikan mereka saperti LDP di Jepun yang sudah tumbang setelah 45 tahun memerintah Jepun.
Moga pertarungan kali ini akan lebih sihat dan akan menggambarkan keadaaan senario sebenar politik negara dari segi komposisi kaum terbesar saperti di Bukit Selambau tempoh hari.
Selamat berjuang wahai sahabatku, insyaaalah kemenangan lagi kali ini walaupun yang ke 9 tidak jadi di Kedah, tetapi kesembilan tetap ada tetapi diletakkan oleh Allah secara kebetulan di N9.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.