Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, September 2, 2009



Hari ketiga mangsa banjir ditempatkan dipusat pemindahan kompleks sukan Pendang hari ini menerima kunjungan EXCO Kebajikan dan wanita Kedah YB Ust Aishah Ghazali .
Daripada taklimat yang diberikan didapati seramai 187 mangsa berada dipusat pemindahan daripada 51 keluarga dan 4 mukim disekitra Pendang.
Kampong teramai adalah Banggol Besi belakang masjid , iaitu kawasan paling hampir dengan sungai Pendang. Siang tadi kebanyakan kawasan ukuran air sungai adalah melebihi paras bahaya tetapi suasana agak terkawal kerana arus tidak deras dan kebanyakan kawasan yang air naik sampai kedalam rumah, anggota masyarakat telah berpindah ke pusat pemindahan.

Mangsa paling kecil dipenempatan ini berusia baru 40 hari , terpaksa diberi minum susu menggunakan Ryles tube kerana lelangit terbelah ( cleft palate).
Ada diantara mereka yang terlalu 'desperate' kerana setahun sampai dua tiga kali berpindah kerana rumah ditepi sungai dan permohonan untuk mendapat rumah KEDA tidak pernah dapat sejak 1991 lagi. Ana pun tak faham kenapa ini berlaku padahal beliau bukanlah penyokong PAS yang kuat pun ketika BN perintah dulu, tetapi mereka yang rumah elok dan senang tetapi dek kerana sokongan JKK ketika itu maka diberikan rumah KEDA atau rumah PPRT dan ini sudah tentu mengabaikan hak mereka yang lebih memerlukan. Mungkin masa itu belum ada lagi Islam Hadhari atau satu Malaysia, kerana pada ketika itu Malaysia tengah melaungkan Malaysia Boleh!!

Sempat menolong memasak juadah untuk berbuka puasa untuk mangsa di penempatan tersebut.
Ana dan YB Ust Aishah sewaktu meninjau pusat pemindahan di Kompleks Sukan Pendang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.