Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, September 5, 2009

Sumbangan dibulan Ramadhan

Semalam dua program sumbangan sempena kehadiran Ramadhan tahun ini dilakukan diduan tempat didalam parlimen Pendang ini.
Satu bertempat di Felda Sungai Taiang disebelah pagi dan disebelah petang dilakukan di Dewan Majlis Daerah Pendang.

Sumbangan yang dikelolakan oleh Muslimat PAS Kawasan Pendang di Felda Sungai Tiang disebelah pagi dengan kerjasama syarikat pengeluar kosmetik dan makanan Muslim Era edar bertempat di Bandar Darulaman Jitra . Penyampaian dilakukan oleh wakil syarikat dan Ketua Muslimat Pendang Dr Rahimah Sahit.

Penerima sumbangan terdiri daripada mereka yang memerlukan dari Felda Sungai Tiang dan kawasan sekitar yang dilakukan di Surau didalam kawasan Felda tersebut.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat didoakan moga Allah memberkati usaha tersebut dan dimurahkan rezeki dan bertambah keuntungan diatas usaha perniagaan mereka ini.

Disebelah petang, satu lagi majlis diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang .
Majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau didaerah Pendang untuk majlis berbuka puasa . Sejumlah 49 majid didaerah Pendang ini dan 90 buah surau telah dipilih untuk menerima sumbangan yang diberikan oleh ana sendiri melalui peruntukan daripada kerajaan negeri. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh ana dan penyampaian sumbangan serta tahlil yang diketuai oleh imam Masjid Jamek Allutfi Batu Hampar Ust Ghazali Abdullah dan disudahi dengan program berbuka puasa.
Didalam ucapan tersebut, ana menyeru agar tuan imam masjid dan surau memberikan komitmen yang tinggi didalam menyedarkan masyarakat di Pendang ini agar masyarakat dapat memahami Islam sebenar supaya akan terlaksana syiar dan syariaat Islam didalam negeri Kedah khasnya dan malaysia amnya. Tugas ini bukan saya dipikul oleh hanya tuan Imam, tetapi oleh semua anggota masyarakat dengan bimbingan daripada tuan-tuan imam semua. Dengan adanya peranan positif ini diharap agar masyarakat kita akan lebih bersedia untuk merelakan diri didalam melaksanakan tuntutan agama agar kita tidak kecewa apabila dibangunkan semula menemuai Allah diakhirat kelak.

Setiap masjid diberikan RM 200 dan surau RM 100. Walaupun jumlah ini kecil, tetapi oleh kerana dana yang diperuntukan juga kecil, maka terpaksa ana agihkan sedemikian kerana banyak surau dan semua masjid perlu diberikan perhatian, mungkin ada dana lain yang diperuntukan untuk menampung kos yang lain pula dimasa akan datang. Didalam ucapan ana menyatakan peruntukan untuk berbuka puasa tersebut walaupun kecil untuk setiap katagori tersebut, tetapi ianya dapat dirasai oleh kebanyakan surau dan semua masjid didaerah Pendang ini, memandangkan peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat adalah kecil cuma tetapi ana ingin mengagihkan kepada rakyat untuk dirasai diperingkat bawah, kerana kami selaku wakil rakyat tidak dapat memenuhi semua undangan untuk berbuka disemua tempat pada bulan Ramadhan ini kerana banyak jemputan di Masjid dan surau terpaksa dipenuhi, jadi inilah cara yang dilakukan untuk semua dapat merasai serba sedikit dan berharap moga ditahun hadapan kalau dimurahkan rezeki oleh Allah , jumlah tersebut dapat kita tingkatkan lagi dan mana-mana surau yang belum menerima pada tahun ini akan diagihkan pula pada tahun hadapan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.