Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 29, 2010

Perbahasan Titah Diraja 2010.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pendang.
6.39 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan
saya kesempatan untuk sama-sama berbahas menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya
ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Polis” kepada Polis Di-Raja Malaysia.
Saya ingin memperingati Menteri Dalam Negeri supaya lihat-lihat sedikit balai polis yang
dibuat di Pendang itu sudah beberapa kali ditangguh-tangguh sehingga sekarang pun
belum diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tiga perkara dalam perbahasan ini.
DR.25.3.2010
165
1840
Pertamanya, tentang pendidikan dan juga kesihatan. Seperti mana yang kita
tahu pendidikan dan kesihatan adalah merupakan dua perkhidmatan yang penting yang
menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu apa juga
persediaan mestilah dalam usaha untuk menjadikan rakyat ini sihat dan juga rakyat ini
cerdik. Usaha ke arah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu diperoleh oleh
rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan
generasi yang berilmu. Ini kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihatlah yang
akan membantu untuk membangunkan negara.
Mutakhir ini rakyat agak hairan dan juga ibu bapa merasa terkilan apabila
mendengar peruntukan ratusan juta untuk Permata Negara. Padahal dalam masa yang
sama peruntukan untuk anak-anak sekolah biasa iaitu sekolah rendah dan juga
menengah khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10% hingga 15% oleh kerana
kekangan daripada bajet 2010. Keluhan terhadap makanan asrama yang telah
dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari pada setengah-setengah sekolah
memaksa setengah ibu bapa membawa balik anak mereka setiap hujung minggu ke
rumah yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh
daripada asrama sekolah.
Bukan setakat kos minyak, kos tol bahkan masa dan tenaga terbuang begitu
sahaja. Begitu juga pakaian untuk pasukan beruniform yang diberikan semasa zaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah ditarik balik khabarnya dan peruntukan tuisyen juga
telah ditiadakan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berhubung
dengan perkara ini. Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan peruntukan
untuk pra-sekolah melalui Permata tetapi mengesampingkan sekolah aliran perdana
yang menjadi inti pati utama pendidikan anak-anak kita di sekolah.
Ada kedengaran baru-baru ini disebut di dalam Parlimen ini ada pihak PIBG
setengah sekolah di Pahang misalnya. Anak-anak terpaksa membawa cat sendiri ke
sekolah untuk menceriakan sekolah dan mengecat semula sekolah. Jadi saya rasa
perkara ini perlulah diberi perhatian oleh kementerian berhubung dengan peruntukan
untuk bidang pendidikan ini. Begitu juga daripada sahabat-sahabat yang menjadi guru.
Mereka mengatakan banyak sekolah sekarang ini telah membuka ruang yang begitu
luas untuk ibu bapa membayar yuran. Sehingga ke akhir tahun supaya sekolah dapat
mengutip yuran yang mana sebelum ini hanya dikhaskan kepada masa permulaan
persekolahan sahaja.
DR.25.3.2010
166
Apakah benar bahawa KWAM ataupun amanah untuk pelajar-pelajar miskin ini
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah tiada ataupun menyusut jumlahnya
berbanding dengan dahulu. Juga biasiswa sukan untuk pelajar-pelajar di sekolah sukan.
Begitu juga Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga
yuran tuisyen. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian
agar ibu bapa lebih jelas dengan apa yang telah berlaku di dalam Kementerian
Pendidikan pada hari ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah khabar ini hanya
merupakan khabar-khabar angin yang kita dengar di tepi-tepi jalan ataupun ia
merupakan perkara yang sebenar berlaku. Ini kerana banyak keluhan yang saya terima
daripada ibu bapa berhubung dengan pengurangan perbelanjaan seperti mana yang
telah saya sebutkan tadi.
Keduanya berhubung bidang kesihatan. Satu perkara yang juga menjadi
masalah kepada rakyat pada hari ini adalah pelaksanaan full paying patient ataupun
sebelum ini disebut sebagai private wing in major government hospital. Saya telah pun
menyentuh perkara ini dalam perbahasan pada sesi yang lepas iaitu Parlimen yang ke
sebelas kalau tidak silap saya dalam tahun 2005. Berhubung dengan private wing dalam
hospital kerajaan ini kita memberi perhatian khusus supaya benda ini tidak
dilaksanakan. Akan tetapi khabarnya daripada jawapan yang telah diberikan kepada
wakil dari Sungai Siput ianya akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan semua
hospital-hospital besar kerajaan yang mempunyai pakar.
Ini memberikan masalah kepada rakyat kerana pesakit akan ataupun pesakitpesakit
tertentu yang mempunyai wang akan membayar kos perkhidmatan untuk
mendapat rawatan pakar yang sama yang merawat pesakit-pesakit yang tidak
membayar di hospital yang sama. Ini sudah pasti akan menimbulkan conflict of interest
kerana mereka terpaksa melayan pesakit yang membayar. Maknanya swasta di hospital
awam ini melebihi rawatan terhadap pesakit biasa yang tidak membayar seperti petani,
penoreh getah dan juga lain-lain kategori yang tidak membayar di hospital berkenaan.
Sebenarnya fokus utama memberi rawatan tentulah oleh pakar ini kepada
mereka yang membayar. Walaupun dikatakan hanya boleh dilakukan perkhidmatan ini
selepas waktu pejabat. Ini kerana seperti mana yang kita tahu sakit ini dia tidak datang
sebelum waktu pejabat ataupun selepas waktu pejabat. Masa dia datang maka ketika itu
doktor sedang merawat pesakit yang dibayar ongkosnya untuk mendapat rawatan pakar
tersebut. Maka sudah tentulah doktor pakar ini akan memberi tumpuan kepada mereka
DR.25.3.2010
167
yang membayar daripada mereka yang tidak membayar. Inilah yang saya maksudkan
sebagai mempunyai conflict of interest di dalam memberi rawatan.
Kita hendaklah mengetahui bahawasanya 60% daripada rakyat kita ini daripada
28 juta masih lagi tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat perkhidmatan rawatan
pakar yang berbayar seperti mana di hospital swasta. Tuan Yang di-Pertua pelaksanaan
skim full paying patient ini dilakukan adalah satu usaha untuk menghalang daripada
doktor pakar berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi kerajaan kena membuat kajian
yang lebih. Kalau hanya dua hospital iaitu Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya
yang dibuat kajian saya rasa ini belum cukup mampu untuk memberikan keputusan.
Bahawasanya ia wajar dilaksanakan di hospital dalam negara kita ini.
Tujuannya adalah untuk menghalang daripada doktor berhijrah daripada sektor
awam ke sektor swasta. Ini kerana memang diketahui di sektor swasta mereka
mempunyai memberi imbuhan yang lebih. Salah satu daripada puncanya adalah dengan
kewujudan banyak hospital-hospital swasta di satu-satu tempat. Jadi saya harap pihak
kerajaan ataupun kementerian perlu memberi perhatian supaya seboleh-bolehnya
mengehadkan jumlah hospital-hospital swasta bergantung kepada jumlah penduduk di
sesuatu kawasan tersebut. Ini kerana jika sekiranya terlalu banyak hospital swasta
memanglah ia akan menjadi faktor penarik kepada doktor-doktor pakar tersebut
mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik kepada doktor-doktor pakar.
Memang telah diwujudkan sekarang ini skim yang disebut sebagai LOCAM.
Sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kurangnya penghijrahan doktor-doktor
pakar ke sektor swasta. Akan tetapi ia tidak boleh menyekat terus mereka ini daripada
pergi ke sektor swasta. Pada masa ini diketahui bahawasanya keseluruhan doktor yang
ada dalam negara ini 30% daripada mereka berada di sektor awam terpaksa merawat
70% pesakit yang datang -berbanding dengan 70% mereka yang berada di sektor
swasta merawat 30% pesakit yang pergi ke sektor swasta.
Oleh kerana perkhidmatan yang tidak seimbang inilah sudah tentu akan
menjadikan sektor awam membebankan mereka-mereka yang masih tinggal di
perkhidmatan awam tersebut. Kita amat bimbang pelaksanaan full paying patient ini
bukan nanti menghalang doktor daripada berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi ia akan
menambahkan lagi peritnya ataupun menambahkan jumlah doktor yang pergi ke sektor
swasta. Ini kerana yang berada awam ini terpaksa merawat pesakit yang ramai jadi
mereka pun merasa bebanan terpaksa merawat pesakit yang ramai tersebut lebih
DR.25.3.2010
168
baiklah mereka berhijrah ke sektor swasta. Jadi saya rasa ini merupakan satu faktor
yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua usaha ini memang daripada awal lagi sudah nampak
bahawasanya usaha-usaha untuk menswastakan hospital awam yang telah diuaruarkan.
Sebelum ataupun pada zaman Perdana Menteri dahulu lagi pun kita sudah
dengar. Ini kerana dalam masa sekarang ini sekurang-kurangnya enam perkhidmatan di
dalam hospital sudah pun diswastakan iaitu pembekalan wad, dobi, pembersihan,
pelupusan sisa perubatan semuanya ini sudah pun diswastakan di hospital awam. Jadi
kemungkinan salah satu daripada caranya untuk tidak menampakkan sangat
penswastaan ini ataupun keputusan diswastakan adalah dengan mewujudkan full
paying patient di dalam hospital awam.
1850
Satu lagi perkara dalam bidang perubatan ini, saya berasa amat kesal apa yang
disebutkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada 17 Mac pada tahun 2010
ini mengatakan kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat ke rumah melalui
pos laju. Ini satu perkara yang saya rasa perlu di fikir semula oleh pihak kementerian
kerana saya juga ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dapat diberi rawatan
melalui pos laju ini. Ini kerana setiap rawatan yang kita hendak berikan kepada pesakit
mestilah melalui pemeriksaan, melalui diagnosis barulah kita memberi rawatan kerana
kalau dia kata hanya untuk menyambung rawatan, penyakit apa pun, rawatan apa pun
yang hendak kita berikan kepada pesakit, mestilah kita melihat pesakit itu terlebih
dahulu. Walaupun kita katakan penyakit kronik misalnya darah tinggi, kencing manis,
mereka ini perlu dilihat, diperiksa tekanannya, diperiksa kandungan gula di dalam
darahnya, barulah kita boleh memberi rawatan.
Apakah pula sekiranya kita memberi rawatan yang lama misalnya dua bulan
ataupun tiga bulan, padahal tidak melakukan pemeriksaan. Ini sesuatu perkara yang
perlu diberi perhatian dan di fikir semula oleh Ketua Pengarah ataupun pihak
Kementerian Kesihatan. Seterusnya tentang konsep Klinik 1Malaysia, juga saya
rasakan satu perkara yang perlu di fikir semula oleh Perdana Menteri kerana daripada
apa yang kita lihat, akta 586 yang digazet pada tahun 1998 berhubung dengan
pembukaan klinik swasta, perkhidmatan perubatan swasta. Walaupun ianya bukan
Klinik 1Malaysia ini bukan klinik perubatan swasta tetapi mungkin ianya tidak terletak di
bawah pusat kesihatan ataupun tidak terletak di bawah mana-mana hospital, hospital
daerah ataupun hospital besar, ia mestilah dikendalikan atau mengikut akta ini mesti
DR.25.3.2010
169
dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan. Ia tidak boleh dikendalikan oleh
pembantu perubatan kerana tanggung jawab terhadap pesakit ini merupakan satu
tanggung jawab antara hidup dengan mati.
Apa yang berlaku kepada pesakit, dia mempunyai risiko kepada orang yang
merawat tersebut. Seandainya sesuatu berlaku ke atas pesakit, apakah Pembantu
Pegawai Perubatan ini mempunyai autoriti untuk menjawab ataupun memberi maklum
balas terhadap kesan sampingan yang berlaku kerana sebuah klinik mesti dikendalikan
oleh seorang doktor bertauliah yang mendapat tauliah daripada Malaysia Medical
Counsil (MMC) dan juga sijil amalan, ianya mestilah diperbaharui setiap tahun. Jadi
saya tidak tahulah Klinik 1Malaysia ini apakah selain daripada rawatan demam, batuk
dan selesema yang diberikan oleh Pembantu Pegawai Perubatan tersebut kerana satu
kajian yang telah dibuat oleh Doktor T. Jayabalan yang mewakili Majlis Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) juga merupakan penasihat kesihatan kepada Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAPP), dia mengatakan Klinik 1Malaysia ada Pegawai
Pembantu Perubatan yang memberikan ubat yang silap kepada pesakit. Kejadian
berkenaan di Kampar, Perak.
Mereka memberikan preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang
membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian, sebab
pembantu perubatan ini dia hanya boleh memberikan ubat pada Kategori C, manakala
Kategori B dan A tidak boleh diberikan. Jadi maknanya mereka ini tertakluk kepada
regulation Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan. Ada juga yang didapati gagal
mengenal pasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik ini, seandainya tidak dapat
membuat diagnosis, maka mereka tidak dapat melakukan rawatan yang sebenarnya.
Jadi inilah merupakan kesilapan yang berlaku pada Klinik 1Malaysia.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pelajar cemerlang
yang banyak disebut oleh sahabat-sahabat kita tadi, saya juga agak keliru dengan
kategori pelajar cemerlang yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran pada
keputusan 2009 yang lepas. Pelajar cemerlang tersebut adalah Gladys Tan Yee Kim
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat 10A+.
Sememangnya kita mengucapkan tahniah kepada beliau tetapi ada lagi-saya hendak
tahu bagaimanakah pengkategorian pelajar cemerlang ini kerana kalau kita lihat
daripada pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, saudara Zamir Izzat
Abdul Raihan, dia mendapat 14A, 13A+ dan 1A serta hafiz 30 juzuk dan juga Ahmad
Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhamadi Lelaki mendapat 15A, 12A+, 2A dan 1ADR.
25.3.2010
170
dan juga Habibah Hanan Mat Yusof Maahad Muhamadi Perempuan mendapat 15A,
10A+. Jadi kita tidak tahu kategori bagaimana yang dikatakan ianya cemerlang, adakah
bergantung kepada “A+” yang banyak ataupun sama ada sekolah, sama ada sekolah
menengah biasa ia masuk dalam kategori cemerlang, kalau sekolah yang bukan
sekolah menengah biasa tidak termasuk dalam kategori cemerlang ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur sedikit kepada
Kementerian Penerangan berhubung dengan apa yang berlaku di negeri kedah, kita
semua tahu bahawa negeri Kedah satu-satunya orang kata RTM ini menyiarkan
laporan-laporan setiap malam daripada pembangkang. Kalau negeri-negeri lain tidak
ada laporan daripada pembangkang tetapi negeri Kedah ini memang, kalau rakyat tidak
bayar kos rumah rendah pun masuk dalam TV, kalau rakyat mempunyai masalah air
pun masuk dalam TV. Ini semua dipelopori oleh mereka dari golongan pembangkang.
Jadi saya rasa inilah satu-satunya pembangkang yang mendapat tempat dalam
RTM, jadi saya harap selepas ini pihak RTM, tolong-tolonglah memberi juga liputan
kepada Menteri Besar yang merasmikan program-program yang dibuat oleh pihak
negeri yang memerintah di negeri Kedah masa kini. Ya, sila Yang Berhormat Kota
Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat, dua
malam yang lepas...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Ringkaskan soalan, kerana dia ada dua minit sahaja Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Dua malam yang lepas rakyat Kota
Belud diinterview oleh RTM dan TV3 berkaitan dengan masalah di kawasan saya. Jadi
tidak ada satu pilih kasih yang dibuat oleh RTM ataupun TV3 tentang masalah dan
aduan rakyat, asalkan aduan dan masalah rakyat itu adalah legitimate atau sah, hendak
beritahu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kepada
Yang Berhormat Kota Belud, saya harap perkara yang sama juga boleh berlaku di
negeri Kedah apabila Menteri Besar turun untuk merasmikan program-program atau
apa-apa untuk rakyat maka disiarkan juga di negeri Kedah, Kelantan.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Maknanya Menteri besar
kita boleh beri penjelasan kenapa, contohnya masalah air berlaku, masalah rakyat tidak
DR.25.3.2010
171
membayar perumahan awam kos rendah, kenapa ini berlaku. Jadi saya rasa perkara ini
perlu diberi perhatian, rasa saya itulah apa yang saya hendak cakap pada hari ini,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.