Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 15, 2010

Apa nak jadi!
Apa dah jadi!

Terkejut beruk juga bila membaca apa yang keluar dalam akhbar hari ini bahawa syrikat GLC yang rugi dan CEOnya diarah bercuti, Sime Darby telah mendapat CEo yang baru dan ini diumumkan oleh Pengerusi dia, Tun Musa Hitam, bekas TPM di zaman Dr Mahathir yang sokong judi bolasepak diberikan lesen kerana kata dia orang Cina suka berjudi. Orang Islam tak boleh berdosa , tapi memiliki kilang arak , tak pa kot, kena tanya dia la, mungkin dia lebih arif dalam hal-hal macam ni, dulu dia pernah mengaku dia ulamak juga.!

Apa yang ana mushkil bukan apa, nak lantik CEO baru ni, kita semua tahu beliau ni dulu pernah berada di Felda dan baru semalam didedahkan oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi akan kemelut yang dihadapi Felda sejak PM mengambil berat orang felda dan pengurusan feldan , katanya pasai felda ini bapa dialah yang punya perancangan dan memulakan, maka sebagai mengambil tanggung jawab maka dia kena ambil berat. Dari cash yang ada RM 4.5 billion, la ni tinggal hanya RM 200 juta saja, begitu juga kemelut pejabat yang nak dibuat terpaksa beri deposit dulu smpai 40 %. Amboi lumayan la macam tu, sapa tak mau, kalau belum apa-apa dah dapat 40 % daripada kos nak buat projek, seronok sungguh depa pakai duit macam mai dari kocek tok wan depa.

Bila jadi macam tu di Felda, la ni mai jaga Sime Darby yang diberitakan rugi sampai RM 1.6 billion sampai CEO lama kena cuti sampai habis kontrak dia tu. Ana masih ingat lagi hari tu masa Pak Lah jadi PM, majlis pelancaran NCER di padang bola MADA Ampang Jajar, kos majlis pelancaran saja memakan belanja sampai RM 11 juta, masa tu Sime Darby la jadi peneraju dia , kalau ana tak silap nama dia punya CEO yang kena cuti ni lah.
Bukan apa, rakyat takut jadi macam tikus nak baiki labu , dulu lesap hak ni ghuyup , yang nak tanggung nanti duit dari dana rakyat juga.
Alahai, apalah nak jadi kat Malaysia ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.