Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 14, 2010

Kesian dia, sampai bila nak jadi macam ni!!

Sah dan termaktub sah bahawa memang apa yang di sebut oleh Pengerusi Berjaya Group tu benar dan betul walaupun hendak dinafikan oleh beberapa kerat orang kuat kerajaan takut orang Islam marah pasal mereka nak judi, halalkan judi supaya tak ada judi yang 'haram' lagi dan bapak polisipun senang nak benteras judi 'haram' kononnya.

Ini disahkan sendiri oleh bapak penasihat yang menjadi idola puak 'Melayu Bangkit' di Stadium di Kuala Terengganu bahawa 'orang Cina suka kepada judi, pasai tu kena bagi lesen' lebih kurang macam tulah bunyi nya apa nama dia kata di Melayu Bangkit tu. Kata dia yang depa tok tentang judi ni bukan pasai ugama sangat, tapi pasai politik.

Ana agak macam tu juga alasan dia beri bila sebut pasal hudud yang Kelantan nak laksanakan dulu bila dah lulus didalam DUN , dia sebut nanti busuk habis kerana banyak tangan kena potong dan ramai orang Islam tak boleh kerja pasai dah kudong tangan. Alasan dari seorang manusia yang dah lebih daripada nyanyuk dan elok kena ikut kata Allahyarham Ust Fadhil Nor, kena boh serban masuk pondok dan mengaji rukun iman dan Islam serta baca kitab feqah balik la, sebelum Allah jemput nyawanya yang sengaja dipanjangkan agar boleh bertaubat dan sedar untuk kembali kejalan yang lurus mengikut apa yang ada didalam Quran dan sunnah yang dibawa ajaran kepada kita oleh para ulamak.
Harap janganlah Tun didalam usia yang ada ni nak tolong promosi benda-benda yang Allah jelas murka dan orang bukan Islam pun tak setuju ianya nak ditambah lagi didalam menu judi yang sudah muak bagi mereka. Kalau dah 12 kali seminggu nak ditambah dengan judi bola lagi, mana sempat depa nak main, yang suka dan terlalu gembira sudah tentulah taukeh juga dan orang yang seangkatan dengannya serta mereka yang mendapat faedah daripada janji RM 252 juta yang bakal dia derma tu.

Nak takut apa, derma banyak tu kalau yang bakal dia dapat mengikut perkiraan orang yang arif , dia boleh cekau satu hari 1 billion.
Nak heran apa dengan sokongan manusia yang suka judi ini kerana memang kehidupan dan kemenangan mereka dah disponsor oleh duit judi ini. Buka pi lah kitab mana pun, hulumnya memang tak boleh dakwa dakwi lagi dah.

Didalam ayat Allah jelas digambarkan pasal arak dan judi ini didalam satu ayat, jadi bila sebut judi, rakannya adalah arak, maka tak heranlah kalau ada orang yang sokong judi ni ada yang punya kilang arak jugak, kalau tak percaya sisat tengoklah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.