Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 14, 2010

Bila jadi kerjasama nak dilaksanakan.

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Peralatan kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat kita sudah sejam setengah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Boleh saya...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sedikit sahaja Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Kalau hendak ucap yang elok-elok itu saya
setuju teruslah.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang elok lah ini. Saya
hendak cakap yang elok-elok sahaja. Tiada yang tidak elok melainkan elok.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya setuju.
DR.9.6.2010 44
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Berhubung dengan peralatan
kesihatan yang disebutkan oleh menteri tadi ini. Kita telah mendengar beberapa kali
daripada Kementerian Kesihatan akan mengadakan rang undang-undang peralatan
kesihatan untuk mengawal kegunaan peralatan kesihatan yang dijual secara langsung
ini. Misalnya saya sebut beberapa kali dalam Dewan tentang sonotron, mesin untuk
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit tetapi belum disahkan oleh Kementerian
Kesihatan sebab kita tiada rang undang-undang peralatan kesihatan. Jadi saya rasa ini
perlu diberi perhatian oleh kementerian supaya bersama-sama dengan Kementerian
Kesihatan supaya mereka tidak menipu rakyat dengan peralatan-peralatan sebegini. Itu
sahaja. Baik kan? Soalan yang baik.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Soalan yang baik dan saya bersetujulah
dengan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.