Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, June 19, 2010

Tiang gol diubah lagi sempena Piala Dunia.

Nampaknya kehangatan bolasepak Piala Dunia sudah tertempas kedalam negara dan apa yang menghairankan pemain semua adalah bilamana tinag gol tiba-tiba diubah apabila bola sudah hampir nak memasuki kedalam jaring gol.
Sikap flip-flop yang ditunjukkan oleh SPR saperti apa yang berlaku kepada YB Batu amat berlainan daripada apa yang ditunjukkan oleh badan "bebas" ini kepada YB Kota Seputeh , Kedah pada tahun lepas.
Dalam hal terbaru saperti yang berlaku kepada YB Tian Chua dimana mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda dua ribu dan penjara 2 bulan , mengikut YB Karpal Singh telah gugur keahlian Dewan Rakyat beliau mengikut perkara 48 1 (e) Perlembagaan Persekutuan dan mengikut Perkara 53 (1), maka majlis Parlimen perlu mengambil keputusan mengenainya.
Berbagai ulasan yang boleh dibuat oleh ahli undang-undang dan berbagai versi pula boleh dibuat berhubung keputusan majlis parlimen . Ana rasa kes yang sama mungkin terjadi kepada DUN mana-mana negeri pun , kalau nak beza pun tak lah banyak sangat. Disini bukan kita nak membicarakan pasal apa yang termaktub, tetapi melihat bagaimana yang berlaku kepada 3 ADUN di Perak sebelum dirampas kuasa dan apa yang terjadi kepada Speaker Negeri Kedah yang terpaksa naik turun mahkamah serta apa yang berlaku kepada kes YB BAtu ini, ia bagaikan tak selari dan selaras dengan apa yang tertera didalam buku perlembagaan.
Dalam hal Perak, mengikut perlembagaan pasal 51, seseorang ahli boleh melepaskan keahlian keahlian melalui surat yang ditandatangani, saperti yang digambarkan mereka yang 3 orang tu dah buat surat kepada speaker letak jawatan juka lompat, tetapi dikatakan masih kekal lagi kerusi depa, pening juga kita.
Begitu juga dengan apa yang terjadi di Kedah, kalau kita bandingkan dengan apa yang termaktub didalam Perlembagaan pasal 52(1), mengenai ketidakhadiran selama enam bulan m maka gugur keahlian tetapi di DUN Kedah 2 sidang berturut-turut, maka gugur, maka sudah jelas apa yang terjadi, kena kosongkan kerusi.
Tetapi yang hairannya bila berlaku begitu, jenuh YB Dato' Dr Isa
kena naik turun mahkamah pasai SPR kata tak gugur kerusi dia, tetapi sampai la ni mahkamah kata kosong tapi SPR tak boleh nak istihar PRK. Mana satu yang lebih kuasa pun , rakyat sudah nani dah la ni.
Dalam hal YB Batu ni, ikut kata peguam dah gugur dah, dah kosong dah kalau mengikut pasal 48 1 (e), tetapi SPR masih lagi nak dapatkan pengesahan majlis Parlimen , kena tanya Speaker dulu dan kalau speaker kata kena kosong baru boleh kata kosong. Memang hakim yang buat keputusan kata dia tak mahu PRK diadakan kerana ini merugikan masa dan wang rakyat, salah tetap salah tetapi hukuman dijatuhkan jangan sampai gugur kerusi parlimen, itu yang boleh kita dapat dan faham dari hukuman Yang Arif Hakim.
Yang hairannya SPR kata kena tanya keputusan speaker pula, bila kes Kedah, kata speaker tak boleh buat keputusan walaupun dah jelas termaktub didalam undang-undang tubuh Kedah, kena tanya mahkamah, bila sampai kes Batu, kena tanya speaker pula. Ini yang dikatakan kerajaan 1 Malaysia ni kerajaan flip flop, suka ubah tiang gol.Sampai biloa bola nak masuk gol kalau macam ni.
Kalaulah SPR tak flip flop, tak lah perak jadi macam la ni, lompat sana lompat sini , kalau dah kata surat letak jawapan kalau lompat saperti dalam pasal 51 perlembagaan, dah lama bubar DUN dan kerajaan baru amat muncul dan kestabilan tercapai, begitu juga di Kedah kalau ikut speaker memang dah kosong kerusi tu dan dah boleh buat PRK dan dah tahu siapa yang menang atau kalah dah sekarang ni, dan begitu juga kalau di Batu tu, ikut perlembagaan dah kosong dan SPR boleh istihar bila nak PRK. Tetapi macam PM dan kerajaan juga lah, flip flop sana dan sini dalam buat keputusan melibatkan negara, sat gitu , sat gini sampai nak buat NEM pun masih belum tahu lagi bagaimana nak lagang, yang dia tahu apa nak taruk nama pada anak kucing yang dia baru beli tu. ana syor kalau jantan boh nama Abdul APCO, kalau betina boh nama siti aluya sonang nak ingek sampai bilo-bilo.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.