Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 29, 2010

Antara jawapan perbahasan yang diterima.

Ini antara jawapan kepada persoalan yang ana kemukakan kepada masalah banjir yang berlaku di Pendang tempoh hari , lain yang kita bahas lain pula yang dia jawab, masalahnya adalah double tracking yang dibina tu menghalang laluan air dari sungai Mada , sebab tu banyak kampong dan sawah tenggelam. Walau macamana pun kita harap pendalaman sungai Pendang akan dapat sikit sebanyak menyelesaikan masalah penduduk dan banjir ini.
Yang Berhormat Pendang telah meminta MADA mengkaji semula masalah
saliran yang cetek dan tersumbat. Beliau juga menyatakan tiada kerjasama MADA
dengan MMC, GAMUDA dan PLUS bagi menangani masalah sawah tenggelam. Untuk
makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pihak MADA sedang berusaha untuk
menyelesaikan masalah pengairan. Masalah saliran yang dihadapi adalah
ketidakmampuan Sungai Pendang untuk mengalirkan air yang berlebihan akibat dari
turunan hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
Masalah banjir yang berlaku di daerah Pendang adalah disebabkan penurunan
hujan lebat yang luar biasa dalam tempoh dua, tiga hari turut-turut. Sebagai contoh
hujan lebat pada 4 hingga 6 Jun 2010 telah mencatatkan 334 mm di Stesen Hujan
Titibong dan 212 mm di Stesen Hujan Bukit Perak. Sebagai perbandingan purata
DR.24.6.2010 105
turunan hujan bagi bulan Jun di kawasan Muda adalah 171 mm sahaja. Kesemua aliran
ini perlu dicurahkan ke Sungai Pendang di mana Sungai Pendang merupakan satusatunya
saliran utama yang mengalirkan air yang berlebihan ke Sungai Kedah.
Untuk makluman Yang Berhormat pihak MADA sedang melaksanakan kerjakerja
memperdalam dan memperlebar Sungai Pendang dari pekan Pendang ke Titi Haji
Idris sepanjang 12.5 kilometer, Sungai Padang Kerbau 5.8 kilometer, Sungai Nawar 5
kilometer dan Sungai Rambai 5 kilometer. Semua kerja ini dijangka akan disiapkan pada
hujung tahun ini. Di samping itu satu projek untuk memperdalamkan dan melebarkan
Sungai Pendang dari Titi Haji Idris ke Alor Sakan sepanjang 15.5 kilometer sedang
dalam proses tawaran kontrak. Dengan siapnya semua kerja ini adalah dijangka maslah
saliran akan dapat kita kurangkan.
Dalam isu MADA dengan MMC dan GAMUDA saya ingin jelaskan bahawa pihak
MADA sentiasa mengadakan mesyuarat dengan MMC dan juga GAMUDA dan
mesyuarat yang terakhir telah diadakan pada 16 Jun 2010 untuk menyelesaikan
masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh petani.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.