Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 29, 2010

Sampai bila nak tunggu daa!

Projek Hospital Pendang Hanya Tunggu Kelulusan EPU Untuk Diteruskan


KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Hospital Pendang di Kedah yang tertangguh sejak tahun 2006 hanya menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk diteruskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu dengan kemudahan 76 katil, telah dipohon semula untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sekiranya diluluskan projek ini akan dimulakan pada suku kedua tahun depan.

"Semasa kajian separuh penggal RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan), oleh kerana peruntukan kementerian telah dikurangkan, beberapa projek besar termasuk projek ini terpaksa ditangguhkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Dr Mohd Hayati ingin tahu status pembinaan hospital tersebut seperti yang dijanjikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Bajet 2006 dan punca kelewatan dan perancangan bagi tapak tanah tersebut.

Hospital Pendang telah diluluskan dalam RMK-9 untuk dibina di kawasan tanah seluas 16.8 hektar di mana pada awalnya projek ini telah ditender oleh Jabatan Kerja Raya pada tahun 2008.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hayati berhubung permohonan beberapa pihak untuk mengusahakan tanah tapak hospital tersebut dengan tanaman kontan dan mahu kawasan itu dibersihkan, Rosnah berkata permohonan itu tidak boleh dipenuhi kerana hak milik tanah telah ditukar kepada Kementerian Kesihatan.

"Permohonan itu tidak boleh diluluskan kerana tanah tersebut telah ditukar milik kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian juga akan memantau supaya tanah tersebut tidak diceroboh di samping mengarahkan pejabat kesihatan daerah berdekatan untuk membersihkan kawasan tersebut," kata Rosnah. - BERNAMA

Ana timbulkan soalan ni bukan pasai pa, orang kampong dan sekitar kawasan tengah dok gaduh pasai banyak babi hutan yang bersarang dalam tu keluar mengganggu tanaman sekitar dan ada juga dijumpai ular sawa yang besar bersarang disitu. Oleh kerana hutan tu dah naik tebal, maka ini juga dijadikan kawasan perlindungan penagih dadah bersembunyi dan menjalankan kerja mereka.

Sebelum ini ada orang nak sewa nak tanam nenas atau jagong, tetapi hantar permohonan kepada Kementeria, langsung depa tak beri jawapan. Dan sekarang dikatakan nak tunggu EPU, tak tahulah entah bila nak lulus tu, kalau lambat lagi diharap pihak Kesihatan bersihkanlah sikit kawasan hutan tu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.