Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, September 3, 2010

Sambutan Merdeka di Pendang.


Merdeka, merdeka, merdeka.
Oleh kerana bulan puasa, maka sambutan kemerdekaan ke 53 tetap diadakan tetapi dalam suasana berlainan daripada biasa.
Peringkat daerah Pendang telah menyambut kemerdekaan negara dengan program majlis berbuka puasa dan persembahan nyanyian lagu negaraku dan jalur gemilang.
Sambutan memang hangat kerana semua meja yang disediakan dipenuhi dengan para jemputan yang diadakan di dewan Pendang Lake Resort.
Walaupun perbarisan tidak diadakan, tetapi program berjalan mengingatkan kembali kepada sejarah perjuangan pejuang negara menuntut kemerdekaan walaupun semua memang akur bahawa suasana negara sekarang ini belum betul-betul berada didalam suasana kehidupan sebagai seorang rakyat yang merdeka kerana banyak peraturan dan undang-undang yang mengongkong rakyat khususnya mereka yang tidak sebulu dengan pemerintah khususnya kerajaan dipusat.
Program pemberian sumbangan duit raya kepada anak yatim dan mereka yang kurang berada kepada 56 orang kanak-kanak daripada pelbagai kaum di Daerah Pendang yang terdiri daripada Melayu, Siam, China dan India yang disempurnakan oleh penolong Pegawai Daerah En Norizan serta YB Dato' Taulan Rasul dan Ana sendiri.
Program petang 1 September itu diakhiri sebelum berbuka dengan tazkirah oleh Tuan Pegawai Agama Daerah iaitu Sheikh Mohamad Awang dan ana sendiri diberi masa lebih kurang 10 minit sebelum jam berbuka berdetik.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.