Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 14, 2010

Lepas satu, satu aih depa ni gadai, dahsyat sungguh...

Perjanjian Pangkalan Sungai Besi Tanpa Surat Tawaran Dan Faktor Keselamatan Negara


Cadangan memindahkan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke lokasi lain yang tidak strategik akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan dalam negara.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pihak terbabit perlu mengambil kira samada keselamatan ibunegara ini akan terjejas memandang hanya segelintir saja negara di dunia ini tidak mempunyai perlindungan keselamatan kepada ibunegara negara terbabit sambil memberi contoh pangkalan udara Andrews di Maryland Amerika Syarikat hanya terletak 13km dari pusat pentadbiran Washington DC.

Pandangan beliau juga disokong oleh ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan membentangkan kertas putih berhubungan cadangan menempat semula pangkalan Sungei Besi memandangkan tiada petanda yang menunjukkan wujud kawasan lain yang sama strategik untuk dibina pangkalan yang baru.

Sebelum itu, Tian mempertikai rasional di sebalik tindakan kerajaan tdak mengeluarkan sebarang surat tawaran (Letter of Intent) sambil menyifatkan projek kontroversi pembangunan semula pangkalan Sungei Besi lebih banyak menimbulkan persoalan.

Beliau memberikan reaksi tersebut selepas menerima jawapan bertulis oleh Menteri Pertahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya, Datuk Ahmad Zahid berkata, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimana badan penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun tiada sebarang surat tawaran dikeluarkan.

Merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan, Tian Chua berkata 1MDB telah menandatangani perjanjian dengan Mubadala Development dari Abu Dhabi untuk membangunkan pangkalan seluas 458 ekar berkenaan Jumaat lalu.

Menurutnya, perjanjian tersebut yang disaksikan oleh Najib membabitkan pembangunan semula pangkalan udara moden yang pertama di negara ini di Lembah Kelang kepada sebuah pusat kewangan antarabangsa (KLIFD) bernilai lebi RM26bilion.

"Jika benar 1MDB menandatangani perjanjian tersebut, maka jawapan yang diberikan oleh Zahid adalah mengelirukan memandangkan sesuatu projek itu tidak boleh ditawarkan kepada sebuah syarikat tanpa surat tawaran," katanya lagi.

Tian Chua menambah, kerajaan juga perlu jelas dengan dasarnya berhubung perkara ini kerana jika alasan utama mereka ialah kerana harga tanah di kawasan tersebut adalah tinggi, maka tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk memindahkan lagi pangkalan udara tersebut jika harga pasaran hartanah meningkat lagi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.