Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 6, 2008

Minyak tak naik pun, harga macam tu juga.


Cite pasal harga minyak ni, ana rasa sahabat kita dari UMNO ni,Pak Lah buat apa pun demo kata itu semua adalah untuk menjimatkan wang negara agar pembangunan dapat diteruskan. Depa kata minyak naik pun kita masih juga dapat naik motosikal, kalau dulu kami buboh tangki RM 5.00, sekarang pun kami buboh 5 ringgit juga, macam tu juga motor kami berjalan. Tak semput pun. Kalau habis kami buboh lagi 5 ringgit, macam orang lain juga. Bangang sungguh sahabat kita UM No more tu, terang la macam mana pun, ulas la lagu mana pun ,depa masih kata pak lah betoi juga macam tu la, walaupun Dr M kata pak lah tak betoi, depa kata pula Dr M yang salah, ana bukan nak sokong Dr M, pasal dia pun macam tu la dulu, tapi kalau dah tak berkuasa barula dia nampak tak betulnya orang semasa berkuasa.
Sampai minyak dalam tangki habis, kena tolak motor pi stesyen minyak pun, depa kata kami masih boleh isi tangki macam dulu juga, minyak tak naik harga pun, sentiasa masuk tangki 5 ringgit juga.Stesyen minyak tak kata minyak habis pun. Tak tau la, depa ni cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh nak ajau. Tak caya tengok gambar ni, ana tq kepada penarik beca, ambik gambar daripada blog dia la ni. Harga dulu boleh dapat satu botol, harga yang sama la ni hanya boleh dapat 1/2 botol. TQ BN (barang naik) kerana telah mengajar rakyat erti kemenangan yang diberikan kepada jenis penyamun orang minyak.

Apa yang kita dapat dari Petronas.


Selain dari 3.5 juta ringgit yang dibelanjakan untuk membiayai Petronas Philharmonic sebulan ditambah lagi dengan belanja hangus yang disenaraikan dibawah dan masih banyak lagi yang kalau nak dikirakan memang boleh hangus kantung semua rakyat sebab tu lah bila PM kata kerajaan tak dapat beri lagi subsidi, maka kita dah tahu sebelum PRU lagi, tetapi demi nak jaga supaya boleh menang lagi, maka tak naik hinggalah mereka menang maka dengan senang hati dinaikkan harga bukan sekupang, dua kupang tapi tujuh kupang lebih dan 1 ringgit , inilah hadiah PM kepada rakyat yang sentiasa setia mengundi Barang Naik . Bagi pengundi Barang Naik, memang inilah yang mereka relakan diri sampai satu ketika dulu, wakil Pasir Puteh kata kalau munyak naik 4 kupang pun dia sokong kerajaan, tetapi bila PRU 12 berlalu, dia tak lagi jadi calon parlimen dan kalah di DUN. Nasib la penyokong Barang Naik ooi.
Pemerhati politik berpendapat wang Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat dan dilihat hanya menguntungkan pemimpin Umno dan kroni-kroninya seperti senarai di bawah :

i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman

ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.

iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.

iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.

v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion

vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta

vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion

viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta

ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Semua yang berlaku ini dilihat hanya untuk menyelamatkan dan mengkaya pemimpin semata-mata termasuk mengekalkan kuasa yang sedia ada.

Siapa nampak pengecut dalam gambar diatas, satu pihak bawa poster dan banner, satu pihak siap dengan perisai, cota dan ada yang bawa peluru hidup, nak tembak orang la tu, bukan nak tembak Babi Negara. Gambar demo naik minyak di Sungai Petani. Insyaallah kalau pak lah masih pekak badak lagi, lagi ramai rakyat akan turun kejalanraya.
Tapi kena ingat, ana dengar kata memang sengaja dinaikkan minyak, agar rakyat naik minyak dan tunjuk perasaan macam Dato' H buat di Kelantan dulu, pas tu boleh buat Mageran dan depa ambik habis negeri di bawah PR. Ingat sikit wahai sahabat semua, taktik licik tok wazir perdana kita ni dan sahabat altantunya serta orang tingkat 4 ni.

Thursday, June 5, 2008

Minyak kita paling murah.


Tertarik dan tersentak ana bila melayari laman web mtetiba terjumpa apa yang dikatakan kitalah negara yang termurah harga minyaknya. Maka seluruh pelusuk negara pun percayalah akan kelentongan memanda PM kita yang dikasihi oleh anak dan menantu itu. Alkisah maka terlakarlah satu sejarah yang akan ana paparkan dibawah ini hasil dari blok Tun Dr Mahathir dan Tranung kite untuk tatapan kita semua dan berilah sedikit pemehatian terhadap apa yang berlaku disekitar kita dan dunia global sana. Jangan jadi macam katak yang duduk bawah tupperware , nampak diluar, nak keluar tak boleh, bahkan suara pun tak berbunyi. Cuba renung dan kaji sendiri sebelum menerima semua alasan bengap yang diberikan untuk ditelan oleh semua rakyat.
UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter
MALAYSIA– RM2.70/liter
PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.
Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 litre maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!
KESIMPULAN MINYAK MALAYSIA (RM 2.70 per liter) TERSANGAT MAHAL BERBANDING MINYAK VENEZUELA (RM 0.16370742 atau RM 0.16 jika dibundarkan)!
Perbandingan statistik di atas adalah berdasarkan maklumat semasa pada hari ini!
SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA
sebelum 1990 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

Zaman Pak Lah kita mula memerintah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Tengah Malam ini (05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )
Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money.

But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also increased greatly.
Kalau pengerusi petronas sendiri kata kerajaan ada duit nak bagi harga murah, apa lagi alasan Pak Lah nak kata kerajaan kena naikkan harga. Kalau banding dengan USA dan England dan Singapura, kenapa tak bandingkan juga berapa pendapatan perkapita mereka dan berapa harga kereta mereka, kalau tak student kita yang balik tu taklah bawa berbagai Mers dan BMW.
Hai apa lah nak jadi dengan negara tanah airku yang mewah tapi rakyat merana ni. Tak kan nak tunggu sampai PRU 13, kut, lambat sangat nak ubah kerajaan.

Tuesday, June 3, 2008

Baru secebis tempias Nargis




2/6/2008.
Peristiwa bulan lalu berulang lagi. Kali ini di Kampong Bendang Bukit, dekat Paya Rawa, Pendang. Lebih kurang jam 2.30 petang, angin ribut yang kuat telah melanda kampong tersebut dan 9 buah rumah terlibat dengan kerosakan. Kebanyakan rumah telah diterbangkan bumbong oleh angin kencang dan nasib baik tidak ada kemalangan jiwa. Ana telah diberitahu oleh sahabat lebih kurang jam 3.00 petang dan jam 4,30 ana bergegas ketempat kejadian bersama SU Kpg Bendang Bukit , Sdr Shukur dan di temani Saudara Hashim OKU dari Pulau Nyior dan Sdr A Rahman Ahmad PA ana yang setia serta AJK cawangan. Ana melawat dari rumah kerumah dan menasihatkan mereka agar bersabar dengan ujian Allah ini dan insyaAllah bantuan akan sampai sedikit masa lagi. Lalu ana pun terus menghubungi EXCO Kebajikan Kedah, YB Ustz Aishah Ghazali. Berdoalah kita moga ujian yang terkena ini memberikan kita kesedaran bahawa di Myanmar dan di China, mereka mengalami musibah yang lebih dahsyat, puluhan ribu nyawa melayang dan kemusnahan melibatkan jutaan buah rumah, begitu juga dengan kemusnahan ketika tsunami 2004 dimana ratusan ribu nyawa juga terkorban didalam kejadian ombak besar tersebut. Moga Allah menjauhkan kita dari bala besar tersebut, yang terkena kepada kita adalah peringatan agar kita sentiasa merenung segala kerja buat Allah dan apa yang dapat kita lakukan adalah berdoa dan berserah kepada Allah, elakkan diri dari terkena kerosakan sebaik mungkin.

Friday, May 30, 2008

Ana petik dari Malaysiakini berhubung dengan kemelut yang menimpa politik negara mutakhir ini dan hilangnya 2/3 majoriti BN memerintah negara kita.

Perdana Menteri boleh cuba gagalkan apa juga usaha Pakatan Rakyat untuk ambil alih pentadbiran kerajaan pusat dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya kerusi Parlimen yang baru. Keputusan muktamad sebenarnya ada di tangan Agong, untuk bersetuju. Jika tidak Perdana Menteri mesti berhenti dulu.


UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya sedang bersedia mengadakan satu pilihan raya Kerusi Parlimen secara mengejut seandainya tidak kurang daripada 30 Wakil Rakyat Barisan Nasional yang menjadi ahli dewan Parlimen melompat parti dan menjadi anggota Pakatan Rakyat -- kerana ini akan menyebabkan gagasan pemerintah kehilangan majoriti mudah di Parlimen. Bolehkah mereka lakukan perkara ini? Eloklah kita lihat apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam hal ini.

Apabila kurang sekurang-kurangnya 30 anggota BN di Parlimen melompat masuk Pakatan Rakyat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan kehilangan majoriti di Parlimen. Seandainya ini terjadi, Artikel 43 (4) dalam Perlembagaan menyatakan:

Apabila Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan Perwakilan, dan kecuali dengan permintaan Yang DiPertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen, Perdana Menteri terpaksalah mengemukakan pembubaran Kabinetnya.

Ini bermakna:

1. Apabila Perdana Menteri tidak lagi menguasai suara majoriti di Parlimen dia boleh memohon agar Agong membubarkan Parlimen
2. Seandainya Agong tidak bubarkan Parlimen, keseluruhan Kabinet mesti melepaskan jawatan.

Artikel 43(5) Perlembagaan berkata:

Mengikut: Klausa 43(4): Para menteri dan Perdana Menteri boleh memegang jawatan mengikut perkenan Yang DiPertuan Agong kecuali pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri akan tetapi mana-mana Menteri boleh melepaskan jawatannya.

INI BERMAKNA:

1. Perdana Menteri mesti melepaskan jawatannya;
2. Anggota Kabinet yang lain boleh terus pegang jawatannya tetapi dengan perkenan Agong;
3. Anggota Kabinet boleh dipecat atas nasihat Perdana Menteri
4. Mana-mana Menteri Kabinet boleh berundur, kalau mereka suka;

Artikel 40a(2)(a) dan 40a(2)(b) dalam Perlembagaan menyebut:
(a) pelantikan Perdana Menteri;
(b) menangguh keizinan untuk pembubaran Parlimen:

INI BERMAKNA:

1. Pelantikan Perdana Menteri adalah dengan ikhsan Agong;
2. Agong boleh enggan membubarkan Parlimen.

Artikel 55(2) dan 55(3) of the Constitution says:


55(2) The Yang DiPertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament.
55(3) Parliament unless sooner dissolved shall continue for five years from the date of its first meeting and shall then stand dissolved.

Ini bermakna:

1. Agong boleh bubarkan Parlimen ataupun benarkan ia terus wujud.
2. Seandainya Parlimen tidak dibubarkan bererti ia akan terus wujud untuk lima tahun dan selepas itu dibubarkan secara automatis.

Dengan kata lain, Perdana Menteri boleh cuba menggagalkan sebarang usaha oleh Pakatan Rakyat mengambil-alih kerajaan pusat dengan membubarkan Parlimen dan dengan mengizinkan pilihan raya umum secara mengejut. Akhirnya nanti, terserah kepada Agong untuk menyetujuinya. Kalau Agong tidak bersetuju bererti Perdana Menteri mesti berundur dan turut menyerahkan peletakan jawatan keseluruhan anggota Kabinetnya; tetapi terserah kalau Agong mahu menerima peletakan jawatan anggota Kabinet yang lain itu ataupun membenarkan terus meneruskan jawatan mereka, Ahli-ahli Kabinet itu boleh juga melepaskan jawatan secara beramai-ramai bersama Perdana Menteri seandainya mereka tidak bersetuju untuk terus berkhidmat.

Baru tadi ana dapat maklumat sulit dari AJK UMNO Bhg Pendang menyatakan 180 bhg UMNO sedang dalam proses mendesak Pak Lah meletakan jawatan sebagai Presiden dalam mesyuarat sulit mereka, dan seandainya tidak letak jawatan, mereka tidak akan mencalonkan Pak Lah lagi dalam perhimpunan Agong bulan Disember nanti.
Wallah hu aklam, ana tak nak komen apa-apa, entah betul entah tidak berita tu, itu kerja mereka. Memang kalau tak pernah kalah, bila kalah sekali baru tau langit ni tinggi ka rendah. Kalut tak tentu hala dan yang bawah kata orang atas salah, orang atas kata orang bawah tak dengar cakap, kita tengok lah apa yang akan terjadi. Doa orang-orang tertindas dan dizalimi telah banyak dirayu kepada Allah selama ni. Mungkin ini masa Allah nak tunjuk jawapanNya.
Allah Aklam.

Bajet tambahan Kementerian Kesihatan.

29 May 2008.
Pasal bab kesihatan ni, ana bangun banyak kali nak bahas bajet tambahan berhubung dengan pengurusan hospital dan pesakit dalam.
Ana nak tanya, bilakah hospital Pendang yang dijanjikan dalam RM 9 ni nak dimulakan, dulu masa PR Kecil Pendang 2002, dah macam nak start dah, tapi lepas tu mana hala jadi pun tak tau, lepas tu senyap sampai la ni.
Kedua pasal masalah FPP ni la, doktor dah bagi khidmat, pesakit dah bayar, tapi doktor belum terima duit pasal pesakit bayar kedalam akaun hospital atau kerajaan. Nak tunggu faedah simpanan naik dulu kut baru nak bagi balik. Bagaimana pula dengan nurse, pembantu saperti attendan dan HA serta yang lain-lain terlibat, adakah kos yang dibayar hanya untuk pakar sahaja.
Satu lagi pasal orang asing yang nak mendapat rawatan, kena deposit katanya sampai RM 800, nak masuk wad. Itu klas 3, kalau klas 1 tak tau la banyak mana kena bayar.Tapi kalau Dr kata wajib masuk wad dan tak mampu nak bayar, maka dr kena isi borang jaminan yang katanya Dr kena tolong bayar, nak tanya betul ke tidak, Kalau betul macam ni tak payah admit la walaupun perlu masuk wad.
Tapi apakan daya, hanya sempat mencelah saja la, kerana kononnya masa tak cukup.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya sikit sahaja tentang full
paying patient. Sebab di Hospital Serdang saya mendapat rungutan daripada doktor
pakar mereka mengatakan pesakit sudah bayar kepada hospital tetapi mereka tidak
mendapat bayaran yang dibayar oleh pesakit terhadap khidmat yang diberikan.
Dato’ Liow Tiong Lai: Saya memang tahu ada doktor sudah menjalankan tugas
tidak dapat bayaran lagi. Ini kerana proses perbelanjaan kita dalam kementerian, kita
telah pun kita segerakan dan akan kita bayar. Memang sudah dapat kelulusan dan kita
akan bayar dalam masa tersingkat inilah. Kita akan buat ini.
29 May 2008. Pasal Kementerian luar
Ana rasa ini memerlukan satu komitment yang jitu daripada Pak Menteri yang baru ni, kita sedih melihat apa yang terjadi kepada Kemenlu kita, pegawai yang dihantar setakat ni tidak banyak dapat membantu rakyat marhaen yang teriniaya saperti saya sebut Sofiah Yusof tu, dan juga ramai yang lain yang tertipu ditangkap kera edar dadah.

3.30 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Saya ada tiga perkara sahaja yang saya
hendak minta penjelasan. Berhubung dengan pegawai-pegawai kita di luar negara in Yang
Berhormat Menteri Luar Negeri. Apabila kita pergi keluar negara, kita dapati pegawai-pegawai
yang ada di sana kebiasaannya dan kebanyakannya, majoritinya tidak pandai berbahasa
dengan bahasa di tempat tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ]
Saya ke Kazakhstan, Uzbekistan dan juga tan, tan, tan yang lainlah yang memerlukan
pegawai-pegawai ini memahami bahasa mereka kecuali Kelantan sahajalah. Kita terpaksa
menyewa jurubahasa dengan perbelanjaan yang tinggi. Sekurang-kurangnya mereka ada
yang boleh berbahasa dengan bahasa di negara tersebut, mungkin menyenangkan
perhubungan kita di sana.
Kemudian tentang atase agama seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling
tadi. Saya amat bersetuju kerana kita memerlukan pegawai-pegawai sebegini supaya kes
macam mana yang terjadi kepada pelajar pintar kita Sufiah Yusoff ini tidak berulang lagi
kepada pelajar-pelajar kita yang menuntut di negara luar. Kita bukan hanya memerlukan
pegawai-pegawai pendidikan yang berada di luar negara tapi pegawai di Kementerian Luar
Negeri juga perlu memantau mereka-mereka ini supaya mereka ini tidak kena dengan kejutan
budaya di negara-negara luar.
Akhir sekali tentang kenderaan. Saya rasa kalau kita hendak mempromosikan negara
kita, tidak salah kalau sekiranya kita menghantar sama kenderaan daripada negara kita.
Misalnya kereta yang paling top misalnya Proton Perdana. Kalau yang kita boleh eksport driver
sebelah kiri, kenapakah kita tidak boleh juga membekalkan kepada kedutaan kita dengan
kereta yang kita gunakan di sini dan juga kita bawa untuk mempromosi dan juga digunakan
oleh pegawai kita di luar negara. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tertarik ana membaca ulasan penarik beca apabila beliau menyatakan 'darah' saja yang memberikan jawapan kepada persoalan yang berlaku antara rakyat dan kerajaan. Memang macam drakula bunyinya, bila darah mengalir, baru masalah akan dapat diselesaikan. Ini yang membuatkan kita sedih, bila berlaku pertumpahan darah, maka tindakan pasti diambil saperti didalam kes penduduk Mahkota Cheras ini. Apa yang kita nampak dalam video ini merupakan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku dan dari maklumat yang diperolehi dan yang kita nampak, ianya seolah-olah pihak yang sepatutnya menjaga keamanan yang menjadikan suasana sesuatu tempat itu tidak aman, lalu apabila ada yang dicederakan, maka barulah tindakan untuk menyelesaikan masalah diambil. Nasib kita la menjadi rakyat, bagai mentimun, digelek kita kena, kena gelek pun kita kena.
Teringat ana akan apa yang berlaku di Batu Buruk tahun lepas, dimana polis tembak orang awam , sampai la ni tak dengar cerita kena tindakan pun sipolis tu. Nasib baik dua sahabat kita tak menemui ajal, kalau tidak, mungkin perkara lebih buruk akan berlaku. Sekarang siapa yang salah dan harus dipersalahkan. Sebab tu didalam perbahasan da;am parlimen baru-baru ni, ramai yang tanya pasal latihan kepada anggota polis kita ni, ada makluman yang kata pelatih polis disesetengah tempat tu adalah terdiri dari mereka yang telah di petisejukkan. Ada masalah disiplin, kalau begini berlaku, maka kita tak hairan apa yang terjadi kepada rakyat marhaen.
Nasib, nasib.

Wednesday, May 28, 2008

Bawah desak Menteri dipecat.

Ahli Parlimen BN Pertikai Perlantikan Zaid sebagai Menteri

Kabinet sudah dibentuk, tapi masih ada lagi suara-suara tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen BN. Dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2007) 2008 pada sidang Dewan Rakyat semalam, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai semula pelantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Utusan Malaysia turut melaporkan bahawa;

Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.Tambah beliau, tindakan Zaid itu yang turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan merupakan perbuatan yang memalukan.

Nah! jelas terpampang di mata semua rakyat bahawa BN kini bukan sahaja menghadapi krisis ketidakpercayaan ahli, malah kalangan kepimpinan juga mulai bertelagah. Hak ahli dan kepimpinan BN untuk menegur kepimpinan yang lebih tinggi seolah-olah tiada.

Serangan terbuka Zaid terhadap pemimpin BN lain jelas melorongkan diri beliau dalam sindiket undi tidak percaya yang mungkin boleh membinasakan kelompok Abdullah jika dibiarkan berterusan.

Persidangan Dewan Rakyat yang sewajarnya membicarakan isu-isu rakyat, kini dijadikan medan untuk pra-mesyuarat agung Umno-BN. Jika inilah bentuk usul dan pemikiran pemimpin BN, nampaknya Wakil Rakyat BN tidak layak lagi duduk di situ atas kapasiti undi rakyat. Sewajarnya mereka memohon untuk duduk atas kapasiti undi perwakilan Umno sahaja.”
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mengecam peruntukan hanya sebanyak RM100 ribu sahaja untuk sambutan hari peladang, penternak dan nelayan Terengganu sedangkan jumlah yang lebih besar boleh dibelanjakan untuk Monsoon Cup.

"Kalau untuk Monsoon Cup berpuluh-puluh juta (dibelanjakan), berpegang-pegang tangan, bergesel-gesel," kata Setiausaha Agung PAS itu sambil meminta sidang Dewan Rakyat hari ini menolak sahaja peruntukan sebegitu kecil untuk Terengganu itu.

Haji Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula mempersoalkan pemberian baja kepada petani yang akhirnya tidak boleh digunakan.

Akibatnya, kata Ketua Penerangan PAS itu, "bawah rumah (petani) penuh dengan baja yang tidak boleh digunakan". Begitu juga dengan racun, kata beliau.

Beliau juga menyatakan kebimbangan tentang kemungkinan syarikat yang berkepentingan yang tidak dapat menjual baja yang dikeluarkannya menukar jenama untuk masuk dalam skim insentif baja kepada petani.

Perkara sedemikian, katanya, akan memberi kesan yang tidak baik kepada pertumbuhan yang dijangkakan.

Beliau juga membangkitkan masalah petani yang tidak cukup bimbingan manakala pegawai-pegawai berkaitan pula tidak mempunyai latihan yang secukupnya untuk membimbing petani.

Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) meminta diwujudkan badan kajian dan penyelidikan (R&D) untuk industri padi dan beras negara seperti International Rice Research Institute (IRRI) di Manila. Kalau getah kita ada lembaga getah, sawit kita ada lembaga sawit, koko kita ada lembaga koko, tembakau juga kita ada lembaga tembakau, tetapi kita tidak ada satu pusat untuk kaji dan buat R and D untuk mendapat padi yang baik. Kita hanya bergantung kepada MARDI yang bertanggungjawab membuat berbagai kajian termasuk cokodok, kerepek, ikan pekasan, kueh bahulu dan berbagai lagi . Dalam masa sama MARDI juga dikehendaki menjalankan kajian untuk mencari benih padi dan hasil padi yang baik.
Ana juga ada menyentuh pasal jentera bajak 3 dalam satu yang dibuat oleh petani dari Tokai Kedah yang boleh menjimatkan petani dengan banyak dalam semusim padi, dan berjanji akan memberikan brochure kepada menteri esok.

Beliau juga mambangkitkan bantuan kepada petani yang tidak dapat digunakan oleh mereka.

"Vitamin padi (yang diberikan kepada para petani) lebih teruk dari baja padi," kata beliau sambil mendedahkan vitamin padi tersebut akhirnya "duduk di bawah rumah sahaja".

Begitu juga projek pengumpulan jerami padi yang dirancang untuk dijadikan baja organik yang akhirnya "hanya jadi sampah sarap".
Juga ana sentuh pasal teknologi untuk membela kambing boer yang tak minat dengan kambing tempatan, jadi teknik srtificial insemination perlu diajar kepada pak tani agar mereka dapat melakukan sendiri proses persenyawaan ini. Biasanya kambing jenis besar ini ia tidak berminat untuk bersatu dengan kambing kita, oleh itu sukar untuk membiak kambing jenis ni, saiz dia besar, tetapi saiz kambing kita kecil.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.