Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, September 18, 2008

Terkejut dan tersentak.

Peralihan kuasa antara PM dan TPM sudah bermula. Begitulah bunyi semua berita yang ana dengar hari ni. Tapi kelmari yang didengar lain pula bunyinya. Bila Paklah beri jawatan MOF kepada Najib, dia nak lihat prestasi TPM menjaga Kewangan dan menjalan ekonomi negara, kalau OK maka cepatlah dia lepas jawatan, tapi kalau sebaliknya, mungkin 2010 pun tak boleh lepas lagi.
Begitu juga apa muslihat PM ambil alih MOD, kalau tak ada sesuatu yang akan berlaku nanti, kerana suasana dalam negara sekarang ni boleh dikatakan agak tak menyeronokkan, baik ekonomi, persefahaman kaum, keselamatan rakyat , kecelaruan politik dan berbagai lagi yang tak menentu sampai saham pun merudum jatuh.
Apakah harapan Paklah agar bila pegang MOD, maka ia akan dapat melakukan sesuatu untuk mengekalkan kuasa beliau atau untuk keselamatan rakyat, kita harap yang kedua menjadi pilihan beliau.
Begitu juga kalau DS Najib pegang MOF, apakah ia menjadi satu jerat untuk PM menjadikan alasan bahawa kalau tak pandai jana duit dan jaga ekonomi, maka tepuk dahilah nampaknya DS Najib dalam 2010 nanti, Apa yang diserah adalah kantung yangb mengering dan sudah kurus. Apakah DS Najib mampu menggemukkan semula, kalau boleh maka harapan untuk melihat Paklah turun sebelum Disember 2008 amat cerah. Maka harapan Muhyiddin akan nampak cerah disebalik terowong dan harapan Ku Li akan hancur berkecai dan menantu juga akan ghuyup kerana Jerlun sudah mempromosikan ayahandanya menjadi penasihat UMNO, sudah pasti penasihat 20 % la kut, itu ana agak saja pasal tengok fielm P Ramlee.

Wednesday, September 17, 2008

Bulan puasa bulan beramal, bulan pemberian bonus dari Allah ,rebutlah peluang ini.


Setiap kali kehadiran bulan Ramadhan ini, maka umat Islam berebut-rebut untuk membuat kebajikan dan amalan kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah cukup lumayan berbanding dengan bulan yang lain, saperti firman Allah dalam hadis khudsi bermaksud setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana puasa itu bagi ku dan aku akan memberi ganjaran kepadanya.
Dengan suasana itulah, maka semalam Muslimat PAS Kawasan Pendang telah mengadakan majlis tadarus Alquran sempena Nurul Al Quran 17 Ramadhan dan menyampaikan sumbangan ala kadar kepada ibu tunggal dan fakir miskin sekitar Pendang hasil dari sumbangan sahabat dan rakan taulan yang simpati dengan masyarakat miskin.
Majlis diadakan didalam surau markas PAS Gajah Mati dan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pendang, Dr Hjh Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Mohd Hayati Othman.


Semoga pahala diganjarkan oleh Allah kepada mereka yang memberi sumbangan dan diharap Allah memurahkan rezeki mereka dan ditahun hadapan akan bertambah lagilah sumbangan yang dapat dipungut dan semakin ramai mereka yang dapat menerima sumbangan tersebut.
Memang bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang Allah janjikan dengan pahala berlipat ganda dan setiap ruang dalam kehidupan kita ini mempunyai peluang untuk kita menjana pahala pemberian Allah walau dimana kita berada. Atas kereta kita boleh berzikir daripada hanya leka mendengar lagu-lagu yang tak berfaedah dan melalaikan, disamping ruang masa yang ada boleh kita gunakan untuk membaca Alquran, manakala disebelah malamnya banyak masa boleh kita gunakan untuk sembahyang tarawikh dan witir serta tahajjud dan bertadarus alQuran serta selawat disamping ada juga setengah masjid dan surau yang mengadakan tazkirah untuk memperingatai muslimin tentang peluang untuk menambah pahala di bulan Ramadhan ini.
Apa yang menjadi tradisi masa kita kecil-kecil dahulu , memberi kuih antara satu rumah dengan rumah yang lain apabila tiba waktu hendak berbuka merupakan saat yang amat menggembirakan, Ini sesuai dengan hadis Rasulullah bermaksud dua kegembiraan bagi orang berpuasa, kegembiraan pertama ketika berbuka dan kegembiran kedua ketika bertemu dengan Allah subhanahu wataala. Kalau dulu setiap rumah pasti akan berlambak beranika jenis kuih hasil pemberian jiran sebelah, hasil kerja tangan ibu yang membuatnya, tetapi kini kuih penuh meja bukan hasil kerja tangan ibu-ibu, tetapi hasil kerja tangan penjual kuih. Kalau kita lihat suasana pasar Ramadhan sekarang ini, dari nasi, sampai kelauk, kuih dan air minuman semua dibeli dari gerai, tidak ada yang dibuat sendiri oleh kita, maka dari situ dapat kita perhatikan mana hendak datang keberkatan didalam berpuasa kita, mana ganjaran pahala yang hendak kita harapkan, hanya dengan wang ringgit yang dilaburkan digerai Ramadhan, itulah saja yang menjadi habuan berbuka kita.
Ana kadangkala bila lihat juadah berbuka, memang rasa enak dan menyelerakan, tetapi bila lihat cara mereka menyediakan juadah tersebut, mungkin itu yang menjadi halangan. Lihat saja bila mereka memecahkan telur membuat murtabak, ada peniaga yang tidak membasuh telelur yang kulitnya disaluti najis ayam, terus dibancuh menjadi isi murtabak dan dijual serta dimakan oleh kita, dan banyak lagi kalau kita teliti dengan baik.
Perlu kita ingat bahawa didalam bulan Ramadhan sahajalah ada tarawikh, ada puasa yang diwajibkan, ada fitrah dihujungnya yang tidak ada dibulan yang lain, ada lailatul qadar. Oleh itu rebutlah peluang pemberian Allah ini.

Kabinet Pak Lah semakin kalut.



Pembentangan bajet 2009 nampaknya tak dapat nak dibahas pada sidang akan datang 13 Oktober nanti. Ana nampak dengan pertukaran potfolio menteri dari Pertahanan kepada Kewangan ni, mungkin bajet tu akan disemak semula oleh orang baru ni, kerana ia mungkin tidak sesuai dengan naluri beliau atau perlu dipinda sana sini, maklumlah orang lain buat dan orang lain terpaksa tanggungjawab pula. Walaupun kita nampak mungkin yang agak gembira DS Najib jadi menteri Kewangan adalah adik beliau yang jaga CIMB, tetapi mungkin ramai lagi yang tak berapa bersenang hati dengan suasana pindaan kabinet Pak Lah secara mengejut ini.
Beliau sekarang dilihat oleh ramai sebagai gagal menjaga ekonomi negara yang semakin merosot dan saham yang sudah jatuh macam buah nangka gugur sekarang ni dan kegagalan beliau menurunkan harga minyak yang dijanjikan pada bulan September ni nak diturunkan, tetapi bila dah jatuh sampai US 94 se tong, maka dia masih kata lain kali pula. Apakah ini janji lepas pilihanraya yang akan terus meranapkan UMNO dan BN.
Kini kekuatan beliau boleh diandaikan hanya disambung tali hayat nya oleh tentera, sebab itu baru-baru ni polis dan tentera berlatih bersama dan kenyataan ketua ATM baru-baru ni dengan jelas telah menunjukkan sedikit sebanyak hint kearah apa yang bakal berlaku kini.
Walaupun kegagalan adalah berpunca dari kegagalan PM mentadbir negara dan membetulakan ekonomi negara sejak beliau terajui Kementerian Kewangan sejak 2003, tetapi bebanan sekarang dilepaskan kepada DS Najib dan belis juga menyalahkan DSAI dalam situasi begini, dan meluahkan rasa yang terpendam dihati bahawa masalah ekonomi dan keselamatan negara sekarang adalah hasil ancaman daripada DSAI.
Kenyataan ini serupa saperti yang disebut oleh salah seorang ahli MT kepada DSAI bahawa kalau tak dapat ambil mempelam yang tinggi katakan saja ianya masam, nah sekarang boss beliau sendiri sekarang ini menyalahkan semua orang diatas kesilapan yang dilakukannya.
Hari ini terpapar berita SAPP bertindak nekad keluar dari pakatan gabungan BN. Bila disaman oleh syarikat pembekal peralatan PR, orang besar mereka katakan mereka bukan sebuah perti politik, tetapi bila nak masuk pilihanraya mereka katakan mereka parti politik. Inilah hipokritnya Bn, kalau kena saman bagai nak rak lari tak cukup tanah tak mau bayar hutang, bila rakyat tak larat bayar hutang, ligan sampai lubang cacing.
Ana rasa tertarik bila Menteri Luar kata baguslah potfolio Mneteri Kewangan dipegang DS Najib, dia ada pengalaman ekonomi, dengan sendirinya beliau memperlekehkan bekas MOF yang baru lalu yang tak ada pengalaman ekonomi, tetapi bila hari pertama sahaja DS Najib masuk pejabat MOF, saham menudum jatuh dan macam biasa alasan yang diberi adalah kerana suasana serantau dan antara bangsa yang juga memperlihatkan saham menjunam juga, tapi kalau saham naik, maka kita pandai jaga ekonomi, ekonomi kita kukuh dan sebagainya. Begitu juga dengan Paklah, kata ekonomi kita bagus, inflasi kita terkawal tetapi bila suruh turunkan harga minyak, apa dia kata, kita tengok dulu. Bila dah tak mampu nak jaga ekonomi lagi, maka diserahkan baton kepada DS Najib yang sudah tentu lagi kalut didalam MOF nanti.
Satu lagi mungkin ana rasa Paklah sedang meninjau dimana punca C4 diperolehi untuk meletupkan Altantuya kerana orang yang sebelum ni tak sempat nak melarikan fail kerana pertukaran dilakukan secara mengejut dan serta merta dan berapa sebenarnya komisyen yang diperolehi oleh pembawa masuk Sukhoi dan Schopene tu, kut kut boleh cari lubang dimana dan siapa pula lepas ni boleh dapat manfaat. Jumayan saudara.....

Saturday, September 13, 2008

Konflik dalaman lebih membimbangkan.!!


Ana kesian juga tengok Paklah sekarang ni, macam sudah terbina kukuh 2 team yang menggugat beliau, tetapi yang mempertahan beliau hanya yang jadi pak angguk dan tukang kipas saja.
Dr M dengan Muhyiddin, campur DS Rais dan disokong oleh bahgian Rantau Panjang dan beberapa bhg di Perak, nampaknya mahu paklah turun cepat, bukan Jun 2010. Sebab itu mereka kata akar umbi yang menentukan corak kepimpinan masa depan bukan oleh sorang dua pemimpin tertentu. Ini jelas menunjukkan bahawa bulan Disember ni merukan bulan terakhir mentua kepada MP Rembau ni kena gulung karpet dan meninggalkan Istana Putrajaya dan balik Kepala Batas , melihat suasana di pondok penanti dan sekitarnya.
Satu golongan lagi yang mahu Muhyiddin dipecat atau letak jawatan pasal nampak nak lawan ketua . Inilah contok pak turut yang paling setia dan sayangkan ketua kerana mereka naik jadi menteri melalui saluran pintu belakang, diangkat jadi senator dan terus lantik jadi menteri, sampai wakil Pasir Salak hari tu berapi-api dengan menteri jenis ni, kata dia baru berjuang, biasa kena gantung keahlian, biasa kena pecat dari jadu ketua bahagian kerana politik wang, tapi masih dilantik jadi menteri, kami yang berjuang lama tak dilantik. Dia nak jawatan menteri la tu bila dah lawan pilihanraya dan menang pulak tu, tapi paklah tak lantik menteri ka, timbalan menteri ka.

Kecelaruan dan tentangan ini nampaknya semakin kuat dan deras sehingga desakan supaya PM akan ditentang pula oleh KU Li untuk presiden dan Muhyiddin untuk Timbalan Presiden , jadi nampaknya DS Najib akan terlepas keretapi la kali ni sebab beliau beliau masih lagi berada dalam igaun SD Subramaniam dan kes liwat suka sama suka serta sumpah Saiful . Kalau Saiful bongkar rahsia sumpah laknat beliau, maka igaun itu sudah tentu akan jadi kenyataan pula, maka sebab tu nama DS Njib tidak ada dalam senarai pertandingan Disember ni.

Ada yang lebih menarik tentang SD Subramaniam ni, bila seleaps SD pertama beliau, muncul pula SD kedua dan lepas tu terus hilang sampai hari ni. Memang benar saperti kata Menteri Dalam Negeri, polis tahan mereka kerana keselamatan mereka terancam macam pemberita Sin Chew tu la.

Ana rasa orang yang paling tak lena tidur dengan kenyataan TS Muhyiddin tu adalah wakil dari Rembau dan yang paling gembira adalah Jerlun, kerna peluang beliau untuk menjadi ketua Pemuda mendapat laluan mudah bila DS Hisham pun kata kena ikut isyarat akar umbi macam TS kata juga.

Ana bila orang sebut Dr M nak masuk semula kedalam UMNO, ana rasa ada suatu kelainan akan berlaku, kera sebelum ni semua bekas PM menghembus nafas terakhir mereka diluar UMNO, mungkin kali ni keajaiban akan berlaku dimana bekas PM akan meninggal dalam UMNO bila Dr M serah borang masuk semula UMNO.

Pening fikirkan kecelaruan dalam negara.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh "boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam".

Tetapi selepas membebaskan wartawan berkenaan hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata polis menahan wartawan itu kerana keselamatannya (Tan) terancam.

Bila pemberita tanya YAB Paklah, dia kata itu kerja Datuk Seri Syed Hamid, bila tanya DS Syed Hamid, dia pula kata itu kerja polis, bila tanya polis mana, tak mau jawab. Macam dia jawab mahu usul tak percaya dalam parlimen yang dibawa oleh Ketua Pembangkan hari tu, dia kata dari risikan polis, akan berlaku perhimpunan raksaksa di parlimen dan diadakan sekatan hampir seluruh KL sampai nak pi kerja pun susah, tiba-tiba tak ada apa yang berlaku pun, hampeh tak dak pun. Ini lah tahap Menteri Dalam Negeri kita hari ni.
Ana tak tahulah mingkin cerita bangau dan kerbau menjadi cerita rutin yang didendangkan oleh ibu DS Syed Hamid masa dia nak tiduk masa kecil dulu sehingga terbawa-bawa dalam hidup dan masa kerja sehingga hari ini.
Diman dia letak otak dia, dalam kepala atas atau kepala lutut pun tak taulah. Ana rasa anak yang baru sekolah pun faham kalau orang kena tahan polis bukan nak jaga keselamatan orang salah, tetapi nak siasat atau dakwa pasal dia salah, lepas tu masuk jel. Tapi bagi menteri yang sorang ini lain sikit daripada bapa dia singa UMNO dulu, nak jaga keselamatan orang, maka tangkap bubuh dalam ISA. Ana macam ni lebih baik sesiapa yang rasa tak selamat hidup lagi, macam PATI yang ramai tu, suruh saja Menteri tangkap dan jaga keselamatan mereka.
La ni memeang jenis ramai yang cakap merapu, entah kecelaruan yang sengaja dibuat agar rakyat semua jadi pening dan sasau. Macam mana tak pening, hari tu si Saiful yang kena liwat suka sama suka , bukan nak pi repot kat polis, tapi pi jumpa TPM mengadu kena liwat dan bila jumpa TPM, pemberita tanya bila dia pi, DS Najib kata 25 Jun, dan bila dalam repot kepada polis , dia kata kena liwat pada 26 Jun, jadi dari berita yang kita terima tersebut menunjukkan bahawa Saiful repot kat DS Najib dulu sebelum liwat tu berlaku. Bila dalam Mahkamah, pertuduhan yang dikenakan keatas DSAI adalah liwat suka sama suka, tetapi bila lepas sumpah dalam masjid yang tok Imam kena paksa jadi saksi, dia kata kena paksa pula.
Celaru fikiran rakyat dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ni dan pening habis, sampai kena bawa lari MP kita dari suasana pening ini agar mereka belajar ilmu pertanian baru dari Taiwan bukan Thailand untuk dikembangkan kedalam kawasan parlimen masing-masing. Ana hairan juga, kawasan ana dan kawan-kawan diKedah yang ramai dan luas kawasan pertanian tak pula didedahkan dengan ilmu pertanian dari taiwan ni. Ana kalau suruh belajar pertanian, setakat Thailand pun ana rasa lebih daripada cukup untuk laksanakan dalam negara kita. Bagaimana nak buat dengan rambutan durian, dokong , manggis yang berlambak dan jenuh dimusim buah-buahan lalu, sehingga lembu pun dah tak selera nak makan rumput lagi asyik makan isi cempedak lasu yang gugur saja.
Atau mungkin yang dibawa belajar itu ramai MP dari Sabah dan Serawak, maklumlah negeri mereka akan jadi jepapang padi yang baru dalam RM 10 nanti atau koridor sabah dan serawak nanti. Terfikir juga yang pi tu bukan pegawai FAMA atau MARDI yang memeang kerja mereka melakukan penyelidikan dan kajian tentang bidang pertanian, tetapi adalah MP yang ada yang berusia 60 tahun, 50 tahun, sudah sukar nak masuk ilmu teknologi baru ni.

Friday, September 12, 2008

ISA mengganas kembali bila kuasa BN hampir tumbang.

Nampaknya dengan desakan dari dalam, hayat Pak Lah sebagai Presiden makin pendek. Suara TS Muhyiddin , Hishamudin dan DS Najib sendiri sudah jelas terpancar dari naluri dalamn sekarang ini. Pemilihan dan peralihan kuasa dalam negara hendaklah mengikut akar umbi dan bukan seorang dua yang menentukan. TS Muhyidin kata peralihan perlu lebih cepat daripada 2010 kerana hendak mempersiapkan diri menghadapi PRU ke 13, dan Dato' Hisham pulak dan Najib kata kena ikut kehendak akar umbi yang sedang bersidang sekarang ini.
Sebagai regu yang dirasakan dapat menyelamatkan beliau dan menjadi lebih kuat, maka diambil hero hindustan lama yang dah pencen sebagai 'sparing partner' beliau dalam menghadapi situasi ini. Ana amat tertarik bila tuan guru Dato' Nik Aziz ulas bahawa beliau gembira kemasukan semula Tun Che Det kedalam UMNO kerana ini akan mempercepatkan kehancuran UMNO dan ini sudah tentu akan memberikan bonus kepada PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik bagi kebahagiaan rakyat semua bangsa dan agama.

Dulu janji Tun selagi Pak Lah jadi Presiden, beliau tak akan masuk kembali, ni setelah dipujuk oleh TS Muhyiddin ,maka Tun rasa Pak Lkah akan turun dan atas desakan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi ini, maka rakyat semakin yakin bahawa Paklah akan terpaksa ikut desakan ini dan terus melepaskan jawatan Presiden, cuma yang paling tak gembira adalah mereka ditingkat 4.

Ana merasakan kecelaruan yang berlaku dalam negara sekarang ini semacam satu ulangan kepada apa yang tercatat dalam sejarah negara pada masa ana masih berada dalam darjah 6 dulu lagi. Dan ini dapat diperhatikan kepada pemukiman MP di Taiwan, dan khabarnya dari salah seorang sahabt ana yang pergi, mereka sebanarnya di kaurantin macam lembu yang dibawa masuk dari luar agar tidak dapat bertemu dengan yang ada dikawasan tempatan, menyelidik segala penyakit dan merawat kalau ada, dan setelah didapati sihat dan boleh dicampur dengan yang tempatan baru dilepaskan. Dan yang terakhir pula diberitahu bahawa ada 5 orang yang akan dibawa ke New York juga untuk menjauhkan diri dari negara agar 16 September tak akan terjadi peralihan , cuma tanggal 16 September tu tetap ada dan berlaku.
Peristiwa tangkapan borong tanpa bicara juga adalah mainan mereka dalam keadaan tersepit saperti yang ana ingat operasi lalang dulu. Bila tersepit dan nampak kuasa nak hilang, maka rakyat akan jadi mangsa. Itulah namanya kezaliman, ingat bahawa doa orang yang kena zalim tuhan tak akan abaikan, lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kuasa BN sekarang ini, lihat di NS.Tinggal BN masuk keadilan , dan banyak lagi yang akan ikut.

Thursday, September 11, 2008

Nasib rakyat , apa nak buat BN memang begitu.

Ini kisah sedih yang ana paste dari akhbar Utusan Malaysia versi internet untuk renungan kita bersama dan fikirkanlah sendiri betapa keadaan yang berlaku dalam negara kita yang kaya raya ini , fikirkan juga kalau ianya boleh berlaku kepada pesara kerajaan, bayangkan kalau orang kampong, penoreh getah dan petani serta nelayan miskin dihujung negara, siapakah yang akan memberi perhatian kepada masalah kita. Setelah habis semua harta dijual barulah kementerian meluluskan permohonan setelah 3 kali ditolak.

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.

Wednesday, September 10, 2008

Kecelaruan politik dalam negara la ni.

Suasana politik negara dalam seminggu dua ni amat menarik perhatian semua. BNBCC yang dimukimkan di Taiwan kerana belajar ilmu pertanian dan mungkin melakukan ibadah puasa disana disamping berterawikh dan bertazkirah di Taiwan bersama-sama penduduk Islam disana, syabas BNBBC kerana melakukan kerja dakwah bilhal di Taiwan dalam bulan Yang Mulia ini.
Nampaknya hasrat 16 September tak jadi la kut, pasai semuanya kena menambah ilmu pertanian dari Taiwan, semuanya pakat kena belenggu dileher dan diheret ke Taiwan beramai-ramai secara suka sama suka.

Hasrat Tun Che Det nak kembali kedalam UMNO semula walaupun Pak Lah masih lagi menjadi Presiden mengabsahkan bahawa memang Melayu mudah lupa. Hari tu mengikut laporan bernama beliau juga yang kata selagi Pak Lah jadi Presiden UMNO maka beliau tak akan masuk UMNO semula.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. - Bernama 20/Mei

Nampaknya Naib Presiden paling kanan dah berani bersuara, terasa lambat sangat Pak Lah letak jawatan, mungkin dia rasa dia dah macam dipinggirkan dan tak ada peluang nak naik. Ini amat pelik dalam politik UMNO, orang bawah yang seganding bahu desak boss besar nyah lebih cepat supaya saya naik lebih cepat, tu pula pi cari hero lama yang dah tak ada penyaruh untuk bantu jadi rakan seperjuangan yang selama ini dihina dan dicaci selepas keluar dari UMNO.



Yang jadi hero nak pulih UMNO , Ezam yang berjasa membantu mengalahkan BN di Permatang Pauh dengan enam tong rasuah nya pun mungkin akan berpelukan dengan Tun Che Det lepas beliau masuk semula dalam UMNO, dimana dulu kata Ezam nak pulihkan UMNO bilasaja Tun Che Det keluar, tapi kali ni ana rasa bila Tun masuk. Ezam akan peluk cium Tun pasal demi perpaduan dan mengukuhkan UMNO. Cuma yang tak suka mungkin Presiden dan menantu. Kerana mengikut teori Tun, beliau masuk semula, maknanya Presiden kena bertukar, kalau tidak beliau tak akan lakukan. Yang merencanakan ini semua, kita sudah nampak dari kenyataan yang dikelaurkan oleh Naib Presiden sendiri. Ana cuma agak la, pasal berbagai keadaan kemungkinan boleh terjadi dalam masa terdekat ini.
Politik oh politik, kawan sanggup kerkah kawan, sahabat sanggup tikam sahabat, demi untuk terus berkuasa.
Selamat berpusa, maaf zahir batin

Monday, September 8, 2008

Belajar pertanian dari Taiwan atau Thailand.

Sewaktu ana dijemput untuk bersama dengan pelajar dari Universiti Taksin cawangan Songkla Thailand diperkarangan Watt Titi Akar anjuran Kelab Penyokong PAS Pendang, beberapa malam lepas, terpegun ana melihat cara mereka memajukan bidang pertanian dinegara gajah puteh itu.


Dibawa pada pameran malam itu mengenai pokok tai yang dibuat berbagai jenis produk baik yang boleh dimakan , minum dan digunakan untuk kraftangan dan beg tangan serta topi. Mereka sampai mempunyai sebuah fakulti khusus mengkaji kepelbagaian produk tradisi dan penggunaan bahan tempatan yang boleh dipelbagaikan. Bayangkan buah tai dibuat bahan makanan, nira pokok tai dibuat minuman dan cuka serta manisan, pelepah pokok tai dibuat beg tangan dan topi hasil dari serat pelepah yang diketuk dan diwarnakan. Tidak bincang lagi kepelbagaian jenis makanan yang oleh dihasilkan dari buah tai ini. Sampai masuk universiti mereka mengkaji dan menghasilkan produk, begitu juga dengan hasil buah-buahan yang lain. Pendek kata hasil pertanian mereka sampai keuniversiti dikaji kepelbagian kegunaannya.
Tetapi apa yang ana rasa pelik bagi kita, bukan nak bagi ilmu pertanian kepada pelajar tetapi pergi belajar bidang pertanian dan makanan di Negara Taiwan. Ana tak tahulah setakat mana majunya bidang pertanian negara Taiwan ni kalau nak dibandingkan dengan negara Thailand. Dah tu pergi pula dalam bulan puasa dan rakyat dinegara ini sedang pula dirundung malang dengan ribut dan banjir yang menimpa kebanyakan kawasan, dan ini akan berterusan saperti lapuran Jabatan Metereologi.
Itulah bijaksananya AP BNBBC yang kita ada yang nak diharap untuk memerintah kita bersama pak menteri yang kata mereka bercuti sambil belajar. Ana rasa rombongan menteri pun tak sampai seramai itu, nak belajar apa kalau dah sampai 50 orang lebih, kalau bukan makan angin dan lari dari suasana yang dikatakan perubahan kerajaan pada 16 September ini.
Bila balik nanti, kita harap mereka semua dapat memebrikan sedikit tunjuk ajar kepada kita tentang bidang pertanian baru yang dipelajari tersebut dan berapa ongkos yang dibelanjakan. Walaupun itu dikatakan duit mereka sendiri, bukankah itu juga mungkin berfaedah jika digunakan untuk rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan musibah yang menimpa serta mungkin boleh digunakan untuk menambah pahala dibulan Ramadhan yang penuh ganjaran ini kalau bersedekah kepada yang memerlukan.

Sunday, September 7, 2008

Bah lagi



Sekali lagi kami penduduk Pendang terpaksa bertarung dengan musibah banjir yang melanda Pendang dan kesekian kalinya terpaksa mengharung lautan banjir yang meliputi sawah padi yang belum dituai berbekalkan bot dan enjin sangkut Pusat Khidmat. Tahun ini nampaknya senareo tahun lepas mungkin akan berulang, banjir diawal Ramadhan dan di akhir Ramadhan . Walau bagaimana pun, diharap pada tahun ini segala persiapan akan dibuat dengan rapi oleh pengurusan baru Kedah dan Pegawai Daerah yang akan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Cuma harapan ana agar segala bantuan mencukupi dan rondaan dapat dilakukan dengan waspada kerana arus nampak deras tadi sewaktu ana meninjau banjir di Kpg Batu Hampar Kiri dan Kanan. Banyak rumah yang berada didalam air dan ada mangsa yang terpaksa berpindah kerumah jiran. Ada kampong yang terputus hubungan dan kanak-kanak sekolah terpaksa diangkut dengan bot kerana perhubungan jalan alternatif jauh dan becak.

Bagai lautan , padahal dibawah tu adalah sawah padi, ana cuba tengok berapa dalam, oii mak, hapus kepala .
Semalam ana sempat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Kampong Banggol Sanai dengan menaiki bot dan sedikit sumbangan kepada mereka yang berpindah kesurau Banggol Sanai, banyak rumah yang ditenggelami air sehingga paras pinggang dan tak dapat diduduki pada ketika kami sampai. Semalam ada lapan keluarga yang dibawa berpindah kesurau ini.
Mujur dikawasan ini arus tidak kuat, kerana air bertakung sebab disekat oleh lebuh raya yang dibina serta landasan keretapi yang telah sedia ada dimana terowong yang dibuat bagi melalukan air terlalu kecil dan bengkok berbanding dengan air yang datang secara mendadak. Tak tahulah ana bagaimana engineer PLUS dulu mengira kadar aliran air dan jumlah kapasiti air yang ada dikawasan itu. Harap perkara ini dapat dibetulkan oleh pihak PLUS, kalau tidak juga, mungkin dalam perbahasan Bajet nanati terpaksa ana sentuh agar Menteri Kerja Raya tahu masalah yang ada dibawah bidang kuasa dia, bukan nak lihat hanya smart tunnel dan MRR2 saja.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.