Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, January 11, 2009

Siapa menyalahgunakan dewan orang ramai??

Mat Taib, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah benar-benar bikin drama dalam TV3 semalam. Beliau pagi-pagi lagi meluangkan masanya ke sebuah Tabika KEMAS di Kampung Seri Ampang, Ipoh, Perak. Kononnya pintu pagar tabika berkenaan yang terletak dalam premis milik kerajaan negeri telah dikunci oleh pihak JKKK lantikan kerajaan negeri. Akibatnya murid-murid tabika berkenaan tidak dapat masuk belajar.

Sketsa lakonan pelakon tambahan terhandal abad ini, tahniah. Tabi sayang penonton tak percaya lakonan tersebut.

Semasa dalam siri kempen PRK Kuala Terengganu dari 7 hingga 10 Januari 2009 , ana kebetulan ditempatkan di Surau Kuning Kpg Paloh berhadapan dengan dewan orang ramai Kpg Paloh. Apa yang amat memeranjatkan dan berlawanan dengan desakan oleh bekas MB Selangor adalah penyalahgunaan Dewan Orang Awam secara terang-terangan oleh UMNO dan BN dalam Pilihanraya ini. Sekarang siapakah yang menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan parti ?.



Mungkin selepas ini kita akan lihat Dewan Orang Ramai ini akan diubah nama menjadi Dewan UMNO walupun dibina atas tanah kerajaan dan menggunakan duit kerajaan.

Sekarang apa yang dilakonkan oleh Ketua Penerangan UMNO itu jelas tergambar didalam parti UMNO sendiri, bukan lakonan lagi.

Aduhai Pak Menteri, sedarlah bahawa rakyat sekarang sudah cerdik dan peka dengan keadaan sekeliling, usah nak cuba kelentong rakyat lagi, yang kononnya dikatakan pengembalian wang royalti adalah hak rakyat yang dirampas semasa PAS memerintah Terengganu dulu , itu saja, tetapi yang banyak mengaut keuntungan hasil wang tersebut adalah para kroni dan orang terdekat dengan pemimpin.

Monday, January 5, 2009

Sumbangan buat yang memerlukan.


Buat kali kedua dalam melunasi bantuan kepada mereka yang kurang berada, pada petang semalam ana bersama PA ADUN Tokai dan PA AP Pendang, Saudara Ramlan Hamid dan Abd Rahman Ahmad serta MKK DUN Sungai Tiang telah menyampaikan sumbangan basikal kepada penerima yang dipilih oleh MKK untuk bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk kemudahan anak-anak pergi kesekolah . 60 buah basikal telah diberikan kepada 60 anak-anak sekolah semalam setelah 40 buah telah disampaikan sendiri oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul pada 31 Disember lalu.





Semasa memberi ucapan didalam majlis tersebut, ana memberitahu bahawa pemilihan dibuat berdasarkan kepada ketidakmampuan seseorang dan mereka ini dipilih oleh MKK yang bertugas untuk melancarkan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Kepada penerima ana harap dapat gunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya untuk pergi dan balik dari sekolah serta mengikuti kelas pengajian KAFA atau lain lain .



Ini lah sedikit permulaan sumbangan kepada rakyat sebagai yang dijanji didalam PRU 12 iaitu Kedah sejahtera Nikmat untuk semua hasil daripada penjimatan yang dibuat selepas Kedah beralih tangan kepada Pakatan Rakyat walaupun bajet tahun lalu sudahpun habis 60 % dibulan 3 lagi, diketika BN tahu bahawa mereka akan kecundang selepas PRU 12 tersebut, tetapi alhamdulillah berkat sokongan semua, maka setiap sen yang ada dibelanjakan untuk pentadbiran negeri Kedah dan kesejahteraan rakyat, maka rezeki yang lebih ini dapat disumbangkan kepada rakyat pula.

Pemberian kita tidak hanya menunggu tiba musim PRK saperti di KT 036 sekarang ini dimana segala bentuk penyampaian hadiah pelajaran dan pertanian semuanya dilakukan pada masa ini, tetapi selepas PR maka semua akan terabai sehinggalah ada yang mati, barulah diberikan semula atau ada yang buat demo atau tragedi barulah nah diadakan sumbangan dan bantuan. Lihat saja kepada rakyat Palestin, dulu siapa yang bawa masuk pemain kriket Israel main dalam negara, tetapi sekarang mereka inilah yang digemburkan dalam berita berdemo nak tolong pula rakyat Palestin konon, dan mereka inilah yang dulunya menggelarkan Hamas itu sebagai pengganas dan mengutuk segala tindakan dan kemenangan Hamas ketika itu.

Ana berharap supaya semua rakyat berdoa agar dimurahkan rezeki lagi dan akan ada pula susulan untuk sumbangan dimasa dan ketika yang lain dan dalam bentuk yang lain pula.

Wednesday, December 31, 2008

Bantuan kepada yang memerlukan. TQ Kedah Sejahtera.

Kedatangan tahun baru 2009 besok, merupakan satu iagauan ngeri bagi kebanyakan ibubapa dalam keadaan sekarang ini. Bayangkan dengan kos yang terus meningkat mutakhir ini yang tidak nampak kesudahan dan tidak ruang untuk turun, maka memahami dan menginsafi hakikat ini, maka kami wakil rakyat dari PAS Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri melalui pejabat Daerah Pendang, telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Jom Kembali Kesekolah pagi tadi didataran Pendang untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dan daif/ miskin yang dipilih oleh Ahli MKK dan Penghulu.



Majlis tadi hanya permulaan untuk pemberian bantuan sebagai pelancaran iaitu sejumlah 40 buah basikal beserta beg sekolah dan kamus serta alat tulis telah diberikan, bakinya akan disampaikan kemudian di tempat tertentu dikawasan penerima agar tidak menyusahkan mereka untuk membawa pulang basikal tersebut.

Acara pagi tadi disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, EXCO Kerajaan Tempatan Kedah. Penyampaian basikal dan beg sekolah telah dilakukan oeh ana selaku Ahli Parlimen Pendang dan Tuan Harun Jasin, Pegawai Daerah Pendang.

Harapan kami agar mereka yang menerima basikal tersebut dapat menggunakannya untuk faedah anak-anak buat perjalanan kesekolah dalam keadaan yang susah sekarang ini dimana harga komoditi utama negara saperti getah dan sawit menjunam teruk hari ini. Keadaan bertambah parah lagi dengan berita daripada persatuan pemilik bas sekolah juga akan mengenakan surcaj kepada tambang bas sekolah sebanyak 30 %, ini sudah tentu akan meningkatkan lagi kos tambang bas sekolah diantara RM 9.00 hingga RM 30.00 sebulan.





Alasan yang diberikan mereka adalah keraja subsidi minyak untuk disel masih rendah dan memnta kerajaan mengurangkan harga daripada RM 1.43 seliter kepada RM 1.00 seliter disamping kos bahan ganti yang meningkat sejak akhir-akhir ini.

Ana pun merasa hairan kerana mereka ini dengan begitu mudah mendesak kerajaan untuk sesuatu kenaikan seolah-olah kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk membendung apa-apa , tetapi bagi rakyat yang bergantung kepada harga sekerap dan sawit, maka seolah-olah tiada ada apa-apa pembelaan yang dapat diberikan.

Monday, December 29, 2008

Eidul Ilmi SRI Islah




Atas kesedaran dan kekuatan iman semua pendokong dan penyokong ilmu agama, maka berkekalan lagi SAR yang telah lama di wujudkan oleh Tuan Guru Hj Aziz Seberang Pendang sehingga hari ini bahkan bertambah lagi kepada peringkat yang lebih rendah sehingga ke PRA dan Sekolah Rendah Islam.

Ini merupakan tahun ketujuh ianya beroperasi dan pada tahun hadapan sebuah bangunan baru yang menelan harga 1.6 juta telah siap dibina untuk menerima kemasukan pelajar baru dengan 18 buah kelas semuanya adalah atas sumbangan orang ramai yang bertungkus lumus mengumpulkan dana untuk pembinaan sekolah tiga tingkat tersebut.



Dua anak ana merupakan pelajar sekolah tersebut dimana satu sudah pun habis belajar dan mendapat 5 A dalam UPSR pada tahun lepas dan satu lagi baru berada ditahun 6. Hari ini, 30 Disember 2008 , Puteri KDYMM Sultan Kedah, Tungku Suraya Ibn Sultan Abd Halim telah berkenan untuk hadhir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang di Sekolah ini pagi tadi.

Nampaknya baginda begitu bersemangat untuk melihat kemajuan sekolah ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai penaung Tunas Bakti di Yayasan Sultanah Bahiyah telah diangkat sebagai penaung angkat kepada sekolah ini.

Baginda menunjukkan minat yang begitu mendalam didalam memajukan sekolah ini apabila melihat perkembangan yang begitu menggalakkan yang ditunjukkan oleh perkembangan sekolah rendah ini sejak ianya mula dibuka.



Walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan, atas inisiatif sekolah dan pentadbir, alhamdulillah ianya dapat juga membangunkan sekolah yang tersergam indah tiga tingkat hasil keprihatinan pihak masyarakat yang inginkan pendidikan agama terus berkembang .

Sunday, December 28, 2008

LA 21 dilancarkan di Pendang.


Semalam, 27 Disember 2008, pelancaran salah satu dari 5 teras dalam LA 21 ( local agenda 21) telah berlangsung di Dataran Pendang, Upacara peresmian dilakukan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, iaitu EXCO Kerajaan Tempatan Kedah mewakili YAB MB Kedah.



Dalam LA 21 ini yang direktifikasikan bersama oleh Malaysia hasil daripada sidang Rio De Jenario pada tahun 1992 adalah terdiri daripada 5 komponen utama
1. Gotong royong , yakni bersama-sama masyarakat melakukan usaha untuk melakukan pembersihan persekitaran secara bersama, yakni gotong royong sesama anggota masyarakat.
2. Kitar semula , dimana usaha ini nampaknya masih lagi belum berkesan walaupun Kerajaan pusat sudah memulakan sejak beberapa tahun yang lalu, saperti plastik, kertas dan kaca. Nampaknya usaha ini masih belum mendapat tempat dihati rakyat. Kalau kita lihat dinegara-negara maju, lebih kurang 70 % hasil sampar mereka adalah dikitar semula.
3. Hidup sihat, usaha untuk melakukan senaman atau aktiviti riadah ringan yang akan menjadikan badan sentiasa dalam keadaan cergas dan sihat, disamping menjaga pemakanan yang seimbang dan persekitaran untuk hidup yang sihat.
4.Penjagaan kejiranan samada dari segi keselamatan individu, rumahtangga serta persekitaran dan harta benda. Seandainya sesama jiran memberikan perhatian yang serius dalam hal keselamatan kejiranan ini, maka setiap sesuatu yang mencurigakan akan mendapat perhatian jiran dan ini akan dapat mengurangkan jenayah dalam masyarakat tersebut.



5. Jiwa murni, peranan yang dimainkan oleh tuan gura, imam dan alim ulama serta pemimpin masyarakat serta para motivator dalam mendidik jiwa setiap anggota masyarakat supaya mencintai sesama insan dan hairan serta persekitaran. Dalam suasana dunia yang penuh mencabar hari ini, dengan kemusnahan alam sekitar dan penyebab pencemaran serta kerosakan mukabumi oleh tangan manusia, maka kalau kita mempunyai jiwa yang murni, semua perkara ini dapat dihindarkan termasuklah menghapuskan gejala rasuah yang akan mengakibatkan ujudnya prijek ditanah tinggi yang swecara perturannya tidak dibenarkan, tetapi dengan duit suap bawah meja, maka ianya dapat dilaksanakan juga, akhirnya manusia sendiri yang menaggung derita kerana bencana datang menimpa.

Suatu majlis gotong royong perdana telah diadakan selepas pelancaran dimana dipekan lain saperti di Kubor Panjang dan Tokai juga diadakan majlis itu dengan diketuai oleh penghulu mukim masing-masing.





Apa yang membimbangkan kami di Pendang ini yang berkepadatan penduduk 112 ribu orang yang menghasilkan sejumlah 50 tan sampah sehari, maka ianya akan menambahkan lagi permasalahan ini memandangkan kelewatan pengambilan sistem pembuangan sisa pepejal oleh kerajaan pusat yang janjinya pada Julai 2008.kemudian ditangguhkan kepada September 2008 dan sekarang ditangguhkan lagi kepada bulan Januari 2009.


Memandangkan jadual penangguhan ini melihatkan sistem pengumpulan yang akan dilakukan oleh syarikat konsesi yang dilantik, maka segala aset didalam PBT sekarang ini sudah menysut memandangkan kelewatan kepada janji dan tarikh yang berubah ini.
Sekiranya ini berterusan, rasanya pihak PBT dan kerajaan tempatan terpaksa diberi peruntukan baru untuk maintainance dan servise kenderaan dan juga kos penyelenggaraan termasuklah gaji pekerja didalam bidang pengupulan sampah ini.
Harapan agar kerajaan pusat mempercepatkan akan mengikut jadual didalam melaksanakan segera proses pembuangan sisa pepjal ini yang telah pun diluluskan oleh parlimen pada sesi lepas lagi.

Tahniah Nisak Pendang



Ana sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada unit amal nisak Pendang kerana telah berjaya mengadakan kem remaja Islam di kawasan perkelahan Titi Hayun , Yan pada hujung minggu ini , iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu 26 dan 27 Disember 2008. Peserta terdiri dari anak-anak remaja yang menjadi anggota unit amal nisak Pendang . Jumlah peserta seramai 72 orang.

Apa yang menggembirakan kami adalah semua urusan dilakukan oleh JK Nisak Pendang sendiri dan urusetia juga dikendalikan oleh mereka , cuma kenderaan sahaja mereka minta Pas kawasan membantu untuk menghantar dan mengambil balik peserta.
Buat kesekian kalinya ana ingin mengucapkan syabas kepada mereka atas sambutan yang diberikan oleh remaja sekitar Pendang dan diharap kalau ada lagi program semacam ini, sambutan hendaknya lebih meriah lagi.



Remaja perempuan ini diajar tentang selok belok menjadi seorang wanita solehah , menjadi seorang yang taat ibu bapa, dari segi tata susila seorang wanita menjaga aurat, menjaga solat dan sebagainya , dan kepada perkara-perkara yang menjadi tegahan kepada seorang wanita muslimah yang perlu dipelihara.

Makan dan minum juga diuruskan sendiri oleh mereka dengan membawa tukang masak untuk membantu persiapan. Pengalaman tidur didalam khemah dan berada jauh dari ibu bapa serta pengalaman untuk tinggal dipinggir hutan merupakan sesuatu yang asing bagi remaja ini dan diharap pengalaman bermakna ini dapat memantapkan lagi jiwa mereka kelak untuk menghadapi mehnah dan tribulasi menghadapi alam dewasa dan dunia politik sebenar dimana yang hak sudah pasti akan bertembung dengan yang batil. Apa yang menjadi pengalaman berguna kepada remaja ini adalah diajar juga cara-cara survival didalam hutan dalam suasana yang serba kekurangan, memasak menggunakan api yang dibikin sendiri menggunakan bahan semulajadi didalam hutan serta cara memasak tidak menggunakan periuk saperti didapur biasa. Semua ini membrikan pengalaman baru kepada mereka yang sedang menuju kealam dewasa kelak.
Terima kasih diucapkan kepada unit amal Pendang yang menjadi tenaga pengajar dan menjaga keselamatan perkhemahan dimalam hari.

Didoakan moga usaha murni mereka ini akan mendapat perunjuk serta hidayah dari Allah serta mendapat kekuatan yang lebih untuk meneruskan lagi usaha dimasa akan datang.



Upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslihat PAS Pendang, Puan Dr Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang sendiri.

Tuesday, December 23, 2008

Jimat masa berada agar senang masa susah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan ekonomi negara masih dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5.7 peratus tahun ini.

Beliau turut menyatakan ekonomi Malaysia juga mampu mengharungi krisis kewangan dunia kerana ianya dilindungi sistem pengawasan yang baik dan tidak terlalu terdedah kepada pasaran kewangan global.

Sekarang apa dah jadi. 4,749 bakal diberhenti. Tajuk Utusan Malaysia hari ini menjelaskan segala-galanya.

Persekutuan majikan-majikan Malaysia(MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Febuari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Itulah mungkin salah satu kesan keruntuhan ekonomi global yang turut dirasai oleh negara kita, tapi bakal PM kita dia tidak nampak yang global, dia hanya tahu glokal saja, satu istilah baru yang dia sendiri cipta sampai ahli pun tak faham apa makna. Cari dalam kamus muktabar pun tak jumpa, mungkin kamus orang Pekan ada la kut.

Bercakap pasal ekonomi ni, kesian ana lihat orang kampong sekarang ni, yang pak cik menoreh getah, sekerap harga 1.05 sen sekilo dengan harga barang yang masih tinggi ditakok lama, harga sawit tinggal 200 setan dan berbagai kerenah barangan yang tak nampak nak turun harga, dah la anak-anak nak mula masuk sekolah minggu depa, terpaksa bayar yuran itu dan yuran ini, baju sekolah, buku, beg dan berbagai lagi semuanya akan menbocorkan poket ibu dan bapa yang bergantung hidup pada hasil komoditi negara yang kian menjunam akibat kemelesetan ekonomi dunia, tapi bakal PM kata kita tak terjejas dengan kemelesetan ekonomi dunia.

Kalau masa Dr M dulu , dia kata George Soros punya hal, tapi yang ni, tak tahu lah nak cakap sapa punya hal pula, tapi jangan dok dabik dada kata ekonomi kita kukuh tak terjejas pun. Ana rasa tahun depan tahu lah kita apa akan terjadi kepada ekonomi dunia dan kita, cuma kita harap dapat dilakukan sesuatu agar kita tidak terus terjejas lebih teruk , takut tengok sahabat di Somalia yang besar kepala kecil perut keran tidak ada makanan berbanging dengan kita diMalaysia yang kecil kepala besar perut kerana lebih makanan. Beruntunglah mereka yang mendengar nasihat Nabi Yusuf Alai hissalam , imat semasa berada untuk menghadapi kemelesetan semasa susah yang akan tiba.

Monday, December 22, 2008

Runtuh lagi, sampai bila da !

Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.

“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat.

Hari tu dalam usul 18(1) ana dalam parlimen untuk membahaskan Hospital QEH yang retak nak kena roboh tu, speaker tak beri ruang untuk bahas dan kini menunggu masa nak menyembah bumi kerana terpaksa dirobohkan pasal dibuat dengan pasir laut yang mudah mengkaratkan besi, kerana ada garam , lalu menjadi mudah retak bila terkena gegaran walau sedikit pun, itu baru dibina dalam tahun 1985 , baru 23 tahun, sudah nak dirobohkan, harga dekat 85 juta.

DiPulau Tuba ni. baru dibina dalam tahun 2000, siapa punya kerja dan kontraktor mana punya hal dan kita harap lepas ni SPRM kena masuk siasat la tengok, betul ke harganya berjuta tapii lapan tahun sudah ranap menyembah laut. Sayang duit rakyat, hangus begitu saja, ni tak lain dan tak bukan daripada kerja tangan ghaib yang meluluskan projek yang tak sepatutnya diluluskan, mungkin kerana ada manusia yang makan duit haram ni.

Apa yang syok nya JKKP yang baru terlantik, sebuah organisasi asing didalam negeri Kedah ni kata dah lapor, tapi tak ada orang/agensi ambil tindakan. Kalau dah buat dengan bahan yang low quality sampai senang-senag boleh runtuh, nak maintain macam mana lagi aduhai JKKP oi, pi la suruh Tok Menteri hampa tu maintain tengok, kot-kot dapat yang terlebih bawa balik duit cash dari Australia tu boleh lah tumbang semangkuk.

Lepas ni tak tau apa benda lagi yang bakal menyembah bumi, lepas satu satu Allah taala tunjuk kesan daripada kerja tak baik yang dilakukan , lalu yang terima akibatnya adalah rakyat juga, nasib baik tak ada yang mati dalam peristiwa tu, kalau tidak tambah lagi la juga yang masuk dalam statistik kematian terkena bencana alam, padahal manusia yang melakukannya dengan cara yang tak ikut spesifikasi.


Baru ni di Bukit Antarabangsa,

kawasan curam yang tak sepatutnya dibuat rumah pun, boleh diluluskan untuk buat bangalow dan rumah teres sampai JKR kata selamat pun , penghuni tak berani nak duduk semula dirumah mereka. Siapa yang meluluskan projek tu walaupun sudah digazetkan tak boleh diluluskan, tentu ada tangan ghaib yang memberikan lampu hijau.

Ana cuma risau satu saja, takut jadi macam apa yang ana sebut dalam perbahasan SPRM hari tu, menteri lepas, KSU yang kena, arah hanya dengan tulis tangan, pakai pensil pula tu, bila nampak nak sangkut, terus padam. Masuk mahkamah, hilang bukti, ana teka saja tu, tapi kalau betul sungguh, apa tindakan kita selepas ni, agar nyawa manusia tidak menjadi pertaruhan kerana wang dan fulus berjuta-juta.

Celik mata betul-betul, jangan sepet sebelah !


Nasihat KPN kepada mereka yang sudah dan akan menggunakan kanak-kanak dalam apa juga program yang berbentuk demo walaupun untuk tujuan menegakkan demokrasi. Rasanya amaran dan teguran ini diberikan oelh KPN kepada mereka yang jelas menyalahgunakan kanak-kanak yang secara perlembagaan masih belum boleh menjadi pemilih dan tidak boleh digunakan untuk menjadi bahan berkempen. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka ini dan apakah Ketua Polis Selangor juga akan menyuarakan perkara yang serupa kepada mereka ini.


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi, kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.

Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.

Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.

“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.



“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.

Betul dan memang betul tu aduhai KPN , tapi jangan sepet sebelah mata saja, buka kedua-dua belah mata, baru nampak yang biru sama, bukan yang pakai T shirt merah saja. Suruh SPR masuk campur sama, siapa yang guna kanak-kanak untuk kempen, nanti hilang kelayakan untuk jadi calon pilihanraya.

Sunday, December 21, 2008

Siapa sebenarnya yang melantik Ketua Hakim Negara?.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pemilihan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang sama yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan.

"Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan mereka," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

"Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai bidang kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Tinggi.

"Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini."

Beliau merujuk kepada fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dianggotai sembilan ahli terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.

Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik.

Dalam temu bual itu Abdul Hamid berkata mengikut peruntukan rang undang-undang tersebut, pemilihan pelantikan seorang pesuruhjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan, hakim mahkamah persekutuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak tidak akan menimbulkan masalah, tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi pemilihan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

"Dalam pemilihan Presiden Mahkamah Rayuan, anggota suruhanjaya iaitu Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak malah Hakim Mahkamah Persekutuan adalah orang-orang yang berkepentingan untuk menjawat jawatan tersebut yang bererti bahawa mereka terpaksa mengecualikan diri.

"Oleh sebab rang undang-undang ini mengkehendaki korum (sic) (bagi mesyuarat pemilihan) seramai tujuh orang, maka ada kemungkinan korum (sic) itu tidak boleh dicapai.

"Keadaan menjadi lebih rumit mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah orang-orang yang berkepentingan dan mereka juga terpaksa dikecualikan. Ini bererti bahawa korum (sic) tujuh orang tidak boleh diperolehi (sic) juga," kata Abdul Hamid, yang telah bersara Oktober lalu.

Malah katanya, jika Ketua Hakim Negara tidak ada pada masa mesyuarat pemilihan hendak diadakan maka mesyuarat itu akan berjalan tanpa kehadiran Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

"Ini akan memberikan dua akibat, pertama korum (sic) tidak akan diperolehi (sic). Kedua ini bererti untuk pelantikan hakim-hakim yang lebih rendah, mesyuarat pemilihan akan dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli termasuk empat hakim paling kanan tadi, sebaliknya untuk pelantikan hakim yang paling kanan iaitu Ketua Hakim Negara, keempat-empat hakim yang terkanan tidak akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

"Ini juga bererti untuk pemilihan Ketua Hakim Negara, mesyuarat itu hanya akan dihadiri oleh anggota yang paling tinggi iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan bersama-sama empat anggota bukan hakim yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Apa makna ungkapan diatas, orang yang dilantik PM ada empat (4) orang ditambah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Siapa yang sebenarkan berkuasa disini. Fikirlah sendiri.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.