Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, September 24, 2009

Rumah terbuka MB di Mentaloon


Semalam, hari Khamis 24 September 2009, atas tugasan yang diberikan oleh pihak Muslimat Negeri Kedah, maka ana anak beranak telah melaksana satu amanah iaitu menyediakan kacang kuda rebus buat satu satu daripada menu didalam rumah terbuka YAB MB Kedah di Mentaloon. Sebanyak 75 Kg kacang telah direbus anak beranak sejak seusai Solat Subuh sehinggalah waktu jamuan bermulam jam 11 pagi.

Apa yang cukup membanggakan ana adalah sambutan daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan keturunan hadir didalam majlis tersebut. mereka tidak menunjukkan rasa segan atau kekok berada didalam majlis yang diadakan dimana selama ini berbagai tohmahan dilemparkan kepada Parti PAS terutama oleh mereka yang tidak ingin melihat perkembangan Islam didaulatkan di bumi Kedah ini.


Beranika juadah disediakan melalui kiosk yang diberikan kepada pihak tertentu untuk dikendalikan terutama Dewan-dewan didalam PAS negeri Kedah. Ada pasembor, nasi Dagang, lemang, ketupat, kueh-mueh, satay, lontong, soto, mee goreng, tapai, meehoon soup. ais cream, buah-buahan, cendol, murtabak, teh dan kopi tarik disamping minuman sejuk dan panas dan apa yang menggembirakan terutama anak-anak kecil adalah sumbangan duit raya .
Ana juga dapat melihat sambungan yang membanggakan daripada
Persatuan Sami Kedah Perlis yang berkunjung mengucapkan Selamat hari Raya kepada MB dan menjamah jamuan yang disediakan .Ana pernah difahamkan bahawa Sami ini mereka boleh makan hanya sebelum pukul 1 petang, selepas itu mereka kena berpuasa, oleh itu mereka datang sebelum pukul 1 untuk menjamah jamuan yang disediakan, kebetulan pada kali jamuan bermula pukul 11 pagi lagi.


Kunjungan seluruh kaum pada tahun ini rasanya lebih hebat daripada tahun lepas , dan rasanya tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas serta tiada hujan pada kali ini berbanding tahun lalu yang diselangi dengan hujan agak lebat. Cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh penganjur adalah ketidak cukupan tempat untuk duduk makan sehingga ramai yang menggunakan surau diperkarangan kediaman resmi MB sehingga banyak sisa tumpah dan ini sudah tentu mencemarkan tempat beribadat tersebut.
Apa yang boleh ana sebut adalah 'tahniah kepada semua yang terlibat didalam menyediakan jamuan raya ini'.

Wednesday, September 16, 2009

Bubur lambuk Pemuda



Bubur Lambuk atau kanji memang satu juadah yang tak pernah dilupakan orang masyarakat Islam sewaktu berbuka. Berbagai resepi untuk membuat bubur lambuk ini dengan berbagai rasa dan cara.Bagi masyarakat melayu, bubur lambuk lemak bersantan dan ada yang bertumis dan tidak bertumis tetap menjadi pilihan pembuka selera terutama bagi warna tua kerana ia memudahkan penghazaman dan tidak membebankan perut untuk menerima makanan diwaktu suasana lapar sebegini.

Petang semalam selepas pulang dari kerja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang telah mengadakan program mengedarkan bubur lambuk di Pasar Ramadhan Pendang . Sebanyak satu periuk hadir diedarkan didalam tidak sampai 1 jam itu, jelas kelihatan keceriaan diwajah warga Pendang yang menerima pemberian ikhlas itu buat juadah berbuka diiftar nanti.
Program sebegini memang julung kali diadakan di Pasar ramadhan kerana pada tahun-tahun lepas pemberian bubur lambuk ini diadakan di Pejabat PAS , Gajah Mati sahaja.


Moga dengan sambutan yang diberikan dapatlah difikirkan oleh Jawatan Kuasa Kawasan untuk diadakan acara serupa pada tahun hadapan diPasar Ramadhan yang sama atau di Tanah Merah atau Kilang Kechil pula.


Selamat berbuka dan tahniah kepada pemuda serta tukang masak semua.

Tuesday, September 15, 2009

Sumbangan kepada yang kurang.

Petang semalam ana ada dua program disebelah petang.
Satu di Dewan orang ramai Jenunu untuk menyampaikan sumbangan kepada warga Jenun dan kawasan sekitarnya. Seramai 103 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan mereka yang daif yang dipilih oleh ketua kampong masing-masing.
Kelihatan keceriaan jelas tergambar diwajah masing-masing apabila hadir kedepan untuk mengambil sumbangan masing-masing. Walaupun sumbangan tak seberapa, tetapi kehadiran ramai ada diantara mereka yang belum pernah menerima apa-apa sumbangan baik sewaktu aidil fitri atau hari-hari lain sebelum ini walaupun tergolong dalam kategori yang layak menerimanya.

Harapan ana agar mereka dapat menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan ceria disamping menmbah amalan diakhir Ramadhan yang mulia ini serta dapat meneruskan ibadat puasa enam bagi yang mampu kerana ganjarannya cukup besar, sebagaimana hadis baginda Rasulullah menyatakan 'sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian disambung dengan 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun'.


Majlis kedua adalah majlis berbuka puasa yang diadakan di surau Kampong Padang Durian yang turut dihadiri oleh SU PAS Kawasan dan AJK Pussat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang.
Terima kasih kepada semua yang menjemput kami.

menyantuni anak yatim Zubaidiah

Menyantuni anak yatim merupakan satu amalan yang amat besar pahalanya, sebaliknya menzalimi anak yatim pula amat besar dosanya.
Baginda rasulullah didalam hadisnya ada meninggalkan pesan bahawa sesiapa yang menyantuni anak yatim bagaikan dua jari berkembar telunjuk dan tengah, bermakna amat dekat dengan rasulullah didalam syurga kelak.

Menyedari hakikat ini, maka pihak pengurusan muzium negeri Kedah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dari sek Agama Zubaidiah Merbok pada malam semalam, dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Muzium dan 40 orang anak yatim serta guru-guru mereka.

Majlis diadakan di Hotel Seri Malaysia Alor Sater dan dihadiri oleh EXCO Belia , Kesenian dan Sukan Kedah YB Dr Hamdan Khalib.
Sebelum majlis berbuka , dalam ucapan ana menyeru agar kita semua mengambil peluang yang Allah berikan didalam bulan yang penuh berkat dan ganjaran ini untuk menambah pahala dgn menambah amalan sebanyak mungkin didalam baki yang ada hanya seminggu ini dan gunakanlah kesempatan ini untuk mendapatkan ganjaran satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu lailatul qadar.

Majlis berbuka seterunya disudahi dengan solat terawikh.
Moga acara ini akan menjadi amalan tahunan, itulah harapan kami ahli lembaga pengarah muzium Kedah, disamping membuat amal kepada anak-anak yatim, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh warga kerga muzium Kedah, insyaAllah.

Sunday, September 13, 2009

Duit Raya

Tanpa mereka siapalah kami.
Itulah peranan yang dimainkan leh petugas parti dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah di Kompas Batu 9 petang tadi.
Atas prihatin kepada usaha berterusan mereka ini, maka diadakan satu majlis meyampaikan sumbangan duit raya dan jamuan berbuka puasa di Kompas Batu 9 dengan dihadhiri oleh ana selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Negeri Kedah dan YB Senator Yusof Husin selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Seramai 29 orang menerima sumbangan petang tadi.
Dalam ucapan tersebut, ana berharap mereka dapat meneruskan gerak kerja parti dengan penuh amanah dan dedikasi kerana hasrat kita adalah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar didalam pilihanraya umum akan datang. Usaha petugas parti dipejabat perhubungan sangat penting, kerana tanpa usaha gigih mereka, maka tidak akan ada wakil rakyat yang akan mewakili PAS , oleh itu segala tenaga yang dicurahkan oleh mereka amatlah wajar dihargai terutama menjelang Syawal yang mulia ini.

Sumbangan Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadat diakhir Ramadhan ini. Semoga kita digoongkan oleh Allah didalam mereka yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Usahlah kita mempertikai bilakah Malam Qadar itu akan datang , genap ke ganjil ke, tetapi sekiranya kita berada didalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah, maka insyaAllah kita berdoa moga kita termasuk didalam golongan yang berjaya mendapat ganjaran tersebut.
Apa yang menjadi satu pertikaian kadang-kadang sampai kepada pertengkaran adalah masing-masing hendak menegakkan hujah beliau dan akhirnya langsung terlepas dari mendapat peluang untuk mendapat ganjaran malam Qadar tadi. Sama-samalah kita berusaha di 10 malam akhir Ramadhan ini untuk membuka peluang untuk berada diantara mereka yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan malam Qadar tersebut.

Disebelah pagi tadi, sumbangan diadakan di Kampong Padang Durian dan Kampong Rambai terutama kepada warga emas dan ibu tunggal. Majlis sumbangan ini juga mendapat kerjasama daripada Syarikat Era Edar dimakan pegawai eksekutifnya Puan Asiah sendiri datang menyampaikan taklimat barangan produk keluaran syarikat tersebut yang mementingkan halalan toyyiban.

Dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal ini, maka banyaklah program berbuka dan menyampaikan sumbangan diadakan dan ana tidak terlepas dari program ini yang diadakan semalam di Balai Islam Perupok dan Surau Kampong Bechah.


Sumbangan diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kawasan sekitar. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan hati mereka yang menerima dan meringankan bebanan mereka menyambut Syawal nanti.

Thursday, September 10, 2009

Pejuang Islam ???????

Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Tak hairan ana nak dakwa apa pun , bahkan kalau kita lihat balik dakwaan TS Sanusi junid dulu menyatakan PEKEMBAR ( UMNo tu bahasa Inggeris) adalah parti Islam terbesar didunia.

Nak mengaku memang mudah dan boleh, tak ada sapa yang boleh marah, tapi kena lihat realiti dalam apa yang diperjuangkan dan semangat yang terdapat didalam perjuangan tersebut.
Kalau memerintah tapi buat kezaliman didalam mengagihkan rezeki yang Allah taala bagi, sepatutnya Kelantan terima royalti, sepatutnya Terengganu terima royalti, sepatutnya rakyat miskin semua kefahaman terima rumah PPRT dan rumah KEDA , sepatut semua rakyat yang miskin mohon pinjaman TEKUN dapat pinjaman, sepatutnya semua jalan kampong yang belum berturap diturap untuk kemudahan semua rakyat yang sering bayar cukai, tetapi apa yang berlaku hanya diberi dan diutamakan kepada PEKEMBARputra dan kroni putra , yang lain biar merempat dan biar makan pucuk kayu, bahkan kalau boleh biar mampus hampa semua.
Lihatlah betapa 52 tahun merdeka, siapa yang sering dapat kontrak dan projek, siapa yang kaya dan raya, siapa yang mewah dan milionair, bukankah puak mereka kerana semuanya dilakukan tanpa ada keadilan dan ihsan. Kalau keadilan dilaksanakan tanpa memilih bulu, rasanya tidak akan berlambak lagi jumlah kemiskinan teruk dalam negara kita ini, kalau perumahan dibuat untuk keselesaan rakyat bukan untuk super mewah, rasanya tiada lagi rakyat yang merempat tiada berumah, dan kalau agihan kekayaan tidak disonglap oleh komisyen dan duit kopi, rasanya ramai lagi rakyat yang boleh dapat merasai habuan kek negara tersebut.
Tapi malang sekali, kezaliman didalam melaksanakan tanggungjawab sosiallah, maka semua ini telah terlaksana hasil daripada kekayaan yang Allah anugerahkan kepada negara kita ini.
Kata Mahatma Ghandi' the world is enough for the needy, but never enough for the greedy'
Walau pun beliau (PM) membaca maksud hadith Rasulullah, ka dal fakru an yakuuna kufran', tetapi kenapakah ketidakadilan sosial masih lagi dilaksanakan, turunlah kebawah dan lihat apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh JKKKP yang dilantik dinegeri PR ini. Apa pula perana pegawai pembangunan persekutuan di Kedah ini, apa pula peranan penghulu persekutuan dan pegawai pembangunan daerah pusat di Kedah ini kalau bukan tujuan untuk melaksanakan diskriminasi pentadbiran. Apakah ini yang dihasratkan oleh Parti yang mengaku saperti didakwa PM tersebut.

Baca berita dibawah, sedih juga ana , mana tak kena nih. Kesian kawan kita tu, dah habis RM 218 juta, dah la duit tak dibayar, tetapi kena pula denda RM 10 K. Inilah bahananya berurusan dengan parti yang menyatakan memperjuangkan saperti dakwaan PM tersebut diatas. Ana malas nak sebut perkataan tu, kerana geli, tak sesuai rasanya nak pelaga dengan PEKEMBAR dan Islam.

Pada 17 Julai tahun lalu, Umno sebagai defendan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Tetapi hari ini, Mahkamah yang sama telah membatalkan saman tersebut dengan alasan ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut dan tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Malah Hakim tersebut juga mengarahkan Elegant Advisory membayar RM10,000 kepada UMNO dalam tempoh 14 hari!

Tentulah terkebil-kebil mata Elegant Advisory.Sudahlah RM218 juta lebuh hilang entah kemana, kena pula bayar RM10 ribu! Memang tiada untungnya berniaga dengan Umno. Serik!



Hebat permainan silap mata yang didalangi oleh siapa lagi kalau bukan oleh Umno sendiri! Macam ini ke nak bela peniaga Melayu? Siapa yang makan Melayu? Memang dasar Umno menjahanamkan orang Melayu disebalik laungan berapi-api kononnya membela Melayu!

Maka Peguam Umno , Hafarizam bukan main seronok lagi lalu dengan gah berkata bahawa keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

Lain kali kalau mana-mana pihak yang nak berniaga dengan PEKEMBAR ni, kena minta duit dulu baru boleh supply barang, kalau tidak lesap macam syarikat ni lah, bukan setakat alaong, ini lebih dahsyat daripa along nih.

Kesian depa, tak sedax ka!!

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.
He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

Alahai apa la nak jadi dengan orang Islam di malaysia nih.
Adakah ini namanya Islam hadhari hasil didikan PM Pak lah dulu, demi untuk mengejar tamaddun maka apa saja yang ada sumber wang maka boleh saja ambil dan balun biar buncit perut dengan duit yang jelas nabi kata haram tu. tak ingat ka apa kata hadis' setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram maka api neraka lebih layak baginya'.
Ana harap berita tu tak betul kot, kerana ini merupakan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku kepada seorang anak bekas PM kita yang disanjung oleh seluruh dunia Islam dulu sampai Amerika pun takut kat dia.

Harap kalau beliau sedar segera lepaskanlah kerana hidup diakhirat selama-lamanya bukan macam dunia ni hanya 80 hingga 90 tahun lepas tu mati.
Janganlah tambah lagi koleksi umat Islam yang menguasai bisness kilang arak ni, kalau di Malaysia orang boleh tahu , tapi luar negara walaupun rakyat tak tahu tapi Allah dan malaikat tahu.

Kadang-kadang bila datang bulan puasa ni, ana lihat ramai anak-anak yatim dijamu berbuka dengan juadah yang sedap-sedap dari hotel mewah oleh tokoh korporat yang kaya raya, alahamdulillah kalau wang mereka dari sumber yang dijamin halal, tapi bagaimana kalau sumber wang tersebut dari yang jelas haram atau syubahat.
Tepuk dada tanya iman.
Mungkin itulah sebabnya kekadang doa yang kita pohon bagai diangin lalu, tak diterima oleh allah.
Minta allah ampunkan dosa kita dibulan yang mulia ini.
Moga berita yang saya baca diatas tu tak benar .

Wednesday, September 9, 2009

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Sekijang Anuar Abd Manaf bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menjelaskan program yang diatur olehnya itu, sememangnya berlaku secara kebetulan dengan program Anwar pada hari berkenaan.

"Kita sudah rancang program ini sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Kita cadang untuk agihkan zakat pada akhir Ramadhan, tetapi pejabat agama (daerah Segamat) nasihatkan kita beri awal sikit supaya penerima zakat dapat guna duit itu untuk persiapan hari raya," jelasnya.

Oo, baru tahu, selama ni yang sering bari sumbangan tu bukannya duit depa atau yang dikumpulkan oleh depa, tapi duit dari jabatan kerajaan, saperti diatas ambil dari pejabat ugama sebagao agihan zakat tetapi digahkan oleh kerana Pemuda UMNO yang beri.
Yang sering dijaja kepada rakyat bahawa itulah yang mereka sumbangkan kepada rakyat, lepas tu kata pula pembangkan beri apa.
Kalau nak mengaku macam tu sapa pun boleh ambil yang jabatan kerajaan punya lepas tu beri kepada rakyat dan terus mengaku yang itu adalah sumbangan mereka. banyak cantik.
Kalau macam ni berkenjah la atas dunia ni.

Saturday, September 5, 2009

Sumbangan dibulan Ramadhan

Semalam dua program sumbangan sempena kehadiran Ramadhan tahun ini dilakukan diduan tempat didalam parlimen Pendang ini.
Satu bertempat di Felda Sungai Taiang disebelah pagi dan disebelah petang dilakukan di Dewan Majlis Daerah Pendang.

Sumbangan yang dikelolakan oleh Muslimat PAS Kawasan Pendang di Felda Sungai Tiang disebelah pagi dengan kerjasama syarikat pengeluar kosmetik dan makanan Muslim Era edar bertempat di Bandar Darulaman Jitra . Penyampaian dilakukan oleh wakil syarikat dan Ketua Muslimat Pendang Dr Rahimah Sahit.

Penerima sumbangan terdiri daripada mereka yang memerlukan dari Felda Sungai Tiang dan kawasan sekitar yang dilakukan di Surau didalam kawasan Felda tersebut.

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat didoakan moga Allah memberkati usaha tersebut dan dimurahkan rezeki dan bertambah keuntungan diatas usaha perniagaan mereka ini.

Disebelah petang, satu lagi majlis diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang .
Majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau didaerah Pendang untuk majlis berbuka puasa . Sejumlah 49 majid didaerah Pendang ini dan 90 buah surau telah dipilih untuk menerima sumbangan yang diberikan oleh ana sendiri melalui peruntukan daripada kerajaan negeri. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh ana dan penyampaian sumbangan serta tahlil yang diketuai oleh imam Masjid Jamek Allutfi Batu Hampar Ust Ghazali Abdullah dan disudahi dengan program berbuka puasa.
Didalam ucapan tersebut, ana menyeru agar tuan imam masjid dan surau memberikan komitmen yang tinggi didalam menyedarkan masyarakat di Pendang ini agar masyarakat dapat memahami Islam sebenar supaya akan terlaksana syiar dan syariaat Islam didalam negeri Kedah khasnya dan malaysia amnya. Tugas ini bukan saya dipikul oleh hanya tuan Imam, tetapi oleh semua anggota masyarakat dengan bimbingan daripada tuan-tuan imam semua. Dengan adanya peranan positif ini diharap agar masyarakat kita akan lebih bersedia untuk merelakan diri didalam melaksanakan tuntutan agama agar kita tidak kecewa apabila dibangunkan semula menemuai Allah diakhirat kelak.

Setiap masjid diberikan RM 200 dan surau RM 100. Walaupun jumlah ini kecil, tetapi oleh kerana dana yang diperuntukan juga kecil, maka terpaksa ana agihkan sedemikian kerana banyak surau dan semua masjid perlu diberikan perhatian, mungkin ada dana lain yang diperuntukan untuk menampung kos yang lain pula dimasa akan datang. Didalam ucapan ana menyatakan peruntukan untuk berbuka puasa tersebut walaupun kecil untuk setiap katagori tersebut, tetapi ianya dapat dirasai oleh kebanyakan surau dan semua masjid didaerah Pendang ini, memandangkan peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat adalah kecil cuma tetapi ana ingin mengagihkan kepada rakyat untuk dirasai diperingkat bawah, kerana kami selaku wakil rakyat tidak dapat memenuhi semua undangan untuk berbuka disemua tempat pada bulan Ramadhan ini kerana banyak jemputan di Masjid dan surau terpaksa dipenuhi, jadi inilah cara yang dilakukan untuk semua dapat merasai serba sedikit dan berharap moga ditahun hadapan kalau dimurahkan rezeki oleh Allah , jumlah tersebut dapat kita tingkatkan lagi dan mana-mana surau yang belum menerima pada tahun ini akan diagihkan pula pada tahun hadapan.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.