Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, November 5, 2008

Awas bau ayam goreng diudara kita.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat ada bahas pada masa dasar ke?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada sebut, Menteri ada sebut tadi
Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat tidak ada bangkit apa benda pun.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Saya teruskan dahulu saya teruskan dahulu
sebab sudah peringkat dasar ini kepada mereka yang telah pun membahas...
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tadi ada Menteri sebut Pendang tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Ada?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada tadi.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pendang?
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Okey, last one.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ada sentuh beberapa kali dalam perbahasan sebelum ini berhubung dengan penggunaan biodiesel ini, sebab kita tahu dalam negara kita trend kepada fast food ini sudah meningkat di dalam masyarakat. Lebih banyak restoran-restoran makanan segera ini membuang hasil minyak kelapa sawit yang digunakan untuk menggoreng dalam kitar semula. Saya rasa salah satu daripada kitar semula yang perlu kita turuti adalah seperti mana yang dibuat di Amerika Syarikat. Mereka menggunakan hasil daripada fried chicken ini lebih kurang satu trilion liter satu tahun untuk dijadikan biodiesel.
Apakah kementerian mempunyai pandangan bahawasanya minyak-minyak yang dibuang
ini tidak dimasukkan dalam saliran alam sekitar kita tetapi diproses digunakan sebagai biodiesel.
Ini untuk menggantikan minyak sawit yang khabarnya akan dikurangkan pengeluarannya dalam negara kita kerana minyaknya sudah pun berkurangan harga untuk satu tan sekarang ini. Apa pandangan daripada kementerian? Terima kasih.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Yang Berhormat Pendang terima kasih kerana
begitu fussy dengan apa yang terjadi dalam sektor ini. Pihak kementerian melalui SIRIM kita sedang sebenarnya meneliti teknologi yang ada dalam perkara ini. Kita sedia maklum adalah banyak jenis-jenis minyak yang terbuang sahaja mahupun hasil daripada industri kereta, industri kelapa sawit. Jadi soal sekarang ini melihat kepada teknologi yang berskala kecil ataupun sederhana, di mana minyak-minyak ini boleh diproses.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.