Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 8, 2008

Sambutan 5 tahun Maktab Mahmud Pendang.

Tahniah kepada Maktab Mahmud Pendang kerana menyambut ulangtahun penubuhan ke 5 . 2 hari diadakan program disitu dengan konsert kesenian Islam dan ceramah perdana ehwal Islam serta petang tadi diadakan jamuan sumbangsih untuk memungut dana sekolah untuk membeli van dan kelengkapan surau.

Maktab Mahmud yang mengambil alih Sekolah Ah Hidayah Al Islamiah yang di kendalikan oleh Allahyarham Ust Majid dulu kini menjadi sekolah negeri dan InsyaAllah akan terus maju menjadi sebuah sekolah yang akan melahirkan pemimpin Islam dan mujahid yang bertaqwa kepada allah.

Moga sekolah ini akan meneruskan kesinambungan Al Hidayah dulu dan Maktab Mahmud yang ditubuhkan untuk menambah jumlah pelajar yang ingin mendalami Ilmu Islam dan akademik saerti sekolah biasa. Harapan ana agar sekolah ini akan menjadi medan untuk melahirkan pejuang Islam dan pemandu manusia kejalan yang diredhai Allah.

Maktab Mahmud yang asal dan induk berada di Simpang Kuala Alor Star telah melahirkan begitu ramai pemimpin Islam dan cendiakawan Melayu yang berjiwa Islam dan ia juga merupakan salah satu sekolah yang agak berusia di Negeri Kedah ini. Diantara kelebihan yang wujud disekolah ini dulu adalah mempelajari ilmu agama dalam bahasa Arab disamping pelajaran lain dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Oleh itu secara otomatik kami yang belajar disitu boleh memahami 3 bahasa serentak dan ini membolehkan ramai diantara sahabat yang menyambungkan pelajaran ke negara Timur tengah dalam bidang sains dan perubatan selain bidang tradisinya agama.

Apa yang menariknya di Maktab mahmud ini, kebanyakan kami duduk dipondok dan memasak sendiri untuk makan seharian. Oleh itu sedikit sebanyak ilmu memasak ini akan dapat digunakan didalam kehidupan harian apabila keadaan mendesak.



Majlis peresmian disempurnakan oleh YB Hj Abdullah Jusoh, EXCO Pendidikan Kedah mewakili YAB Ust Azizan Abd Razak, MB Kedah yang berada di Langkawi tadi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.