Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, November 4, 2008

Unisel ,dimana kredabiliti akademiknya untuk mencapai ranking dunia !!

Kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Sejurus selepas itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula bangkit mempertikaikan kedudukan Malaysia yang ternyata lebih teruk berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.

"Universiti di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, ianya sangat memalukan dan pihak KPT perlu serius menangani masalah ini.

"Kemungkinan UM tidak layak dinobatkan antara 100 universiti terbaik adalah disebabkan oleh NC nya yang tiada PhD,"katanya.

Itulah yang dikatakan syok sendiri.

Biarkan kita tak diiktiraf tapi kita kata kita adalah yang terbaik dirantau ini, walaupun dari segi taraf dunia biarkan negara kita tidak ada VC yang ada PhD.

Ana tertarik dengan desakan dibawah agar MB Selangor mencari ganti Cancellor Unisel ini agar reputasi akedamiknya akan bertambah dan insyaAllah dapat memasuki ranking dunia dimasa depan jika Cancellornya terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi sesuai dengan reputasi unisel itu sendiri .

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Ana tak nak komen apa, cuma kalau dah industri menjadi keutamaan universiti tu, maka sepatutnya tokoh industrilah yang menerajui nya kalau ada dan layak, kalau tak ada apa boleh buat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.